Langkau ke kandungan utama

Kepada Follower dan Bakal Follower



Assalamualaikum...

Kurang mood nak buat entri. Idea ada. Tapi, malas sebab letih.. Erm, minta maaf la kepada pembaca setiaku (ceh, bajet jer ada pembaca setia).

Sebenarnya, aku segan la dengan korang yang follow blog aku ni. Blog ni bukan apa-apa pun, tak ada apa-apa pun. Entri pun banyak merapu dan pasal kisah hidupku jer..

Tapi start 290 follower hingga sekarang ni yang hampir ke-400, adalah mereka yang datang follow sendiri blog aku tanpa aku buat sebarang promosi. (Nampaknya ada 100 follow begitu tu datang sendiri)


Promosi yang aku maksudkan ialah aku pergi follow blog orang lain atau aku join mana-mana segmen atau contest.  Yang lain, aku dah malas nak join kecuali segment Abg Ben. Bukan apa, aku keletihan. Minta maaf ya pada kawan-kawan yang mengajak aku ke blog dan sertai segment  dan contest. Aku bukan sombong atau belagak. Tapi masa amat mencemburuiku.

Siang kerja. Malam-malam baru dapat buka laptop. Mata dah ngantuk, mana nak layan drama bersiri lagi. Kuang, kuang, kuang, dah kantoi.. Ha, layan drama jer la kan? Bukan nak update blog.. The hehe~ Jangan lah marah.

Aku ni hantu drama bersiri. Kalau ikutkan nak cepat-cepat tau ending dia. Baru ni, aku habiskan cerita He's Beautiful.

Cerita ni aku dah tengok secara kebetulan pada awal nak masuk Januari 2011. Kan malam tu ada ucapan dari Perdana Menteri. Aku sebagai warga yang kurang baik, bukan tak nak dengar, aku suka jugak dengar cuma dah lama dengar, aku jadi bosan. Adik-adik aku semua duk dapur, melayan cerita mak aku dan makan nasi. Tak nak makan lagi, belum lapar. Kalau makan waktu tu, nanti pukul 11, lapar balik.

Aku duk ruang tamu, kalih semua siaran  TV, ada ucapan PM. Tetiba, eh, ada cerita la. Maka layan la. Best jugak cerita ni. Malam tu jer la aku dapat layan cerita tu. Malam lain, ahli keluargaku nak tengok drama Melayu.

Sekarang ni, aku dah habis tengok cerita tu dari CD kawanku. Aku pinjam. Sekarang ni berlagu jer lagu OST dalam kepalaku.. Ingat nak ulang tengok drama tu. Hihi~

Eh, berbalik kepada cerita asal pasal follower, aku bukan tak nak follow korang tapi aku rasa malas nak promote blog aku ni. Aku nakkan komen, bukan just follow and say good bye. I need people hear my voice and respond. Bukannya aku bercakap sorang-sorang.

Kalau korang nak naikkan semangat aku berblog, komen la entri aku.. Kalau tak, mood aku down jer.. Kalau dah down, mungkin aku akan biarkan blog ni bersawang.


Itu jer, entri kali ini. Minta maaf tak ada pengajaran untuk korang.

Credit pic to twitterwatchdog.com


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker