Langkau ke kandungan utama

Claustro Phobia, Fobia Tempat Sempit


Claustro Phobia, fobia tempat sempit

Korang ada fobia sesuatu? Sha ada fobia tempat sempit, Claustro Phobia. Mula sedar ada umur 20 tahun.

Macam mana tahu dapat fobia? Ada banyak sebenarnya. Cuma yang paling Sha ingat adalah, suatu hari, Sha dalam kelas yang boleh kita ubah kerusi dan meja, gerak-gerak.

Tetiba, Sha rasa macam sempit sangat. Minta kawan depan gerak ke hadapan sikit. Minta kawan tepi pun jauh sikit. Dah gerak semua. Tapi Sha rasa sempit lagi. Sha tanya kawan kat sebelah. Dia rasa sempit tak? Dia jawab tak sempit pun. Padahal dia tu gemuk dan tempat dia memang sempit. Tempat Sha dah lebih besar dari dia. Lepas tu, Sha minta tukar ke hadapan sedikit dan tepi jalan. Alhamdulillah, dah rasa selesa.

Naik van pun, Sha tak boleh sempit-sempit. Pernah dulu, kami nak pergi Hatyai, Thailand. Juga berpengalaman dengan kawan Sha yang seorang gemuk ini lah. Naik van, Sha kat tepi. Dah mula sesak nafas. Dia rileks sahaja walaupun dia memang jauh berisi dari Sha. Sha kurus tau. Terus cakap, nanti kita ubah tempat duduk depanlah sebab masa tu van tengah kutip orang lagi.

Kapal terbang pun pernah. Nasib baiklah kawan Sha, Izwan tu mahu tukar. Padahal dia memang besar dan gumuk lah. A ah, gumuk. Hihi. Masa tu naik MAS.

Dalam dewan pun pernah. Sebab kerusi yang melengguhkan kaki.

Jadi, kalau beli tiket kapal terbang, tak kira lah MAS ke, Air Asia ke Malindo ke, train ETS, bas semua Sha akan pilih tempat di sebelah jalan, bukan tepi tingkap. Ramai yang suka duduk tepi tingkap, kan? View cantik. Tapi Sha tak boleh..

Sha ada baca pengidap Claustro Phobia ini adalah mereka yang kurang udara dalam badan (oksigen). Sebab tu rasa sempit. Betul juga. Sha memang jenis badan cepat berpeluh.

Simtom-simtom sebelum nak kena tu adalah rasa telinga berdengung (ya, masa jalan nak pi naik kapal terbang dengan kawan-kawan termasuk Izwan pun dah rasa dah). Lepas tu, simtom lain ialah rasa tak selesa nak bernafas. Ketat hidung, dada. Peluh dingin mula muncul.

Orang cakap, kena kawal pernafasan dan bertenang. Cool. Ya, boleh kurangkan tapi tetap tidak boleh membuang terus fobia ini.

Kalau orang ramai, terlalu bising atau terlalu wangi pun boleh menyebabkannya menyerang juga.
Benda ni bahaya juga tau sebab boleh sebabkan kematian sebab sesak nafas. Jadi, kalau ada orang yang anda kenali mempunyai fobia ini, sila berikan keselesaan buatnya.

Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker