Langkau ke kandungan utama

Luahan Perasaan (2) Annoying

Assalamualaikum...

Entri luahan perasan kembali lagi. Eh, macam iklan Tora kembali lagi. Haha~  Kalau korang tak nak ambik kisah, aku lagi la tak kisah. Tapi pada mereka yang ambik kisah nak baca, terima kasih. Kalau kena pada batang hidung sendiri, insaf-insaf la ek. Aku tak kata kat sape-sape pun.. Sape yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya, kan?

Aku menyampah la dengan orang yang pandang orang lain lebih rendah dari kita. Er, dalam kata lain, menghina.. Macam la ko tu tinggi sangat darjatnya. Kalau pun  ko tu terkenal dan famous ala splendour sangat pun, ada aku kisah ke? Aku pun tak perlu nak berkawan dengan orang macam ko yang memilih kawan!

1. Pasangan

Eleh, nak berlagak la tu.. Aku tau la aku ni masih keseorangan (single), ko dah bertunang. Ada aku kisah ke pasal tu semua? Itu pun ko nak belagak, apa daa.. Nonsense betul.

Tapi ko terlupa ke, yang masa kahwin nanti kena minta restu dari semua, supaya perkahwinan tersebut diredhai? Kalau aku tak mau bagi restu, amacam? Boleh ke perkahwinan ko bahagia? Er, macam la aku ni besar sangat kuasa dalam bab restu merestui ni. Aku ni bukan sesape pun.

Ada jugak nak berlagak dapat pak we kaya. Erm, aku tak teringin pun wei. Apa guna kaya kalau hati tak bahagia? Aku tak pandang pun orang kaya ni. Aku bukan pandang pada harta. Sebab aku ingat, bila mati nanti, tak da nya nak tanam dengan buku bank, barang kemas, handphone android, kereta Benz, laptop Apple, kasut dan baju berjenama Omputih yang mahai gila nak beli.

Lagipun, itu semua bukannya harta ko. Itu harta mak bapak, tambah mak tiri plus skandal bapa dia yang punya. Ko ada apa? Tak de apa-apa kalau jantan tu bagi.


2. Pekerjaan

Hak elek, pekerjaan pun ko nak belagak dengan aku? Ko ingat aku pandang kerja ko ke? Setakat kerja yang tak gembira dengan kerjanya pun, nak tunjuk 'eks' dengan aku? Boleh blah la.. Itu nasihat aku. Sebelum aku muntah dengan pakaian kerja ko, lebih baik ko berambus dari hidup aku!


3. Harta
Aku tau, aku ni orang miskin. Ko plak orang kaya. Jadi, apa motif ko nak berlagak dengan aku? Walau seribu kali pun, ko tetap kaya. Nak berlagak dengan aku, WTFish!!!

Aku tak pandang la harta menda semua ni. Aku cuma pandang hati jer. Tak guna ko kaya tapi hati ko tu resah dan gelisah jer. Aku, maintain happy jer. Steady jer. Ko pulak yang ada masalah mental bila tengok aku ni cool jer, walaupun aku miskin.


4. Fizikal

Jerawat
Aku ni kecil dan mukaku tak habis-habis berjerawat. Aku sedar tu dan aku berusaha untuk membasminya (jerawat). Fizikal ko ala model catwalk dan wajah ko mulus tanpa sebarang cela. Tapi, ko nak berlagak dan kata aku ni jeles dengan ko? Bukan ko je kata, kawan baik ko yang menghasut dan memburuk-burukkan aku. Er, pe hal korang ni? Aku tak kuasa la nak layan.

Ko patut bersyukur sebab aku ni masih baik tak doakan ko mendapat masalah jerawat macam aku. Kalau ko dapat, ko tau la betapa seksanya aku kena berpantang itu ini, jaga muka lagi. Sapu itu ini. Ke ko nak rasa? Aku tak kisah pun nak doakan ko. Dan ALLAH pun memang sangat mendengar doaku sebab aku ni tergolong dalam golongan yang teraniaya.. Ko nak?

Fitnah
Kawan ko tu, lebih baik ko berhati-hati kawan dengan dia. Aku tahu korang rapat. Aku tau, ko ni tak boleh baca hati orang walaupun ko tua dari aku. Aku bukan nak berbangga dengan ko, aku ada kelebihan ni. Cuma aku sangat terkilan bila ko sangat mempercayai kawan ko sebelum ko kenal aku. Dah la, kawan ko tu buruk-burukkan aku, fitnah aku.

Minta maaf la, aku tak dapat nak maafkan kawan ko. Dia dah fitnah aku dan buat ko tak rapat dengan aku. Aku tunggu kat Akhirat jer nanti dia datang kepada aku. Jadi, jangan suka hati jer nak buruk-burukkan orang lain. Kalau orang tu tak maaf, kan? Jumpa kat neraka la.

Aku bukan pendendam, aku ni pemaaf. Aku cuma nak hidup dengan aman tanpa ada orang nak tikam belakang aku. Nabi pun ada bersadwa, 'fitnah tu ibarat memakan daging saudaramu sendiri' dan 'fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh'.

So, kalau dia dah bunuh dan makan daging anggota badan korang, boleh ke  dimaafkan? Kalau masuk mahkamah dunia, pasti hukumannya bunug jugak, (kecuali kes Datuk Sosilawati, apa punya banggang la orang yang bunuh, bakar tu tak kena hukuman mati?). So, jumpa kat mahkamah akhirat je la..

Kalau ko berani buat (fitnah aku), berani la ko nak tanggung akibatnya, kan?

Ok, sambung balik. Fizikal aku memang kecil. Saiz XS tapi tinggi. Ko yang berbody cantik nak berlagak dengan aku? Apa barang body cantik pun tapi tak tahan sejuk air-cond? Aku yang kurus ni pun steady jer, tak payah nak pakai sweater segala bagai..

Jadi, tak payah la nak berlagak dengan aku kalau ko pun tak boleh nak maintain cun. Dah tu, pinjam sweater aku. Tak malu ke wei? Aku bukan tak bagi, aku bagi ikhlas. Tapi aku meluat dengan perangai berlagak ko tu..


Ok la, itu saja rasanya untuk kali ini.. Luahan perasan. Fuh, lega sikit kepala aku ni.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. jom baiki diri.. nak berlagak? perlu ke?

    BalasPadam
  2. apa yg ko tahu, HZ? Pandai jer serkap jarang ek.. haha~

    Mempunyai pengalaman yg sama ke? Kita serupa..

    BalasPadam
  3. sy tkot nk komen..tuan entri cm tgh mrh je..ekekekeke

    BalasPadam
  4. tp da bce..keh3..tuan entri single rupenya..ehem3....wakakaka...

    BalasPadam
  5. Dark virus aka ezad: hampeh ko..
    aku single, ko ada masalah ke? wah, ayat macam nak cari gaduh.. Tak de la, saya memang single.. ingat nak tunggu pinangan orang jer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker