Langkau ke kandungan utama

Tips Kos Perkahwinan Berhemat

Assalamualaikum...


Aku ambik dari emel.

Keluhan seorang yang bertanggung jawab untuk menyediakan belanja.

Saya pun sama naik fobia. Manakan tidak, hantaran rm12k serba satu.
Tak langsung lagi. Kononnye nak belajar. Takpe lah. Bertunang setahun.

Lapan bulan slps tu dia minta putus hanya kerana fitnah orang ketiga
skrg umur dah 38th. Minat nak kahwin dah lentur.

Md Razali wrote:
Hmmm, itu kira masih bernasib baik lagi kalau nak banding ngan keadaan saya yang terpaksa mengikut arahan atasan untuk posting ke KL.

 Kalau dulu sewaktu di tempat lama masih lagi mampu untuk buat saving walaupun tak banyak. But once dah pindah ke KL habis semua simpanan digunakan untuk pengangkutan pindah umah. Deposit umah.

Lagi perbelanjaan minyak kenderaan. Tol.

 Secara basic just imagine if my gaji purata sekitar rm1300. Apa sgtlah nilai tersebut yer di bandingkan dgn kos sara hidup yg tinggi di kl ni. Nak menyimpan jauh sekali.

Kalau tmpt lama perbelanjaan misalan utk kereta. Dulu full tank leh gi ke 450km. Nowaday. Full tank hanya leh gi ke 350km. Dengan jammednya. Trafic light lagi. Cuma satu contoh yang saya ambil tu.

 Jadi dlm keadaan tu masihkan kami juga yg perlu di persalahkan tidak beringat utk menyimpan. Bukan tidak menyimpan tapi takde peluang apabila gaji tu abis untuk berbelanja ke atas perkara lain.

 So camna agaknya nak menyara hidup orang lain kalau gini. Terus terang apabila diajukan persoalan perkahwinan oleh sahabat-sahabat, saya agak fobia utk menjawab. Bukan tidak berkehendak tetapi takut tidak mampu.

Wallahul alam


Suhaila; wrote:
Saya sokong akak macam tunang saya dah bertunang baru terhegeh-hegeh nak
menyimpan. Nak mrh,tapi benda dah terlewat. So kami simpan gak sama2. Saya cakap akan tolong, tapi bukan dengan kongsi hantaran.. Last month dah bagi dia 3k. Selebihnya pandai-pandai la.

Mungkin dia berhutang,tp  bkn dgn along atau bank. Mungkin dgn family dia,or dgn boss dia.buat pinjaman tanpa faedah. Atas ihsan dan saya janji,kalau ada rezeki lebih,kami bayar sama-sama.
Saya taknak bebankan dia.rumah pun akan guna loan saya sebab saya kerja kerajaan, tapi saya suruh dia bayar balik kat  saya. Tak dapat semua, separuh pun jadi la sebab saya tahu gaji dia bukan besar sangat.

Perabot pun kami akan beli yang basic dulu dan bila ada  anak,saya nak ikut cara kak sharifah hamidah ni. Simpan duit utk masa depan anak-anak saya sebab saya pernah pergi kursus motivasi dan dia tekankan benda ni. Menyimpan dari anak masih kecil..

Tunang saya pun macam anak akak, kerja siang malam sampai saya kena  ingatkan dia supaya luang masa utk diri sendiri,rest.mesin kalau  keja tak berenti pun boleh breakdown..persediaan awal tu yang  penting. Sebagai ibubapa, kena ambik peranan gak.. Ni pandangan dari  saya yg masih muda,masih cetek bab-bab agama dan pengalaman hidup.



 Sharifah Hamidah

 Salam

Ada kebenaranya, saya pun nak terima menantu ni. Duit kenduri dah tentu kami sebagai ibu bapa yg bayar, kesian kat anak gak baru nak hidup mana nak cari duit sebanyak tu dah lah duit hantaran sekarang memang mahal. Tapi tak leh lah nak salahkan pehak pompuan, barang2 semuanya mahal.


 Anak saya lelaki. Saya tahu fikirannya beserabut sekarang. Saya perhatikan siang malam dia bekerja nak cari duit jadi sebagai ibu bapa pun kena gak ambil berat untuk meringan beban dia nak kawin (tapi jangan tunjukkan sangat kita nak membantu, biar dia berusaha dulu) bantu dia bila dah nak dekat nak kawin.

Apa yang saya sarankan di sini untuk kaum ibu elok lah simpan duit semasa anak masih kecil lagi kalau x ada discipline nak simpan beli lah insurance, sekarang ni banyak insurance yang berlandaskan konsep keislaman. (Saya bukan orang insurance). Tapi dengan wang insurance banyak membantu saya untuk menghantar anak ke Universiti (tak payah nak ambil loan, jadi anak-anak kita tak susah nak bayar). Lebihnya simpan untuk anak-anak nak kawin.

Mungkin kawan-kawan mengatakan gaji kecil mcmana nak simpan. Untuk
pengetahun gaji saya dulu pada mula bekerja cuma 280 ringgit sahaja dpt bagi emak bapa, beli insurance sebagai simpanan dan bila dah gaji dah lebih simpan lebih sikit. Hidup alah kadar. Beli rumah dan kereta ikut kemampuan jangan tengok org beli umah besar kereta besar kita pun nak beli. Boleh beli kalau mampu. Jadi bila hidup kita dah teratur dpt lah kita meringankan beban anak-anak kita yang baru nak hidup.

Ini sekadar pendapat untuk di kongsi bersama dengan kawan-kawan yang boleh saya anggap sebagai anak-anak, kerana saya tahu group ni ramai yang muda-muda lagi.



dahli hamzah
wrote:
Besok kita tua, giliran anak kita nak khawin atau giliran kita terima menantu. so permudahkan urusannya.  Rendah kan mas khawin. Dahulukan hal-hal agama. Cari kerberkatan dalam urusan rumah tangga.

Saya pun setuju gak pasal hal ni.
Pastu diorang macam nak bersaing satu sama lain.
Sapa yg paling tinggi hantarannya dia le yg best



syafrry shahril wrote:

memang betul org melayu kita sekarang nie dah terikut2 budaya Hindu contoh nya bersanding lepas tu hantaran tak nak kalah lagi tinggi lagi la boleh dibanggakan dicanang satu kampung yang susah org yg nak khawin la jadi mangsa mak bapak


Md Razali wrote:

Saya terbaca satu perbincangan yg terdapat dalam ruangan Forum Tranungkite website

‘Wanita yang paling baik adalah yang paling murah maharnya '

Alangkah indahnya ungkapan di atas.. Bertuahlah bagi mana-mana muslimat yang berpeluang tergolong dalam kumpulan itu.

 Namun sayang sekali, syariat Islam masih berada di pinggir. Sesungguhnya sudah jelas dan nyata akan kebaikan yang dibawa dalam setiap hukum hakamnya,namun manusia sudah dibawa lari jauh untuk tidak menyedari akan kelebihannya.

Hasilnya pekerjaan yang mulia yang pada asalnya cukup mudah dalam syariat (walau dengan lafaz -lafaz mulia ayat-ayat suci Al-Quran), akibat budaya dan tempias ideologi selain Islam ia bertukar menjadi beban pada ummat. Mohon perlindungan dariNya.

Mahar adalah sebahagian daripada kos mendirikan perkahwinan.

Memang menarik andai ungkapan sebegini dilafazkan terus dilaksanakan, cumanya yang bermasalah adalah kos yang kadang-kadangnya terlampau tinggi untuk diselesaikan.

Tolong bagi mana-mana senior yang sudah atau akan mendirikan rumah tangga, bincang topik-topik sebegini memang menarik sebahagiannya.


So, amacam? Hangat juga ya bila ada kaitan dengan mahar yang mahal ni. Tabungan dan simpanan tu adalah paling penting.

Apa kata korang?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.


Ulasan

  1. Assalamualaikum...


    tu la bila kos sara hidup lebih drp pendapatan. kalo dpt simpan wpun sikit tiap2 bulan dah kira ok..tp kalo xdpt nk simpan, tpaksa ikhtiar la kut cara lain. byk option still available, antaranya dptkan keje part-time utk tmbh income, tukar keje yg byr gaji lebih lg, etc...

    cuma seperkara perlu ingat, jgn takut dgn pluang2 yg dtg. rezeki ada di mana2 dan bila2 masa jer Allah akan beri..bykkan mencuba utk cari pluang tambah saving dan income, dan jgn putus asa...

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE EDGE

    BalasPadam
  2. Sekarang ni kos untuk hidup dah makin meningkat.. barang semuanya naik.. tengok jela nak beli emas pn.. dah berapa sekarang kan..
    saya ni kawin dulu, memang ibu & abah banyak support.. hantaran pun takda mintak tinggi2 sangat.. kesiankan untuk kaum adam yang nak cari duit kan.. taknak la bila hantaran tinggi2, hutang pun banyak, the end lps kawin, hutang keliling.. kan susah..tapi tu semua terpulangla pada individu itu sendiri..:)

    BalasPadam
  3. Blade: nasihat yang baik. Akan dituruti..

    Kena rajin cari rezeki dan tak takut nak rebut peluang. Sekarang ni, nak gerak sikit, duit. Sikit-sikit duit..

    TQ sudi lawat sini.

    BalasPadam
  4. Farah: beruntung la.
    Emas makin naik. Pelaburan yg baik jugak tu. Hihi~

    Syukurlah parent Farah bantu.

    A ah kesian kat laki kena cari duit.

    BalasPadam
  5. salam...

    thanx 4 comment kat blog. anyway, dah tukar setting komen pd blog. saya baru jer remove word verification tu. hari tu 'sesat' skejap dlm area admin blog, tu la pasal xjumpa kat mana setting word verification tu..hehehe :-)

    happy bloggging :-)

    BalasPadam
  6. HZ: lambat lagi ek? Muda lagi ke u?

    Kalau lambat pun kena jugak fikir dan simpan awal2. senang nanti..

    BalasPadam
  7. pelik juga akak tengok depa wat hantaran tinggi2 ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker