Langkau ke kandungan utama

Aku Dipersalahkan? :-(

Tulip ini seperti mengerti perasaan ku. Ewah. Haha~




Assalamualaikum...


Aku demam semalam.. Kemudian, bila berada di kelas malam, aku kurang dapat fokus. Kena sound walau bukan salah aku. Aku memang terasa giler la..
Ikutkan hati mahu saja aku pergi jauh.. Sejauh yang mungkin. Perlukah aku pergi sekarang? Ya, ikutkan hati, mahu saja aku balik waktu tu jugak. Tapi aku sabarkan hati yang tengah baran tu. Dah la, aku ni ke hulu, ke hilir disebabkan aku ni mentor kelas dan dipanggil untuk menjayakan demo. Aku jalankan tanggungjawab aku.
Wah, sedih.. ke hulu ke hilir disebabkan tggjwab dan amanah. Tapi, kena marah dan dipersalahkan.. Murni apa. Kalau orang lain tu, dia buat satu perkara jer dan abaikan satu lagi.


Aku buat disebabkan tanggung jawab tapi nampak macam aku plak yang bersalah, dah nak tarik-tarik muka dengan aku plak. Macam diorang kata aku ni tak berdisiplin sebab datang lambat. Oh, Tuhan, di manakah keadilan? Aku hamba-Mu yang teraniya.

Ikutkan hati nak jer aku balik waktu tu jugak.. tapi kewarasan masih lagi elok terletak.

Dah la demam, kurang fokus. Tak pergi kang, nanti diorang bebel plak.. Aku pergi ikhlas sebab dah diberi amanah, aku harus tunaikan..

Kata-kata seseorang masa aku balik, membuatkan aku terpaku. Terkesima! Bila aku tanya, dia suruh aku fikir sendiri. Terus fikiranku melayang-layang memikirkan layanan buruk yang aku terima malam ni. Sedih! :-(
Kuat, Sha, kuat.. Hadapilah dgn tenang. Kalau aku mengalah sekarang, pasti aku akan menyesal suatu hari nanti..
Semoga dugaan ini mampu memberi suntikan semangat kepadaku.
Sesungguhnya, kesabaran itu sangat ditagih pada masa ini.Tapi amanah yang aku pegang ni, tidak memungkinkan aku berbuat begitu. Aku tak kan kalah dengan cabaran!!!


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. apalah salahku? (Nyanyi ala lagu telur tembakul..)

    BalasPadam
  2. Sabarlah.. Apa yang berlaku hari ini ada kebaikannya untuk akan datang.. Kita xkan tahu kerana DIA maha mngetahui.. bnyk2 berdoa..

    BalasPadam
  3. sabo2 eh.. biaslah adat manusia

    BalasPadam
  4. bykkn sabar je laaa...

    cik hani pun penah hadapi situasi ni...

    bengang je rasa..

    BalasPadam
  5. Tq Jai.. itulah, kembali mengharap dan minta bantuan kpd-NYA

    BalasPadam
  6. aqishah: TQ dear.. a ah, tgh bersabar ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Bahasa Thai; Greeting Selamat Pagi, Tengahari, Petang, Malam

Assalamualaikum.   Lama tak buat entri Bahasa Siam, kan. Jom belajar greeting. selamat pagi : arun sawad   selamat malam : ratri sawad...   Kawan Sha cakap, ada selamat pagi dan selamat malam sahaja. Jadi Sha ambik kesempatan bertanya kepada natif Thai. Jom tengok berbincang di bawah. (motif? Malas nak edit. Haha~) Ada slamt pg n malam je..tgh hari cuma cakap เที่ยง je la Apa tu, bahasa thai, mana sha tau. Sawad ke? sawad tu macam salam..ton thiang maksud tgh hari Oo.. Ton thiang bunyinya 'ton tiang' ke 'ton siang'? Ton thiang Ok2.. =) selamat petang Ton bai. faham in thai? Ye Ye.. khob cai ka Mai pen rai Apa maksudnya? Tak apa Sampai jumpa di lain masa. =) Boleh lawat page Bahasa Thai kat menu tab atau klik kat sini Bilang Sapaan Perkenalan Pertuturan biasa Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entr...

Open Tracker