Absolute Thai |
Nak makan tom yam? Tapi tak tahu apakah pilihan makanan sampingan (kawan-kawan) yang sesuai untuk dipadankan dengan menu utama? Di sini Sha kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri.
Bebaru ni Sha keluar dengan bos dan kawan sekerja untuk serahkan dokumen penting kepada salah sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Dah waktu rehat, kami singgah Sunway Putra Mall (SPM orang panggil). Mula-mula pilih Secret Recipe tapi boss nak cuba sesuatu yang lain. Jadi, kami pilih Absolute Thai. Aha, kat Wangsa Walk pun ada.
Sha dah masuk kedai Thailand macam ni, memang nak makan makanan Thai la terutamanya tom yam. Perut dah lapar. Nak nasi. Tapi kalau semua tak nak tom yam yang besar sesuai untuk 3-4 orang makan, Sha kena ambil mee hoon tom yam lah.
Tapi, akhirnya bos cakap kita beli tom yam n share. Nasi putih. Dia tanya, lagi apa.. Sha cakap lah. Kalau tom yam, sesuai dengan sayur kailan ikan masin, telur dadar. Complete. Pergh, sedapnya!
Air pula jangan pilih yang bersusu atau yang heavy sikit. Sha pilih air grasslemon lime. Dia letak limau nipis dan serai. Sesuai sangat dengan selera Thai hari ini. Nak pilih sirap ke air kosong (air tambah ais batu) pun okay.
Alhamdulillah, bos dan kawan suka dan sedap. Puji Sha kata pandai pilih kawan-kawan untuk tom yam. Eh, memang itulah kawan-kawan dia kalau makan tom yam. Kalau makan tom yam, itulah kawan-kawannya. Itu asas. Kalau nak tambah, boleh pilih som tam, sambal belacan dan ulam timun. Makan tak tengok kiri kanan dah. Sedap. Kalau nak tambah menu lain pun okay. Ikut selera tekak dan perut masing-masing.
Sha dah biasa makan warung tom yam. Dari zaman belajar sampai zaman bekerja di Perak dan Alor Setar, memang selalu ke kedai tom yam. Sha cakap kat bos, Sha asal Kedah. Kedah sempadan dengan Thailand. Jadi, dah biasa makan tom yam.
Harga?
Kawan Sha cakap mahal sikit. Telur dadar di Absolute Thai RM10 tapi memang sedap. Puas hati. Manakala tom yam pula RM50. Itu kata kawan Sha. Sha tak pasti sebab tak nampak harga kat situ. Mungkin ada tapi Sha yang tak perasan sebab lapar sangat. Tambahan pula orang nak belanja, kita pilih sahaja. Hihi.
Kalau korang yang sedang baca ni nak tambah, boleh tulis komen kat bawah ya.
Berminat?
Boleh whatsapp Sha di: http://wasap.my/60194625310
Terima kasih singgah sini
BalasPadamالخدمات المنزلية بمدينة القطيف 0551844053
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف فلل بالقطيف
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف بالقطيف