Langkau ke kandungan utama

4 Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga


saiz implan sebesar jarum sahaja

Kesan cucuk implan cegah hamil rancang keluarga yang menimpa badan. Setiap sesuatu yang langgar peraturannya, memang la ada kesannya. Iya kan?

Sakit ke?

Ramai yang takut nak cucuk implan, kan? Pertama-tamanya ramai yang risau akan sakit. Kalau tanya Sha, sakit atau tak? Sha akan cakap tak sakit. Doktor akan bius dahulu sebelum masukkan implan ke dalam lengan kita. Tak rasa apa-apa pun. Rasa bendasing tu sebab memang ada dalam badan kita. Tapi tak sampailah rasa gelisah, tak tenteram bagai. Rasa biasa saja. Lagi pula, ringan sahaja. Panjang macam mancis sahaja. Tapi kecil. Ala, macam jarum jahit tu. Aha, macam jarum jahit saiznya.

Boleh rujuk entri sebelum ini Pengalaman Pasang Implan


Kesan Cucuk Implan Cegah Hamil Rancang Keluarga
<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- dalam entri 3/11/17 -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block"
     data-ad-client="ca-pub-5320991061777058"
     data-ad-slot="1566591791"
     data-ad-format="auto"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
1. Emosi kita cepat nak berubah-ubah
Sha rasa cepat nak marah. Kesian kat suami Sha, asyik kena marah sahaja. Maaf, yang, sayang tak bermaksud nak marahkan awak.

2. Jerawat dan masalah muka
Sha baru je muka nak clear. Siap jual produk penjagaan muka. Tapi bila pakai implan ni, darah kotor tak keluar, maka muka pun hmmm..

3. Period (haid) tak teratur
Maaf cerita kotor sikit. Sha pakai implan pada bulan November 2016 (periof pertama selepas 3 bulan bersalin). Tu pun masa buat pap smear. Terus period. Kemudian, awal bulan Disember period masa baby Sha kena admitted warded jap. Kemudian period pula pada bulan 28 Julai 2017. Kemudian period lagi pada 2 Oktober 2017 tambah isthihadah sampai 28 Oktober 2017. 

4. Berat badan naik
Pada badan Sha tak ada naik mendadak. Benda ini ikut cara makan dan kuantiti makan juga la. Sebab Sha siap ada turun lagi untuk dua hingga tiga bulan berturut-turut. Kemudian barulah naik sikit-sikit. 



Yang positifnya, jimat duit beli pad. Hihi. Period sikit, pakai pantilinear pun dah cukup. Tapi isthihadah tu, kena pakai pad juga sebab banyak. Ini isthihadah Sha yang pertama seumur hidup. Orang alim kata darah ini bukan dari rahim tapi dari urat. Sebab tu kena solat juga. Tapi leceh. Nak kena tukar pad/panti bila nak solat. Kalau bocor, nak kena gantikan seluar dalam.


Kalau korang nak pakai implan, pakailah. Selesa sangat-sangat. Dah pakai tu jangan pula nak pandai-pandai buka sendiri. Kalau nak buka pergi ke klinik je la. Bukan susah pun. Kalau buka sendiri, bahaya wei..

Selamat merancang keluarga, cegah hamil. Bukan sekadar kerana ekonomi tetapi juga dari segi sosial, cukup ke masa nak jaga anak jadi manusia yang berguna. Pakai implan, dah tak payah fikir selepas itu. Cukup masa, buka. Kawan Sha nasihatkan buka masa 2 tahun setengah. Sha nak kena tanya pendapat ramai dulu termasuklah doktor pakar yang rawat Sha. Sha ada masalah sikit. Sebab tu kena pakai implan. Kena rehat lama sikit.

 Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker