Assalamualaikum...
“TAK payah telefon Amanda Sofea, kita terus pergi rumah cikgu,” arah puan Roziah yang lebih dahulu dimaklumi oleh Tuan Haji Muhyiddin tentang situasi dialami.
Rania angguk faham. Beberapa orang guru yang melintasi perkarangan kaki lima Blok B memandang pelik ke arah kelompok mereka.
Tidak Rania pedulikan. Dia lebih terkenangkan Amanda Sofea. Hatinya diruntun pilu. Apa perasaan Amanda Sofea melihat mereka nanti? Marahkah dia? Hilangkah kepercayaan Amanda Sofea padaku? Fikirnya sewaktu masuk ke dalam kereta puan Roziah bersama puan Kamilah, Guru Kaunselor.
Puan Rozana memandu keretanya sendiri. Entah apa yang telah dibincangkan puan Rozana dengan pihak kaunselor sebentar tadi sehingga wajahnya masam kelat begitu. Kelatnya masih berpanjangan sewaktu mereka sudah pun berdiri di hadapan pintu rumah sewa Rania.
“Bagi salam,” arah puan Roziah. “Puan Kamilah bersedia ya,” Guru Kaunselor diingatkan.
Berdebar-debar dada Rania sewaktu memberi salam seraya memanggil nama Amanda Sofea.
Sebaik pintu rumah dibuka, wajah Amanda Sofea pucat lesi melihat Rania bersama pihak pengurusan sekolah berserta ibunya. Sedetik, dia hanya tercegat tanpa kata. Sebahagian rambutnya yang berikat terkeluar. Kebingungan terpancar di matanya.
“Amanda,” sapa Rania lembut. “Mama Amanda datang nak jemput Amanda.”
“Mama!” Seketika kemudian baru Amanda Sofea menegur. Rania tersenyum sedang Puan Rozana terus meluru masuk mendapatkan anaknya. Rania segera mengunci pintu rumah sebaik sahaja semua yang hadir masuk.
Melihat keadaan Amanda Sofea yang tenang dan terkawal, Puan Roziah memberi isyarat pada puan Kamilah. Guru kaunselor duduk bersebelahan dengan Amanda Sofea yang diapit Puan Rozana. Hampir menitik air mata Rania melihat tubuh kecil Amanda Sofea didakap ibunya. Wajah anak gadis itu tenang tapi masih dalam mandala keliru.
“Cikgu beritahu mama?”
Rania angguk. Dia berasa sangat bersalah. Namun sukar untuk ditafsirkan rasa hatinya saat itu. Tambahan pula puan Rozana bagaikan tidak memberinya peluang untuk berterus-terang.
“Amanda jangan bimbang, ini untuk kebaikan Amanda,” segera puan Kamilah mencelah tatkala dilihat air mata Amanda Sofea bergenang-genang. Rasa bersalah Rania datang berganda-ganda. Bermacam-macam perasaan bergolak di benaknya tika itu.
“Boleh saya bawa balik anak saya sekarang juga?” tanya puan Rozana tiba-tiba. Ketara dia kurang selesa berada di rumah Rania.
“Puan, pohon keizinan puan untuk memberi ruang pada puan Kamilah berbincang dengan Amanda seketika.”
Puan Rozana berfikir seketika sebelum dia menukas, “…biar saya bercakap dengan anak saya dulu.”
Melihat isyarat diberikan puan Roziah, Rania bangkit dan mempersilakan kedua-dua beranak itu masuk ke bilik tetamu.
“Biar dia bercakap dengan anak dia dulu,” kata puan Roziah. “Bila puan Rozana keluar nanti, puan Kamilah terus jumpa Amanda Sofea. Buat seperti apa yang kita bincangkan tadi,” arahnya lagi.
Sebaik sahaja selesai perbincangan tertutup antara kedua-dua beranak itu, puan Kamilah mengambil tempatnya.
“Sekejap lagi saya akan terus bawa anak saya balik,” kata puan Rozana sementara menunggu anaknya dikaunseling oleh puan Kamilah.
“Itu yang sebaiknya puan. Kami pihak sekolah boleh memberi usulan tapi keputusan sebenarnya terletak pada pihak puan sekeluarga.”
“Saya akan berbincang dengan suami saya tentang Amanda Sofea.”
“Kami berharap puan terus menyambung persekolahan Amanda Sofea. Kalau bukan di sini, ada beberapa sekolah khas…”
“Saya tahu. Puan Kamilah dah jelaskan pada saya tadi. Selebihnya saya akan berbincang dengan suami,” potong puan Rozana.
Dia seperti tidak berminat untuk membincangkan hal anaknya dengan pihak pentadbir sekolah. Sebaik sahaja Amanda Sofea keluar bersama puan Kamilah, puan Rozana terus bangkit dan meminta diri untuk pergi.
“Cikgu minta maaf,” terluah juga apa yang tersengkak di kerongkong Rania sejak tadi sebaik sahaja Amanda Sofea menyalami tangan. Amanda Sofea memeluk guru yang disayanginya.
“Cikgu tak bersalah apa-apa,” tutur gadis berwajah sayu itu.
“Jaga diri baik-baik Amanda Sofea.” Entah mengapa pilu sungguh rasa hatinya melihat mata bening Amanda Sofea. Dalam hati tertanya-tanya apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh ibu Amanda Sofea?
“Sampai sekolah nanti, cikgu terus ke bilik pengetua ya,” pesan puan Roziah.
Belum sempat dia melayan perasaannya sedang libang libur itu, datang pulang fasa kedua yang perlu dihadapi. Seperti yang diarahkan, Rania akur. Hari yang mencabar. Hari yang bersulam warna-warna hidup sebenar.
“Rania, petang ni mesyuarat jangan lupa ya,” suara ceria Kak Wan masuk ke telinganya sewaktu terserempak dalam perjalanan menuju ke pejabat.
Dalam termangu Rania mengangguk sedang kakinya terus menapak perlahan sehingga akhirnya sampai dia di hadapan bilik pengetua.
Bersamanya selain Tuan Haji Muhyiddin ialah puan Roziah dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ketiga-tiga mereka memandang tepat pada wajahnya. Setelah melalui hari yang mencabar, barulah mereka berempat berpeluang duduk bersama.
“Tuan Haji, kelas saya, sejak tadi saya tinggalkan…” ujarnya sebagai makluman.
“Jangan bimbang cikgu, ada cikgu relief,” sahut puan Roziah. Ketara wajah ketiga-tiga pentadbir itu membendung pelbagai pertanyaan.
“Mana cikgu tahu puan Rozana nak gugurkan kandungan Amanda?” puan Roziah terus kepada pokok perbicaraan.
“Amanda beritahu saya.”
“Kenapa tak maklumkan pihak sekolah?”
“Saya tengah bercadang nak maklumi tapi tak sempat. Amanda Sofea dah keluar dari rumah ibu bapanya.”
“Cikgu tahu tindakan cikgu salahkan?” puan Roziah merenung wajah keletihan Rania.
Rania angguk.
“Kalau tahu kenapa cikgu tak berbincang dengan pihak sekolah?”
“Saya tak sempat nak fikir. Masa tu saya hanya fikirkan Amanda Sofea. Fikir nak selamatkan dia saja.”
“Walaupun niat cikgu baik, cikgu tak boleh bersubahat dengan pelajar,” sampuk Tuan Haji Muhyiddin.
“Saya minta maaf Tuan Haji. Tapi saya tak boleh terima bila dapat tahu puan Rozana mahu menggugurkan kandungan anaknya.”
“Masalahnya puan Rozana menyangkal dakwaan cikgu. Dia kata dia baru balik dari luar negara dan baru nak berbincang dengan Amanda Sofea. Tiba-tiba Sofea lari.
Puan Rozana kata dia yakin anaknya dihasut seseorang untuk lari,” jelas Tuan Haji Muhyiddin.
Rania pandang Tuan Haji Muhyiddin. Dia sudah tidak mampu untuk menangkis tuduhan tersebut. Lemah semangatnya serta-merta. Hal seumpama itu bukan baru pertama kali berlaku padanya di sekolah tersebut. Ingatannya terus menjunam pada Elly Sukaesih.
Sekali lagi aku diuji!
“Silap cikgu kerana Amanda Sofea ada dengan cikgu.” Penolong Kanan HEM bersuara lesu.
“Saya tak berniat nak simpannya lama-lama puan. Saya hanya sekadar memberi perlindungan pada anak gadis yang memerlukan.”
“Tindakan awak boleh menyebabkan awak dikenakan tindakan tatatertib. Emak dia boleh tuduh awak menculik anaknya.”
“Saya tahu tuan haji tapi apakan saya. Saya tidak tergamak membiarkan Amanda Sofea bersendirian di luar sana. Saya bimbang akan keselamatannya.”
Ketiga-tiga pentadbir itu berpandangan sesama sendiri.
“Masalahnya cikgu, cikgu buat keputusan sendiri,” puan Roziah mencelah.
“Apa pilihan yang saya ada puan? Saya bimbang waktu saya sedang fikir-fikir nak buat apa, Amanda Sofea sudah semakin jauh. Dia masih bawah umur dan keselamatan dia bagaimana?” Rania pulang sebuah pertanyaan.
“Kami faham situasi cikgu masa tu tapi masalahnya ibu pelajar. Bagaimana kita nak meyakinkan dia bahawa niat cikgu ikhlas?”
“Terpulanglah pada dia nak fikir apa,” sahut Rania lesu. Dia sudah penat membela diri.
“Cikgu tak boleh macam tu!”
Rania diam cuma. Jauh di sudut hati dia dapat menduga marah puan Rozana bukan disebabkan dia menyembunyikan Amanda Sofea tapi lebih kepada marah kerana rahsia yang cuba disembunyikan sudah terburai. Kenapa itu yang dibesarkan? Tidak belaskah dia pada Amanda Sofea yang menjadi mangsa? Tidak mahukah dia membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anak gadisnya yang malang itu? Inilah penyakit masyarakat hari ini. Yang remeh-temeh didahulukan manakala yang pokok diabai.
“Tak apalah cikgu. Cikgu pergi dulu. Apa-apa masalah berbangkit, kami akan maklumi cikgu,” ujar Tuan Haji Muhyiddin membuang lamunan panjang Rania.
Rania pulang ke bilik guru. Beberapa guru menghampirinya sekadar bertanya berbasi-basi.
“Tak ada masalah apa-apa. Pelajar ponteng,” sahutnya selamba, sebaik mungkin menyembunyikan aib orang.
“Oh itu saja. Nampak pengetua, PK semua macam stres saja,” kata puan Rohaya.
“Dah libatkan ibu bapa, streslah,” sampuk Rania.
“Tadi tu emak Amanda kan cikgu?” sampuk puan Siti Balqis guru kelas Amanda Sofea. “Dah lama Amanda tak datang sekolah. Puan Kamilah kata dia sakit.”
“Hah dialah. Emaknya datang nak berhentikan dia tu,” sokong Rania.
“Sakit apa?” tanya seorang cikgu yang lain.
“Dia tu kan kurus. Macam sakit saja. Dulu masa kita bawa dia ke Planetarium, pernah pengsan tu,” puan Razalina mencelah.
“Tulah, sementara waktu ni emaknya nak bawa berubat,” tambah Rania pula.
Mendengar penjelasan tersebut, selesai sebuah kisah. Bermakna kisah ‘hitam’ yang menimpa Amanda Sofea terselamat. Itu yang penting dan mudah-mudahan ibu Amanda Sofea tidak memburukkan keadaan dengan membuat sesuatu yang salah. Dalam rusuh, Rania berasa geli hati juga sebab nampak sangat guru-guru tersebut ‘termakan’ dengan ceritanya.
Dua kelas yang akhir, Rania membawa pelajar masuk ke Pusat Sumber Sekolah bagi menjayakan program Nilam. Dia yang kelelahan memantau para pelajar dari jauh.
Sesekali dia meronda-ronda untuk memastikan para pelajar membaca buku cerita dan membuat ulasan. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Rania lepaskan para pelajar pulang manakala tubuhnya bagai diarah menuju ke surau kecil sekolah. Tidak ada sesiapa pun di situ. Rania menyandar di dinding surau melepaskan penatnya yang membukit sejak tadi. Hari yang sangat jerih.
Dia memang benar-benar lelah dilambung arus kehidupan yang akhir-akhir ini banyak tidak memihak padanya. Nafasnya turun naik. Matanya tidak mampu dibuka. Akhirnya tubuh kurusnya rebah perlahan-lahan di atas tikar dalam surau sedang kepalanya lentuk berbantalkan lengan. Datanglah seribu wajah yang pelbagai di perkarangan mindanya. Menari-nari dengan rentak tersendiri. Ada wajah Amanda Sofea, wajah ayah, wajah mama, wajah Ummar Qayyum, wajah nenek Ninda, wajah Murni, wajah Elly Sukaesih dan banyak lagi wajah yang berbalam-balam.
Apa yang sebenarnya kucari dalam kehidupan yang tidak lama ini? Soalnya seraya mata memanah kipas yang berputar ligat di siling.
Tuhan! Aku yakin semua yang kau beri ini ada hikmahnya. Ini bahagianku! Ini ujian untukku tapi kadang-kadang aku tidak mampu. Aku kerdil! Tuhan! Tak banyak yang kupohon dalam kehidupan ini. Semua telah kau beri. Kau anugerah aku ayah bonda, adik-beradik, saudara-mara yang pengasih dan penyayang. Kau lambakkan rezeki buat kami semua. Syukur pada-Mu Tuhanku. Aku akui. Tak banyak yang kucari dalam hidup ini. Sedikit yang kutagih tapi sedikit itulah dugaan buatku. Aku sedar Allah! Bernaungnya aku di bumi-Mu ini adalah untuk memenuhi tujuan penciptaan manusia. Aku hanya menumpang Aku hanya mahu hidup seadanya. Aku mahu menjadi hamba yang taat. Aku mahu berbakti selagi hayatku tidak Allah ambil. Banyak yang mahu aku perbuat tapi banyak lagi halangan yang aku dapat.
Rania berkalih tubuh. Setitis air matanya gugur.
Aku hanya mahu membantu Amanda Sofea dan berbuat baik padanya tapi ibunya tidak mengerti. Seperti juga aku mahu mendidik Elly Sukaesih menjadi gadis yang berhemah tapi ibunya salah faham. Pihak sekolah juga seperti menyalahkan aku. Ah, memang salah aku pun! Dia mengeluh kecil.
Dan Ummar Qayyum! Salahku jugakah? Aku hanya mahu sedikit ruang untuk aku serahkan secangkir madu cinta padanya tapi ada Murni. Menyakiti hati Ummar Qayyum seperti juga aku menyakiti dan menghancurkan harapan mama dan ayah.
Tuhan! Aku tidak bertujuan untuk meletakkan ayah dan mama dalam kepompong tanda tanya tapi aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan pada mereka tanpa mengaitkan nama orang lain. Tolonglah aku Tuhan!
Laungan suara azan Zuhur menyentak.
Tuhan, telah Kau panggil hamba-Mu untuk sebuah pengabdian.
Rania bangkit. Dia berwuduk dan terus mengerjakan solat Zuhur. Banyak doa yang dipanjatkan pada yang Esa. Diulang-ulang kembali monolog dalamannya kepada Yang Esa. Sesudah itu diraup mukanya. Dia berasa segar kembali. Jam sudah hampir menunjukkan pukul dua sewaktu dia menyarung kasut menuju ke Bilik Mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat AJK PIBG sekolah.
Telefonnya berdering. Nama Ros Ilyani tertera di skrin telefon bimbitnya.
“Kak Ros,” sapanya riang.
“Apa khabar Ren? Kata nak datang ke Janda Baik. Akak tunggu ni.”
“Kak Ros, memang nak datang tapi masa belum mengizinkan. Tapi Ren memang nak jumpa Kak Ros,” sahut Rania manja.
“Di mana ni?”
“Di sekolah. Ada mesyuarat PIBG.”
“Ren sihat?”
“Entahlah Kak Ros. Banyak yang berlaku akhir-akhir ni. Ren memang nak jumpa Kak Ros. Nak melepaskan segala yang berbuku di hati.”
“Datanglah sini, boleh kita sama-sama luah perasaan,” pujuk Kak Ros lembut.
“Betullah Kak Ros. Nanti kalau Ren jumpa Kak Ros Ren cerita semua.”
“Baguslah. Di sini pun ada orang tu yang asyik tanyakan Ren saja…”
“Halim?” serkap Rania dengan cerianya. “Entah-entah Ren datang, terus dia memerap dalam biliknya. Dia kata datang dah opah ni nak bebel kat aku,” seloroh Rania.
Suara tawa Ros Ilyani bergema di seberang sana. Terhibur hati Rania mendengarnya. Itulah satu-satunya kakak angkat yang dimiliki menggantikan Kak Rindu yang jauh di perantauan. Sayang, jodohnya dengan Abang Rais tiada, kalau tidak pada Kak Roslah akan aku tumpahkan segala nestapa. Bisiknya sendiri.
Melihat jarum jam sudah menjangkau jam dua, Rania berlari-lari anak menuju ke Bilik Mesyuarat.
Di ruang belakang, di atas kabinet yang rapi, sudah tersedia hidangan petang bersama dengan beberapa teko berisi teh O panas. Rania membantu AJK yang terdiri daripada para guru mengagihkan hidangan di atas meja mesyuarat. Sewaktu hendak ke ruang belakang semula, terserempak pula dengan Ummar Qayyum yang baru hadir dengan Dr Husam.
Berderau darahnya naik ke muka. Dalam rusuh dan resah-gelisah itu, dia cuba menenangkan diri. Hari yang sudah cukup mencabar, aku tidak mahu memporak-perandakan lagi perasaanku, janjinya sendiri. Mesyuarat berjalan lancar tapi hatinya tidak menentu. AJK bertepuk tangan apabila Dato’ Dr Zainal Aqil mengumumkan bahawa tiang surau sekolah akan naik tidak lama lagi tapi mengapa hatinya hiba sedang itu yang diharapkan sekian dulu?
Sekali lagi suara riuh rendah bergema tatkala Dato’ Dr Zainal Aqil mengumumkan seorang hamba Allah telah menyalurkan sumbangan dalam jumlah yang besar yang memungkinkan pembinaan surau tidak akan tergendala.
Hakikatnya jasadnya memang di situ tapi jiwa raganya menerawang entah ke mana-mana. Makin terdera bila sesekali matanya terserempak dengan mata Ummar Qayyum yang kiranya tidak lari dari terus menikam ke matanya.
Ummar Qayyum! Rintihnya. Hendak menangis rasanya bila disedari Ummar Qayyum masih sudi melemparkan sejalur senyum luka padanya. Ditundukkan wajahnya.
Adakah rasa benci Ummar Qayyum padaku? Detiknya.
Sekali lagi pandangan mata mereka bertemu. Aku tidak pernah berhenti mencintaimu Rania. Jangan membenciku Rania! Hati Ummar Qayyum pula berbisik. Dia tidak dapat mengelak untuk tidak menatap wajah yang sangat dirindui itu.
Qayyum! Berhentilah merenungku! Aku tidak mampu. Suara hati Rania merintih lagi.
Rania! Aku akan tetap menunggumu. Seribu tahun pun pasti kunanti. Percayalah Rania. Kembali padaku Rania! Kembali padaku!
Riuh di luar tapi sepi memenuhi ruang jiwa dua insan itu!
Sumber: Metro
Oleh Samsiah Mohd Nor
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.