Al kisah, Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizanpada 4 Ogos 2016, Sha bersama suami ke HAT Tuanku Mizan, Wangsa Maju untuk membuat pemeriksaan pertama mengandung kerana merancang untuk bersalin di sini. Kalau nak bersalin di HAT Mizan kena sekurang-kurangnya sekali sahaja melakukan pemeriksaan tahap kesihatan di sana.
Kami parkir di tingkat 2 (walaupun macam nampak satu tingkat sahaja, namun ia adalah tingkat 2). Lepas tu cari lift untuk ke tingkat 3. Masuk ke Klinik Pakar, sebelah lobi tu ye. Pergi ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Tanya jururawat yang berada di kaunter, bagaimana untuk mengambil no giliran. Sha dimaklumkan pergi ke bahagian hasil untuk mendapatkan no giliran. Ha, kat mana pula bahagian hasil tu. Sha masuk ke farmasi (pintu kaca), tanya kepada farmasis kat situ. Diorang pula blur. Akhirnya, Sha perasan yang tersalah tempat. Sha bagitau, di mana bahagian hasil. Farmasis tersebut memberitahu keluar balik dari sini dan ke lobi, pandang kanan. Kaunter pendaftaran.
Lor, kaunter pendaftaran tu dipanggil hasil rupanya. Sedangkan tak ada pun tulisan berkenaan hasil. Maaf, Sha tak pernah berurusan dengan pihak hospital. Tak pernah masuk hospital. Kalau ada famili yang masuk pun, bukan Sha orang yang pergi berurusan. Jadi, Sha tak tahu. Pernah juga orang cakap pasal hantar Guarantee Letter (GL) dan bayar di Bahagian Hasil. Sha bayangkan bahagian hasil tu betul-betul bahagian la, ada pejabat yang luas.
Setelah Sha terangkan sikit pasal nak ambil no giliran, staf di kaunter hasil terus faham. Fuh, senang sikit kerja, tak perlu nak terang panjang-panjang. Dia minta kad temujanji yang telah diberikan semasa datang untuk mendapatkan (booking) tarikh jumpa doktor. Oh ya, Sha belum bercerita lagi mengenai pengalaman mendapatkan tarikh booking. Dia juga minta GL untuk dicop. Lepas tu, Sha dapat no giliran.
Kali ini, Sha dengar lagi cakap kawan. Kata kawan Sha, dapat no giliran tu, pergi makan sarapan dulu. Kafeteria di tingkat dua ya. Sha terus ajak suami pergi sarapan. Lagipun, dia duk tunjuk perut je masa kat rumah lagi, petanda lapar lah tu. Sha suruh makan apa yang ada kat rumah, dia enggan pula. Jadi, Sha ambil masa yang ada untuk pergi makan sarapan dahulu. Lagipun, menurut kawan Sha, no giliran akan dipanggil pukul 8 lebih. Jadi, adalah lebih baik pergi sarapan dahulu.
Sha ajak suami turun balik lift yang kami naik tadi, kat parking lot. Sebenarnya, kafeteria bersambung (attached) dengan bangunan lobi tu. Tapi Sha risau sesat je, sebab jarang ke sini. Sebab tu guna lift yang tadi sahaja. Tapi jenuhlah berpusing. Ya, kafeteria HAT Mizan memang di tingkat 2. Tapi kalau dari tempat parkir jauh lah nak kena berjalan dan berpusing. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga kafe. Suami dah nak mula marah dah. Nasib baik dia tak naik angin. Ye la, dah lapar, kena jalan jauh pula. Kami bersarapan di situ. Kecil sahaja kafenya. Tapi masakan sedap.
Selepas selesai makan, kami naik ke Klinik Pakar. Kali ini, naik lif terus ke sana. Tak lalu dah tempat parkir. Kang berpusing lagi. Kali ini, Sha tahu lah arah mana. Cari petunjuk Klinik Pakar sahaja. Tingkat 3. Terus kami ke Klinik O&G, tunggu no giliran dipanggil. Rupa-rupanya, kena letak no giliran tu di kaunter. Lor, mana tahu. Lama tak lama kemudian, nama Sha dipanggil oleh jururawat. Pergi timbang berat dan ambil tekanan darah. Berat Sha 52.2 kg padahal semalam baru timbang di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Setapak, baru 51.9 kg. Ayoyo, banyaknya naik. Baru sehari, tau. Tekanan darah pula kena tiga kali ambil. Sebabnya, Sha tak bersandar. Letak beg kat belakang. Hehe.
Kemudian, tunggu lagi no giliran dipanggil. Lama juga. Mungkin doktor check betul-betul. Sha tengah tunggu no giliran dipanggil (selepas ni, memang no Sha la) apabila nama dipanggil. Terus pergi masuk ke bilik no 7. Oh ya Klinik O&G ada bilik no 7,8, dan 9.
Sha risau juga kalau-kalau HAT Mizan enggan terima untuk bersalin di hospitalnya. Estimate Due Date (EDD) Sha adalah pada hari hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Sebab kawan Sha tiada pakar semasa hari Sha nak bersalin. Katanya, hari minggu Sabtu dan Ahad, pakar tidak bertugas. Namun, apabila Sha bertanya kepada kawan-kawan yang lain, katanya, kalau kita sudah booking, doktor akan bersedia (stand by on call).
Sha mb kena kerap pi hospital lagi tu. t dah ada anak senang bila dorang sakit pening. wan da lali dengan hospital. hospital besar daerah, hospital negeri, hospital sains universiti, pusat rawatan universiti, klinik desa n macam2 ag. sha patut belajar sebab anak sha 6t kena ambik suntikan tiap2 bulan.
BalasPadammasa IbuNoey ada appointment pakar mata kat HAT Mizan pun jenuh gak dengan keadaan dalam tu.tapi sebenarnya sambung-menyambung je.kalau dari Kafe nak ke Klinik Pakar,naik tangga pun boleh.lagi dekat daripada naik lif.
BalasPadamHai. Orang awam boleh ke bersalin dekat HAT Tuanku Mizan ni?
BalasPadamsejak pertengahan tahun lpas dah tutup rawatan utk org awam sis. sblm ni dibuka pd org awam
Padam