Langkau ke kandungan utama

Dia Akan Pergi?



Assalamualaikum...

[Entri peribadi..]

Aku mula menyukai seseorang..

Apa? Itu petanda yang baik untuk Sha My Heart!



Tapi...

Kenapa lah, bila aku mula menyukai seseorang
ia akan pergi jauh dariku
bukan dia tinggalkan aku jer
dia tinggalkan semuanya
dia tinggalkan famili dia
dia tinggalkan kawan-kawan dia
dia tinggalkan blog dia?

Hina sangatkah aku?

Kenapa mereka itu hadir dengan tidak menyenangkan aku?
Kalau macam ni, aku rela bersendirian dari menempah derita!

Malam tadi, aku tengok cerita tu, sedih.. Pasal anak yang menangisi kematian bapanya.. Aku turut nangis, sebab aku dah lama nak buang rasa sedih dalam diriku ini. Jadi, aku turutkan saja rasa itu..

Aku ni jenis happy. Tapi kalau ada sedih dalam diri, aku jadi tak boleh nak enjoy kehepian itu sepenuhnya. Haha~



Ada jugak layan cerita sedih tapi tak boleh nak nangis sebab jap sangat sedih cerita tu, dah happy. Rasa nak marah jer pengarah tu, tak sempat nak layan perasaan beb. Huhu~

Aku ni sensitif sikit dengan berita kematian orang yang aku kenal sejak [baca ni]

Tapi tadi kawan baikku menyatakan dia akan pergi.. Aku memang nangis la, lagipun masih dalam mood sedih dan air mata belum kering. Maka tumpah la mutiara jernih kat bumi Sintok ni..


Kalau ikutkan, aku tak de la rapat sangat dengan dia lantaran dia tak lawat pun blog aku (Wei, kalau ko baca sini, rajin-rajin lawat la blog aku. Asyik aku jer lawat blog ko dan komen. Sampai hati ko tak lawat aku. Macam ni ke kawan? Eh, terlupa plak, ko kan otai.. Mana la ada masa nak lawat blog newbie lagi noob macam blog aku ni, kan?)

Walaupun kami tak rapat dari segi blog, tapi kami rapat dengan facebook. Dengan membaca entri-entri dia, aku makin mengenalinya..

Nampak saja dia macam seorang yang agak nakal tapi aku kenal hati budi dia..

Sungguh, aku rasa sedih dan tak nak kehilangannya. Kematangannya, memikatku.. Eh, sekadar adik jer.

Aku tak tau la betul atau tidak perkara ni, pasal kematiannya. Kalau dia tipu aku?

Wei, kalau ko tipu aku, ko akan kenal mana kawan yang baik dengan mana kawan yang hampeh.. Ko cari la sendiri formulanya.

Jangan buat aku sedih, sebab aku tak suka sedih. Nanti aku nangis. Habis la air mata aku..

Bila aku nangis, nanti aku sedih.
Bila aku sedih, nanti aku jatuh sakit.
Bila aku jatuh sakit, nanti aku tak larat.
Bila aku tak larat, nanti orang marahkan aku.
Bila orang marahkan aku, orang akan menyampah denganku.
Bila orang menyampah denganku, orang akan membenciku.
Bila orang membenciku, aku rasa tak guna nak hidup..

Aku sayangkan kawan-kawan aku dan berharap korang semuanya sihat, happy dan direstui..:-)


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker