Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Vespa Kembali Bangkit

SUDAH setahun dia menyimpan duit. Petang itu, segala penat lelahnya berjimat cermat diganti dengan jentera yang pasti membuatnya tersenyum setiap kali berada di atas jalan raya. Jelas sekali Trinh My Duong, 24, adalah penggila Vespa. Tidak jauh bezanya dengan kira-kira 3,500 pemilik baru jenama motosikal itu setiap bulan di Vietnam. Kalau dinilai dengan purata gaji pekerja di Vietnam yang cuma AS$40 (RM118) sebulan, Vespa sememangnya barang premium dan bukan untuk semua orang. Namun begitu, Trinh tidak peduli. Vespa LX125 i.e berwarna kuning terang itu baru dibelinya pada harga AS$3,450 (RM10,236) secara tunai. Ia pasti akan membuatkan Trinh lebih popular berbanding rakan-rakannya yang lain.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 30)]: Hendak Berkayuh, Dayungku Patah

Assalamualaikum... “TAK payah telefon Amanda Sofea, kita terus pergi rumah cikgu,” arah puan Roziah yang lebih dahulu dimaklumi oleh Tuan Haji Muhyiddin tentang situasi dialami. Rania angguk faham. Beberapa orang guru yang melintasi perkarangan kaki lima Blok B memandang pelik ke arah kelompok mereka. Tidak Rania pedulikan. Dia lebih terkenangkan Amanda Sofea. Hatinya diruntun pilu. Apa perasaan Amanda Sofea melihat mereka nanti? Marahkah dia? Hilangkah kepercayaan Amanda Sofea padaku? Fikirnya sewaktu masuk ke dalam kereta puan Roziah bersama puan Kamilah, Guru Kaunselor. Puan Rozana memandu keretanya sendiri. Entah apa yang telah dibincangkan puan Rozana dengan pihak kaunselor sebentar tadi sehingga wajahnya masam kelat begitu. Kelatnya masih berpanjangan sewaktu mereka sudah pun berdiri di hadapan pintu rumah sewa Rania. “Bagi salam,” arah puan Roziah. “Puan Kamilah bersedia ya,” Guru Kaunselor diingatkan. <a href="[innity]http%3A//bs.ser

Pesan Guruku (Tentang Ibu Bapa)

Assalamualaikum... Tazkirah kembali lagi.. Malam semalam aku hadiri majlis agama dan ilmu. Pada akhirnya, dia menyatakan pesanannya untuk kami yang akan bercuti panjang dan kembali ke pangkuan ibu ayah. Pesanan itu sama seperti yang aku dengar pada masa aku belajar ijazah dulu.  Aku masih ingat lagi. Ayat-ayat itu pun kembali berlegar-legar di kepalaku. Pesan guruku pabila balik ke rumah berbaktilah kepada ibu dan ayah janganlah kau membuat mereka susah Pesan guruku jangan perlakukan ibu dan ayah seperti hamba bantulah mereka dalam kerja sekurang-kurangnya ringan beban mereka yang makan bertahun lama bukan sehari dua  

Aku Bagai Tin Kosong

Assalamualaikum... Aku sedih Aku tak sangka Sungguh, aku tak sangka Rupa-rupanya aku masih belum kenal perangai manusia lagi Sungguh, aku rasa tertipu dan terkilan Sakit hati.. Mulai saat ini, aku tak mau kawan dengan dia lagi Aku betul-betul terkilan Aku rasa aku macam tin kosong yang buruk lagi berkarat Tak ada sape nak peduli disepak ke sana, sini..

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 29): Hari-hari Yang Ddicabar Tengkujuh

Assalamualaikum...     RANIA mengurut dada. Dia berasa lega melihat Amanda Sofea ada di tempat yang dijanjikan. Bimbang juga di hatinya, kalau-kalau kelewatannya sampai di tempat itu membuatkan gadis yang dalam dilema itu berubah fikiran. Melihat kelibat Rania muncul, wajah murung Amanda Sofea disiram sejalur cahaya harapan. “Amanda takut cikgu tak datang,” luah gadis itu. Tangannya terus dipimpin Rania menuju ke kereta. “Ada hal tadi. Cikgu terlambat. Amanda dah makan?” tanya Rania. Amanda Sofea kelihatan lemah tidak bermaya. Amanda Sofea menggeleng. “Kita makan dulu ya,” putus Rania. Amanda Sofea angguk. “Macam mana Amanda sampai ke sini? Siapa hantar?” Rania sangat ingin tahu. “Naik teksi, seorang,” sahut Amanda Sofea.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 28)]: Allah... Tunjukkan Aku Jalan!

Assalamualaikum... "RANIA!" "Rania!" Orang yang dipanggil berpaling. Tersentak dia. Seraut wajah yang selalu berbayang di matanya tegak memandangnya tidak jauh dari tempat dia berdiri. Wajah orang yang memanggilnya rusuh. Dalam rusuh lelaki itu masih mampu menghulur sejalur senyum kelat. Rania kaku di atas lantai bumi yang dipijak, di sisi kereta yang hampir saja tubuhnya menyusup ke dalam. Rania tidak jadi membuka pintu kereta. Tubuhnya dipusingkan ke arah lelaki yang perlahan-lahan mendekatnya. <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2392142%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D3734" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2392142&Page=&PluID=0&Pos=3734" border=0 width=400 height=200></a> "Maaf... I datang tanpa beritahu," ujar lela

Dia Akan Pergi?

Assalamualaikum... [Entri peribadi..] Aku mula menyukai seseorang.. Apa? Itu petanda yang baik untuk Sha My Heart! Tapi... Kenapa lah, bila aku mula menyukai seseorang ia akan pergi jauh dariku bukan dia tinggalkan aku jer dia tinggalkan semuanya dia tinggalkan famili dia dia tinggalkan kawan-kawan dia dia tinggalkan blog dia? Hina sangatkah aku? Kenapa mereka itu hadir dengan tidak menyenangkan aku? Kalau macam ni, aku rela bersendirian dari menempah derita! Malam tadi, aku tengok cerita tu, sedih.. Pasal anak yang menangisi kematian bapanya.. Aku turut nangis, sebab aku dah lama nak buang rasa sedih dalam diriku ini. Jadi, aku turutkan saja rasa itu.. Aku ni jenis happy. Tapi kalau ada sedih dalam diri, aku jadi tak boleh nak enjoy kehepian itu sepenuhnya. Haha~ Ada jugak layan cerita sedih tapi tak boleh nak nangis sebab jap sangat sedih cerita tu, dah happy. Rasa nak marah jer pengarah tu, tak sempat nak layan perasaan beb. Huhu~ Aku ni sensitif s

Masalah Tiba-Tiba Usop Wilcha Popular

Assalamualaikum... “KITA bako jelah umah Kak Limah,” itulah antara dialog popular Usop Wilcha dengan ‘trademark’ tangan melenggok serta berkerusi roda dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) arahan Mamat Khalid dan terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd. Kerana dialog ‘berhantu’ itu jugalah nama Usop Wilcha lakonan Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya, Shy8 bukan saja meniti di bibir peminat dewasa, malah di kalangan kanak-kanak. Pada usia 46 tahun, Shy8, yang mula diperkenalkan Mamat menerusi filem genre komedi arahannya, Lang Buana, Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan HKLBR, mula mengecapi populariti mendadak di persada hiburan tanah air.

Jahat Tapi Hati Baik?

Assalamualaikum... Ok, aku nak tunaikan janji dan sambung cerita yang aku dengar dari Murabin, semasa aku lepak di surau, Pusat Kegiatan Pelajar (PKP), Universiti Utara Malaysia (UUM). Tak ingat? Mai klik sini naa... Dikisahnya, ada seorang sahabat nabi yang gemar bergurau dan membuatkan Baginda tersenyum dan ketawa. Namun begitu, beliau mempunyai kekurangan, iaitu gemar meminum arak. Al-maklumlah, beliau baru memeluk Islam dan kegiatan semasa jahiliyah yang satu itu sukar dibuang.

Apakah Pakaian Islam?

Assalamualaikum... Petang tadi, aku singgah kat surau. Kemudian terdengar suara beberapa orang lelaki di sebalik tirai kuning keemasan yang dipasang. Sungguh cantik rasanya. Dulu warna hijau ja dan singkat sikit. Ni warna ni nampak elegen dan kaya sikit. Haha~ Eh, bukan elemen kebendaan yang aku mahu ceritakan di sini. Aku terdengar mereka berbual. Ops, bukan aku nak curi dengar tau. Tapi diorang cakap tu kuat, maka telinga lintah ni (er, betul ke perumpamaan aku) mendengar la.. Seseorang menyuruh kawannya bercerita pasal kisah nabi.. Maka bermulalah pengembaraan Geng! Pengembaraan Bermula.. Eh, bukan cerita filem Upin & Ipin daa.. Ini cerita kisah nabawi..

Bahasa Kedah di Myanmar

Korang tahu tak yang bangsa Melayu ni banyak jugak merantau? Ada yang ada di Kemboja dan Myanmar. Kalau kat Selatan Thailand tu, ada jugak. Bukan merantau tapi penduduk asal di situ. Kalau Myanmar, aku tak tau sangat? Korang tahu ke? Kalau tak tau, jom kita baca.. BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong.  Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Selatan Myanmar… Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar. Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu. Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang

Pikat Perlu Dengan Usaha

Assalamualaikum... Entri ini dibawakan khas untuk anda dan saya yang masih lagi mencari dan menanti pasangan masing-masing. Kepada yang telah mempunyai pasangan, pergi jauh-jauh, aku jeles ni. Haha~ boleh jugak membaca untuk pengetahuan am. Jom kita baca apa permasalahan dan jawapannya. Pikat perlu dengan usaha SAYA mempunyai masalah untuk memikat hati wanita. Saya meminati wanita bernama M. Saya kenal M ketika masuk universiti dan M lebih muda daripada saya. Saya cuba berkenalan dengan M enam tahun lalu tetapi tidak dilayan. Dalam usaha mendekati dirinya, saya menggunakan rakannya tetapi ditolak. Selepas setahun, saya cuba lagi untuk memikat M tetapi tidak berjaya malah untuk tahun berikutnya juga gagal.  

Luahan Perasaan (2) Annoying

Assalamualaikum... Entri luahan perasan kembali lagi. Eh, macam iklan Tora kembali lagi. Haha~  Kalau korang tak nak ambik kisah, aku lagi la tak kisah. Tapi pada mereka yang ambik kisah nak baca, terima kasih. Kalau kena pada batang hidung sendiri, insaf-insaf la ek. Aku tak kata kat sape-sape pun.. Sape yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya, kan? Aku menyampah la dengan orang yang pandang orang lain lebih rendah dari kita. Er, dalam kata lain, menghina .. Macam la ko tu tinggi sangat darjatnya. Kalau pun  ko tu terkenal dan famous ala splendour sangat pun, ada aku kisah ke? Aku pun tak perlu nak berkawan dengan orang macam ko yang memilih kawan! 1. Pasangan Eleh, nak berlagak la tu.. Aku tau la aku ni masih keseorangan (single), ko dah bertunang. Ada aku kisah ke pasal tu semua? Itu pun ko nak belagak, apa daa.. Nonsense betul. Tapi ko terlupa ke, yang masa kahwin nanti kena minta restu dari semua, supaya perkahwinan tersebut diredhai? Kalau aku tak mau bagi restu, a

Poco-poco Boleh Tapi Bersyarat

Assalamualaikum... Tarian Poco-poco dah boleh ek? Tapi ada la syarat-syaratnya.. Nak tau, syarat apa? Jom kita baca.. SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang di sini, sejak Rabu hingga semalam memutuskan tidak menghalang orang ramai terbabit dengan tarian poco-poco, selagi tidak melanggar garis panduan ditetapkan. Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa itu sudah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu pada 2007 yang boleh dijadikan rujukan berhubung perkara itu.  

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 34)]: Di Mana Jalur Merah Jambu?

Assalamualaikum... “RANIA dah buat keputusan nak berkahwin dengan Halim!” Berita itu bagai halilintar yang membelah dada. Seperti hendak pitam dia mendengarnya. “Auntie minta maaf Qayyum. Auntie pun tak sangka jadi begini,” desah suara Puan Sri Zalia kedengaran sayup-sayup di hujung telinga dan akhirnya hilang begitu sahaja. Dia tidak pasti sama ada dia yang memutuskan talian atau perbualan antara mereka sudah tamat tanpa disedari. Ummar Qayyum tersandar kaku di kerusi empuk di bilik pejabatnya yang mewah. Suasana sunyi makin terasa sunyi. Telefon bimbitnya masih di tangan tatkala sisa-sisa helaan lukanya dilepas payah.

Ilmuwan Berhujah Bahasa Manusia Berasal dari Afrika

Assalamualaikum... Bahasa kita berasal dari Afrika?   sxc.hu Para ilmuwan berhujah semua bahasa manusia berasal dari sumber yang sama, setelah menelusuri asal-usul percakapan manusia ke sub-Sahara Afrika sekitar 150 ribu tahun yang lalu. Menggunakan analisis canggih dari ratusan bahasa, para peneliti berhasil mengesan kembali awal mulanya percakapan manusia ke tempat yang sama dan waktu yang sama.

Telur Ayam Sebesar Duit Syiling

Assalamualaikum...  Kecilnya telur ayam tu.. GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini. "Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya. CHLOE HEATH-BYARD menunjukkan telur ayam yang kecil (kiri) dan telur ayam normal (kanan) di Gloucestershire, Britain baru-baru ini.     Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu  supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi dalam Kosmo Kalau kecil jer, nutrien dia banyak tak? Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Stru

Jom Belajar Dari Alam..

Assalamualaikum... Entri ni membicarakan kita boleh belajar dari alam..Wah, skema tak ayat? Alam ini memang diciptakan untuk kegunaan manusia dan untuk manusia berfikir. Ini memang dinyatakan dalam al-Quran. Surah apa? Korang cari sendiri la, jangan malas. Haha~ sebenarnya, aku pun tak tau, surah apa. Bukan tak tau tapi dah terlupa. Ok la, Nak tau apa dia yang kita boleh belajar dari alam? Jom teruskan membaca entri bergambar..

Mari Mengenal Nama Sabahat-sahabatku (1)

Assalamualaikum... Persahabatan itu terlalu indah.. Bila kita sakit, dia merawat Bila kita susah, dia menolong Bila kita sedih, dia menceriakan Bila kita miskin, dia belanja Persahabatan itu terlalu istimewa.. Bila kita keseorangan, dia menemani Bila kita kesepian, dia meriuhkan Ku tuliskan bait-bait ini dan ingatanku terpaku kepadamu wahai sahabatku:  

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 35)]: Cinta, Jangan Kau Pergi

Assalamualaikum... KURANG ajar kau Murni. Kau nampak seperti sekuntum mawar desa yang tulus tapi hati kau busuk. Kau talam dua muka. Kau gunting dalam lipatan. Puaslah hati kau dapat mempermainkan hati aku dan Ummar Qayyum tapi kau harus ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang telah kau lakukan, getus hati Rania. Kerana geram, ditunjukkan mesej pesanan ringkas daripada Ummar Qayyum kepada Rais. "Siapa Murni?" tanya Rais dengan kerut di dahi. Rania menjelaskan sepintas lalu tentang latar belakang Murni dan peranan belakang tabirnya. Rais mengeluh payah. "Kalau begitu cerita Ren, abang yakin Qayyum salah faham. Abang rasa elok kalau Ren maklumkan pada Ummar Qayyum supaya dia tahu kedudukan sebenarnya," nasihat Rais. "Dah terlambat bang." <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2392142%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D3734" target="_blank"><img src=&

Aku Dipersalahkan? :-(

Tulip ini seperti mengerti perasaan ku. Ewah. Haha~ Assalamualaikum... Aku demam semalam.. Kemudian, bila berada di kelas malam, aku kurang dapat fokus. Kena sound walau bukan salah aku. Aku memang terasa giler la.. Ikutkan hati mahu saja aku pergi jauh.. Sejauh yang mungkin. Perlukah aku pergi sekarang? Ya, ikutkan hati, mahu saja aku balik waktu tu jugak. Tapi aku sabarkan hati yang tengah baran tu. Dah la, aku ni ke hulu, ke hilir disebabkan aku ni mentor kelas dan dipanggil untuk menjayakan demo. Aku jalankan tanggungjawab aku. Wah, sedih.. ke hulu ke hilir disebabkan tggjwab dan amanah. Tapi, kena marah dan dipersalahkan.. Murni apa. Kalau orang lain tu, dia buat satu perkara jer dan abaikan satu lagi.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 33)]: Di Bumi Cinta yang Kontang!

Assalamualaikum... ROS Ilyani pandang muka Rania yang hiba itu. Lama tidak berjumpa, banyak cerita sedih yang disampaikan Rania. Daripada kisah Marisa Afira sehinggalah ke cerita Amanda Sofea dan ibunya, namun nama-nama pelajar itu langsung tidak disebut. Dia bercerita sekadar untuk meluahkan rasa hati yang berbuku di samping memberi peringatan pada rakan sejawatan. "Macam itulah jadi cikgu Ren. Banyak dugaannya. Niat suci kita selalu disalahertikan," komen Ros Ilyani. "Itu yang Ren kesalkan." "Sebenarnya mendidik ibu bapa lagi mencabar daripada mendidik anak-anak. Di sekolah Kak Ros pun sama," rumus Ros Ilyani sambil gelak-gelak kecil. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2439225&Page=&PluID=0&Pos=2590" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2439225&Page=&PluID=0&Po

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 32)]: Kerana Aku Seorang Cikgu

Assalamualaikum... “CIKGU bernasib baik sebab Puan Rozana tidak mahu memanjangkan kes itu. Anaknya membuat pengakuan bahawa dia yang lari,” jelas Tuan Haji Muhyiddin dengan wajah yang bersahaja. Kata-kata Tuan Haji Muhyidin tempoh hari sangat mengganggunya. Aku bernasib baik? Beginikah nasib seorang guru. Hanya berbekalkan ‘nasib baik’? Dahsyatnya! Aku tidak boleh menerima ungkapan yang keluar dari mulut Tuan Haji Muhyiddin. ‘Nasib baik’ yang menyelamatkan seorang guru daripada dakwaan ‘menculik’. Kalau Amanda Sofea tidak mengaku lari dari rumah dan Puan Rozana memanjangkan kes, bermakna nasib aku di tangan Puan Rozana? Begitukah? Persisnya nasibku di hujung tanduk seseorang? Oh tidak!

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 31)]: Dahan Mana Nak Kupaut?

Gambar dari lensa Abangku, Khairon Azhar. Tempat: Jerman. Assalamualaikum... "TOLONG jangan ganggu I lagi," itulah ucapan Rania petang semalam. "Ganggu?" "Ya, I tak mahu diganggu." Diajak berbincang, lain pula yang dia dapat. Ummar Qayyum memandangnya seperti tidak percaya. Dalam tidak percaya, masih ada selapis jalur harapan dari matanya yang redup. Rania hanya tersenyum pahit. Tanpa sepatah kata, dia berlalu seperti angin petang yang pergi. <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2392142%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D3734" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2392142&Page=&PluID=0&Pos=3734" border=0 width=400 height=200></a> Mengenangkan peristiwa petang semalam, hati Ummar Qayyum makin luka, kian remuk dan darah lukanya

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 36)]: Tenggelamkah aku dalam rindunya?

Assalamualaikum... Jom baca novel. Tapi ni episod 36 jer.. TIDAK sukar mencari Sekolah Menengah Jaya Perdana. Masuk saja ke Taman Jaya Perdana, bangunan sekolah sudah kelihatan dari jalan raya utama. Meskipun sekolah itu terletak dalam sebuah taman perumahan, tetapi lokasinya strategik. Sambil memandu perlahan, Rania memantau di sepanjang laluan. Kebanyakan pelajar berjalan kaki ke sekolah. Berbagai-bagai bangsa. Ada Melayu, India dan Cina. Kiri kanan jalan, kelibat murid-murid berjalan kaki nampak jelas. Di tepi pagar sekolah, tidak sampai sepuluh buah kenderaan ibu bapa yang menurunkan anak-anak dari kenderaan masing-masing. Situasi pagi nampak terkawal. Selepas memarkir keretanya tidak jauh dari pondok pengawal, Rania mencari hala ke pejabat sekolah. Beberapa pelajar Islam mengucap salam manakala yang bukan Islam mengucapkan selamat pagi semasa bertembung dengannya. Sekolah 1 Malaysia, bisik Rania sebaik ditunjukkan arah ke pejabat sekolah. Beberapa orang gur

Bangkai Makhluk Asing Ditemui Di Rusia

Assalamualaikum... UFO tu ada ke? Tak percaya ke? Jom baca ni.. KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia. ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin. Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Jintan Manis (fennel seed)

Assalamualaikum... Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini  Laman-Seri  kongsikan satu lagi flora yang amat berguna dalam kehidupan tukang masak sehari-hari. Jika anda tahu akan khasiat jintan manis, anda pasti akan menyimpannya di dapur anda selepas anda membaca artikel ini.  Jintan manis atau fennel adalah spesies tanaman di genus foeniculum (diperakuikan sebagai satu-satunya spesies dalam genus ini oleh kebanyakan ahli botani). Jintan manis atau nama botaninya foeniculum vulgare adalah dalam keluarga  apiaceae  atau karrot. Apiaceae (dahulu dikenali sebagai Umbelliferae).

Kepada Follower dan Bakal Follower

Assalamualaikum... Kurang mood nak buat entri. Idea ada. Tapi, malas sebab letih.. Erm, minta maaf la kepada pembaca setiaku (ceh, bajet jer ada pembaca setia). Sebenarnya, aku segan la dengan korang yang follow blog aku ni. Blog ni bukan apa-apa pun, tak ada apa-apa pun. Entri pun banyak merapu dan pasal kisah hidupku jer.. Tapi start 290 follower hingga sekarang ni yang hampir ke-400, adalah mereka yang datang follow sendiri blog aku tanpa aku buat sebarang promosi. (Nampaknya ada 100 follow begitu tu datang sendiri)

Kelkatu Petanda Cendawan Busut

Assalamualaikum...  Aku sangkakan cendawan ni hanya orang tanam dalam botol dan diletakkan dalam rumah kaca. Rupa-rupanya, kat ada jugak yang boleh didapati secara semula jadi.  Waduh, nampak sangat aku tak tau. Mungkin disebabkan tempat aku tak ada cendawan ni melata kat tanah. Sebab itu la aku tak tau. Hehe~ pandai betul nak bela diri, kan? :-P  Jom kita baca kisah cendawan busut ni.  

Siang Kedi, Malam Pelacur

Assalamualaikum...   Wanita ni terkenal dengan produktifnya. Bukan sahaja dari segi 'kilang pengeluaran anak', menyebut kata-kata guruku semasa di Tingkatan Enam.. Hampeh betul, ada plak kata macam tu. Tak hormat perempuan lah tu.. Ingat kami ni kaum hawa tempat buat anak berdozen-dozen ke? Bukan itu yang aku nak perkatakan di sini. Topik aku ialah perempuan tu adalah  manusia yang produktif, boleh buat banyak kerja. Tak percaya? Jom usha berita hari ni..

Berbunga Bahagia

Assalamualaikum... Mari kita berbicara tentang semangat. Senyum..:-) Rasa bahagia. Rasa diri sangat penting. Ya, kamu sangat penting. Kalau tak de kamu, maka pincanglah dunia.. Musnahlah hubungan.. Rasa sangat dihargai. Dikenali. Diajak berbual. Persahabatan, sesuatu yang sukar dicari ganti..

Unique Tea Bags

Assalamualaikum...  Korang suka minum teh tak? Kalau suka, jom tengok uncang teh yang unik seantearo dunia. Kalau tak suka pun, apa salahnya tengok jugak, kan? :-) 1. Cigarette Tea Bags   Ineeka Tea Bags 2. Ineeka Tea Bags <!-- nuffnang->

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualaikum...   Abang ben buat kumpul-kumpul URL lagi. Maka, aku selaku pembaca setia dia, memang la awajib masuk. Ingatkan, dah tamat, sebab dah dua hari lepas nampak ramai buat entri tajuk ni.. Rupanya panjang masanya. Aku malas nak buat sebab agak sibuk dan letih bekerja. Tapi ada masa ni, apa salahnya buat entri jap. Tak salah kan? Hehe~ Sedangkan aku kena tidur dah sebab esok ada hal awal pagi-pagi lagi..

Kesibukan Mengejarku..

Assalamualaikum... Aku baru balik dari majlis Marhaban  di rumah tuan Haji Ghazali di Changlun, Kedah. Sampai je kolej, ada perhimpunan sebab ada fire drill malam ni. Tapi, aku call rumet kesayanganku, Anis. Dia kata tak payah pergi un tak per, sebab aku dah lambat dan boleh balik bilik. Kemudian, aku basuh baju. Seorang ahli jawatan kuasa datang tanya ada tak nampak orang balik bilik. Aku kata tak nampak sebab aku memang basuh baju. Tak dengar suara sesiapa pun.. Kemudian dia nak ugut aku. Ewah, macam la besar sangat jawatan tu. Lagipun, aku dah bagitau kat Anis yang merangkap (eh, jawatan apa eh, aku pun dah terlupa..) program ni.

Budak Dulu VS Budak Sekarang

Assalamualaikum... Budak dulu kalau org tua sedang bercakap, cuma dengar dan tak menyampuk. Budak sekarang kalau org tua sedang bercakap, siap boleh sampuk dan ambil alih perbualan. Budak dulu kalau pergi sekolah boleh pergi sendiri. Budak sekarang kena hantar dan ambil. Budak dulu kalau hari raya habis satu kampung dia pergi beraya. Budak sekarang kat umah sebelah pun tak mau pegi beraya, asyik tgk tv. Budak dulu kalau kena pukul ngan cikgu takut nak bagitau ibubapa, nanti kena tambah lagi. Budak sekarang Cikgu pulak takut nak pukul. Budak dulu kalau petang2 turun main ramai2. Budak sekarang main game. Budak dulu nak makan KFC pun susah. Budak sekarang naik muak makan KFC. Budak dulu kalau sedara mara datang rumah kena pegi kenal tetamu. Budak sekarang lari masuk bilik. Budak dulu kalau suruh buat kerja, rajin. Budak sekarang kalau bagi upah atau laung 15 kali baru nak wat kerja. Budak dulu memang terer panjat pokok, berenang, menyelam,

Cedera Bergaduh Kerana Kura-Kura

Assalamualaikum... Manusia sekarang ni macam-macam lah.. Apakah? Nak tau? Jom baca.. KUALA TERENGGANU - Gara-gara bergaduh siapa patut jaga seekor kura-kura, seorang anggota polis dan adiknya cedera dalam kejadian berhampiran sebuah pasar raya di Permaisuri, Setiu di sini kelmarin. Kejadian pada pukul 7.30 malam itu dikatakan berlaku apabila adik anggota polis berusia 22 tahun itu hendak menyerahkan seekor kura-kura kepada seorang gadis yang ditemui di hadapan pasar raya berkenaan. Sebaik sahaja kura-kura itu diserahkan kepada gadis terbabit, dua lelaki dipercayai rakan kepada adik anggota polis tersebut datang dan mengajak mangsa pergi ke belakang pasar raya tersebut. Kedua-dua lelaki itu kemudian bertindak menumbuk mangsa kerana tidak puas hati kura-kura itu diserahkan kepada gadis berkenaan. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani berkata, mangsa yang bekerja di Hospital Setiu kemudian menghubungi abangnya yang merupakan seorang anggota pol

Krisis Nuklear Jepun Sama Seperti Chernobyl

Assalamualaikum...    OMBAK tsunami melanda kawasan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun pada 11 Mac lalu. TOKYO - Jepun meletakkan krisis nuklear Fukushima Daiichi di timur laut negara itu menyamai tragedi nuklear terburuk dunia di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 selepas data baru menunjukkan lebih banyak radiasi merebak semasa krisis itu tercetus berbanding jangkaan sebelum ini. Beberapa pegawai berkata, mereka mengambil masa agak lama untuk menyukat kadar radiasi dari loji Fukushima yang rosak dalam gempa bumi pada 11 Mac lalu dan peningkatan tahap krisis nuklear tersebut pada tahap tertinggi tidak bermakna bahawa situasi kini bertambah buruk. "Persediaan kami adalah bagaimana untuk mengukur kebocoran radiasi apabila berlakunya tsunami dan gempa bumi adalah tidak cukup dan hasilnya kita lambat dalam menyebarkan maklumat di peringkat antarabangsa," kata pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri Jepun Naoto Kan. Justeru, Timbal

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (8)

Assalamualaikum... Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.     

Kenapa Tak Up Date Blog?

Assalamualaikum... Perasan tak aku dah kurang up date blog sehari dua ni? Tak perasan? Aiseh, malu den.. Tak pe la, perasan ke tak, nak cakap jugak yang aku dah kurang up date blog? Sebab apa? Merajuk? Ui, tak la sampai macam tu. Aku apply kerja part time.. Siang kerja, malam dah letih.. Cek blog jer.. Up date satu dua. Lepas tu, lepak tengok cerita movie and drama bersiri.. Minta maaf la kepada yang dah follow aku tapi aku tak sempat nak follow balik. Aku rasa dah nak slow sikit promote blog sebab aku nak blog dan entri aku dibaca, dikomen, bukannya setakat ramai follower tapi tak de komen pun.. Tak guna jugak. Apa kata korang komen entri aku.. Baru la aku rajin nak follow korang. Kalau tak, malas dah.. Itu jer untuk kali ni. Aku ada kelas malam ni, pukul 8.30 malam. Aku baru balik kerja, tak mandi lagi, tak solat lagi. Tengah makan. Then kena rush ke kelas. Jumpa nanti malam, aku singgah ke blog korang, k insya-ALLAH. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anyth

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (7)

Assalamualaikum... Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.  

ALASAN KENAPA MAHASISWA KANTOI EXAM... BUKAN SALAH STUDENT..HEHE

Assalamualaikum... Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian, Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat… Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira! Hari Minggu 52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Jangan Jadi Kera di Tempat Kera Selalu Kunjungi

Assalamualaikum... Pagi kelmarin aku turun ke kelas ko-kurikulum (ko-k) silat yang bertempat di padang bola A, Kompleks Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bukan pasal ko-k yang aku nak bercerita. Tapi pada orang yang menunggu di bus stop. Ok, tajuk pun dah mengkantoikan apa yang aku nak sembunyikan dari korang. Haha~ Ok, jangan jadi kera di tempat kera selalu kunjungi.  Ok, eh berapa kali ok daa.. Erm, baiklah. Aku nak huraikan ayatnya.. 'Jadi kera' iaitu tergedik-gedik dan bising gaduh itu ini. 'di tempat kera selalu kunjungi' pulak, bermaksud di hutan Sintok a.k.a UUM ni la.. Biasanya petang-petang, ada jer gerombolan kera datang berkunjung.

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (6)

 Assalamualaikum... Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.  

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (5)

Assalamualaikum... Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti. DILAOG 5 SUAMI : " Hari ni bos abang nak datang makan tengahari kat rumah kita Yam" ISTERI : " Bos abang nak datang makan? Jadi Yam kena masak la ye?" SUAMI : " Bulehkan Yam? Jap lagi abang pegi pasar beli lauk" ISTERI : " Buleh tu buleh bang tapii... SUAMI : " Tapi apa pulak Yam? ISTERI : " Abang tau ke pasar tu kat mana? Penulis: Rumah Flat Ujang Moy Haha, nampak sangat suami ni tak pernah nak buat kerja rumah.. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt

Tips Kos Perkahwinan Berhemat

Assalamualaikum... Aku ambik dari emel. Keluhan seorang yang bertanggung jawab untuk menyediakan belanja. Saya pun sama naik fobia. Manakan tidak, hantaran rm12k serba satu. Tak langsung lagi. Kononnye nak belajar. Takpe lah. Bertunang setahun. Lapan bulan slps tu dia minta putus hanya kerana fitnah orang ketiga skrg umur dah 38th. Minat nak kahwin dah lentur. Md Razali wrote: Hmmm, itu kira masih bernasib baik lagi kalau nak banding ngan keadaan saya yang terpaksa mengikut arahan atasan untuk posting ke KL.  Kalau dulu sewaktu di tempat lama masih lagi mampu untuk buat saving walaupun tak banyak. But once dah pindah ke KL habis semua simpanan digunakan untuk pengangkutan pindah umah. Deposit umah. Lagi perbelanjaan minyak kenderaan. Tol.  Secara basic just imagine if my gaji purata sekitar rm1300. Apa sgtlah nilai tersebut yer di bandingkan dgn kos sara hidup yg tinggi di kl ni. Nak menyimpan jauh sekali. Kalau tmpt lama perbelanjaan misalan utk kereta. Dulu full ta

Menerima dan Memberi Anugerah, Gembira..

Assalamualaikum... Rasa sangat teruja bila dapat award dari teman yang disayangi. Award dari Syuk Ni ayat Syuk. Okay.Rasa macam pelik tak award ni.Sebenarnya award ni dari Indonesia dan telah diberikan kepada syuk melalui Mydecrescendo .Kiranya ni viral award.Tak pernah dapat lagi apa-apa award sebelum ni.so agak teruja walaupun bukan award yang gah.Untuk share award ni,syuk nak bagi dekat....

DIALOG RUMAH TANGGA HO HO.. (4)

Assalamualaikum... Asam garam rumah tangga ni biasa la. Kengkadang tergigit jugak lidah tu. Tetapi kalau sama paham memahami, rumah tangga akan kekal aman, Tetapi kisah rumah tangga ni lebih pada kata - kata yang di ucapkan seharian. Mungkin korang yang dah berumah tangga mesti tersenyum kalau membaca kisah ni. Pada yang belum tu akan tersenyum jugak nanti.    

Jadi Tester Punya Pasal: Outer Baju Uniform Di Dinihari

Gambar hiasan. Cantik, kan bunga ni Assalamualaikum... Aku baru sudah modify baju uniformku. Hah, gile ke apa modify uniform..  Mana ada masa nak pergi jumpa tukang jahit dan mereka pun tak nak betulkan baju aku. *Alasan jer ni. Sebenarnya aku sibuk hal lain. Sebenarnya aku kena pakai uniform tu pagi ni, 8 pagi. Gile ke tak, sekarang pukul 5.30 pagi tak tidur lagi. Hehe~ Aku diminta oleh Azmi untuk jadi tester ko-k hari ni. Kalau jadi tester kena pakai uniform lengkap, ye tuan-tuan.. Siap dengan bengkung (tali pinggang). Eh, tester ni bukan untuk dicuba-cuba macam pasaraya tau.. Ni tester maksudnya, penguji. Aku akan tumbuk budak-budak tu, dan diorang buat buah.

Sutra Gempak (1)

Assalamualaikum... Waduh, lari mood aku nak mengup date entri setelah line lembap giler.. Alhamdu lillah, dah kembali ok.. Aku nak cerita yang aku join Sutra Gempak. Gambar nanti la aku up load kalau ada kelapangan. Sutra Gempak ni adalah sukaneka tradisional, geng lepak-lepak.. Best jugak permainan tradisional yang dijalankan. Ada antaranya yang aku tak pandai main seperti tuju guli. Haha, bukan bidang aku. Hihi~

The 99 club

Assalamualaikum... Hah, Club? Bukan.. Nak tahu? Jom baca.. Korang suka dengar cerita, kan? Kali ini cerita dalam bahasa Inggeris? Apa, tak faham? Buka kamus.. Kalau tak de, buka kamus internet ni.. Citcat.com pun membantu. The 99 club Once upon a time, there lived a King who, despite his luxurious lifestyle, was neither happy nor content. One day, the King came upon a servant who was singing happily while he worked. This fascinated the King. Why was he, the Supreme Ruler of the Land, unhappy and gloomy, while a lowly servant had so much joy ? The King asked the servant, "Why are you so happy" ? The man replied, "Your Majesty, I am nothing but a servant, but my family and I don't need too much; just a roof over our heads and warm food to fill our tummies." The king was not satisfied with that reply. Later in the day, he sought the advice of his most trusted advisor. After hearing the King's woes and the servant's story, the advisor said

Open Tracker