Nak diberhentikan kerja? Perasaan? Pastinya sedih. Kenapa, kenapa, kenapa.. Bagaimana nak teruskan kehidupan?
Kisahnya nak ditamatkan. Tapi kami semua masih berusaha lagi.
Menyorot sejarah hidup, aku pernah tiada kerja. Aku pernah tidak bekerja dengan kewangan makin menyusut. Dapat kerja yang cukup-cukup makan. Buat OT untuk dapatkan bayarkan rumah sewa. Makan ala kadar. Tapi aku tetap bersyukur.
Masa aku tak bekerja, duit dalam bank tetap ada. Siap boleh top up dan boleh bayar broadband lagi tiap bulan.
Kisah di sini ialah tak banyak tapi berkat.
Tak tahu lah kalau orang lain yang tak pernah rasa susah macam aku.
Sekarang ini pun tetap rasa miskin. Tapi bersyukur sebab kerja, boleh bayar hutang. Tapi kalau beli barang RM30 sebulan pun dah lari bajet. Hmmm.
Berjimat cermat.
Sha pasti boleh tempuhi dugaan ini lantaran sekarang memang buat business. Kecil-kecilan. Biz online Malaysia dah berkembang luas.
Rezeki ALLAH pun luas. Berusaha je tanpa jemu. Allah nak bagi rezeki tanpa disangka-sangka..
Terima kasih singgah sini
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.