Langkau ke kandungan utama

Budak Dulu VS Budak Sekarang

Assalamualaikum...


Budak dulu kalau org tua sedang bercakap, cuma dengar dan tak menyampuk.
Budak sekarang kalau org tua sedang bercakap, siap boleh sampuk dan ambil alih perbualan.

Budak dulu kalau pergi sekolah boleh pergi sendiri.
Budak sekarang kena hantar dan ambil.



Budak dulu kalau hari raya habis satu kampung dia pergi beraya.
Budak sekarang kat umah sebelah pun tak mau pegi beraya, asyik tgk tv.

Budak dulu kalau kena pukul ngan cikgu takut nak bagitau ibubapa, nanti kena tambah lagi.
Budak sekarang Cikgu pulak takut nak pukul.

Budak dulu kalau petang2 turun main ramai2.
Budak sekarang main game.

Budak dulu nak makan KFC pun susah.
Budak sekarang naik muak makan KFC.

Budak dulu kalau sedara mara datang rumah kena pegi kenal tetamu.
Budak sekarang lari masuk bilik.

Budak dulu kalau suruh buat kerja, rajin.
Budak sekarang kalau bagi upah atau laung 15 kali baru nak wat kerja.

Budak dulu memang terer panjat pokok, berenang, menyelam, main sembunyi2.
Budak sekarang main dota, fb dan sewaktu dengannya.

Budak dulu kenal semua budak2 kat kg /taman.
Budak sekarang  tak kenal jiran sebelah rumah

Budak dulu mak selalu bagi list pergi kedai beli kelapa parut/ubat nyamuk/telur(contoh).
Budak sekarang mak bapak angkut anak pergi hypermarket.


Dressing skolah budak dulu : yang lelakinya pakai seluar pendek, yang perempuannya pakai pinafore. Budak skarang darjah 1 dah pakai seluar panjang & baju kurung ~ Alhamdulillah

Budak dulu mak slalu suap makan, budak sekarang maid yang suap...

 Budak dulu panggil mak dia 'mak' 'ayah' 'abah', budak sekarang panggil 'mummy' 'daddy', 'mama' 'papa'
 budak dulu kaki mesti kudis, parut, bekas birat, budak sekarang kaki licin je.

 Budak dulu untung sebab dapat pegi ngaji, budak skarang...eh kat mana korang anta anak orang ngaji? aku tengah cari ni.

Budak dulu report card cikgu suruh bawa balik tunjuk kat mak ayah untuk disign.
Budak sekarang siap ada report card day.

Budak dulu-dulu kalau suka dengan someone sampai malu nak lalu depan kelas.
Budak-budak zaman sekarang kalau suka terus confess dia punya perasaan.

Budak dulu-dulu kalau nak buat bedak sejuk kena peramkan dulu beras lepas semalaman baru boleh guna,
tapi budak zaman sekarang dah sibuk suruh ummi beli compact powder silky girl kononnya nak cantik macam adik Sharifah Amani.


Budak dulu-dulu kalau kena rotan dengan cikgu,takut nak bagitau dengan mak ayah sebab takut kena marah lagi sekali,zaman sekarang mak ayah pergi serang cikgu padahal anak dia sendiri perangai nakal na'uzzubillah.

Budak dulu ngadu ngan mak kena pukul ngan cikgu, dapat "padan muka" je. Bukan nak kesian pun. Tapi dh besar2 ni alhamdulillah la jadi manusia
Budak sekarang? Pakat ramai-ramai pergi belasah balik cikgu. Adui dunia, dunia.. Masyarakat macam mana la yang kita nak lahirkan??


Kesimpulan:


Jauhkan perbezaan antara kanak-kanak zaman dulu dan zaman sekarang. Now fikir-fikirkan dan selamat beramal.haha (maaf x de kaitan langsung)


by JOe LaBu

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker