Langkau ke kandungan utama

Sudah Kahwin Lama Tetapi Belum Dapat Anak : Tips Cara Buat Anak, Mengandung Hamil

Hamil mengandung

Sebenarnya, sudah lama tahu tetapi tiada kesempatan untuk berkongsi mengenai cara buat anak, untuk mengandung hamil untuk pasangan yang telah lama kahwin tetapi belum dapat anak. Sumber berdasarkan pengalaman hidup dan dari perkongsian doktor-doktor sakit puan dan tuan.

1. Period
Perkara pertama yang perlu dikenalpasti ialah period atau kitaran haid si isteri. Adakah teratur atau tidak? Jika teratur, tiada masalah. Ada peluang yang besar. 

Tetapi jika tidak teratur pun tidak perlu risau, ada jalannya, insya-ALLAH. Ada juga pernah dengar banyak kisah yang period tak teratur tetapi tetiba dapat anak. Tahu-tahu dah nak bersalin. 

Namun, biasanya akan diberi ubat kesuburan. Apa yang penting, jangan beli sendiri. Pastikan dapat deskripsi dari doktor. Kang tak pasal-pasal trigger penyakit lain pula.

2. Hubungan kelamin 2 hari sekali
Ya, hubungan kelamin tidak perlu dilakukan setiap hari. Hal ini kerana sperma baru dibentuk dalam masa 3 hari. Jadi, doktor sarankan adakan hubungan 2 hari sekali. Ini baru dapat tahu dari Doktor Sakit Puan dan Tuan pada bulan lepas.

Pastikan juga isteri mencapai klimaks semasa hubungan kelamin. Isteri perlu baring sebentar setelah selesai hubungan. Kesahihannya tidak pasti. Pernah dengar disarankan begitu.

3. Tarikh subur
Ini ada disarankan oleh kawan. Memang menjadi. Rupanya apa yang dibelajar subjek sains semasa sekolah lain sikit kaedah kira subur tu. Patutlah duk pening dengan pengiraan nurse dan doktor.

Install apps check kesuburan, masukkan tarikh period setiap bulan, nanti ia kira untuk kita bila tarikh yang sesuai untuk melakukan hubungan kelamin untuk dapatkan anak.

Untuk tidak dapat anak, pilih tarikh tidak subur ya.

4. Periksa kesuburan sperma suami
Ini ada dilakukan oleh klinik pakar dan klinik swasta terpilih. Kena call tanya dulu. Pernah dulu tengok perkongsian x-tray oleh doktor sakit tuan. Sperma pada seorang pesakit itu adalah kosong dan cair. Sebabnya, dia merupakan perokok dan tidak amalkan gaya hidup sihat. Sekarang ni, vape pun dikategorikan tidak sihat ya.

5. Sengkak rahim dan periksa kesuburan telur isteri
Sengkak rahim tu biasanya bidan yang buat. Tidak pasti kaedah ini boleh membantu atau tidak. Tetapi ramai yang berjaya mengandung dengan kaedah ini.

Periksa kesuburan telur isteri dibuat di klinik pakar atau klinik swasta terpilih.

6. Buah zuriat (at-Tin)
Biasanya, dengar orang kirim buah tin dari Mekah. Lepas tu, dengar mengandung. Buah tin ada vitamin dan khasiat yang sesuai untuk ibu mengandung.

7. Mengambil Pil Asid Folik
Pengambilan pil asid folik disarankan 6-3 bulan sebelum berkahwin. Ini untuk mempersiapkan diri seorang wanita untuk sedia mengandung sejurus selepas nikah. Asid folik juga perlu diambil secara berterusan apabila mengandung.

8. Kuruskan badan dan kekal aktif
Benih dan telur tidak subur kerana tuannya mempunyai berat badan yang berlebihan. Turunkan sedikit berat badan dan kekal aktif akan membuatkan ianya subur. Makanan pun kena jaga. Sebolehnya, eat clean.

9. Cyst Ovari
Cyst ovari ini boleh berlaku kepada anak gadis dan wanita. Ramai yang telah lama berkahwin tetapi tidak dapat anak. Bila check baru tahu ada cyst. Selepas buat pembedahan buang cyst, Alhamdulillah, mengandung tidak lama kemudian.

10. Hindari stress dan kekal positif
Stress boleh buatkan perkara yang negatif. Dari tak ada penyakit, dapat penyakit. Jalanillah hidup dengan ceria dan kekal tenang.

11. Doa 
Minta doa dari orang sekeliling dan alim ulama. Doa anak-anak yang belum baligh juga mustajab. Doa ibu hamil. Doa orang musafir. 

Kesimpulan
Korang, check satu persatu ya. Mana tau ada lagi yang belum buat. Semoga tips ini membantu anda dan pasangan untuk memperoleh cahaya mata. Kalau tiada rezeki di dunia, di akhirat pasti ada. Yakinilah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker