Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Diari kehidupanku

Counting 30 Days Menanti Cinta

Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal.  Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak. Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang. Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Petua Sembuh Virus Demam Melanda Dunia

Alolo, ciannya dia Virus demam melanda dunia. Al-kisahnya bebaru ini aku dijangkiti virus demam yang sangat kuat. Aku kelaskan ia sangat kuat dan berhantu kerana teruk aku demam (sakit kepala, pening, angin, sejuk sangat sampai menggeletar, badan panas membahang berapi, dan   bermacam lagi). Demam pula seminggu teruk. Seminggu kemudian beransur. Minggu ketiga masih ada simtom demam. Dalam tempoh aku sakit ini, aku dah pergi ke tiga buah klinik, dua kali ke hospital, tigakali ambil ujian darah, sekali ke Darul Syifa untuk rawatan alternative (rawatan Islam). Terima kasih bebanyak untuk kawan aku yang banyak membantu di kala aku kesusahan. Iyalah, demam teruk sampai menggeletar sejuk dan suhu badan naik mendadak membahang sampai 47 darjah Celsius. Tak larat nak ulang alik tandas sebab asyik nak muntah dan nak kencing saja. Penat dow. Alhamdu lillah, sekarang aku dah ok. Dah sihat macam biasa. Cumanya aku kena banyakkan minum air. Lagipun ujian darahku menunjukkan parti

Ramadhan Penuh Berkat, Semoga Taubatku Diterima

 Lama rasanya tidak mengemaskini entri terbaru. Masa yang agak mencemburui kita. Alasan! Sebenarnya, broadband aku ada masalah dengan line semput macam siput ini tidak memungkinkan aku untuk update entry. Nak up date. Blogger akan ada selalu idea nak up date apa. Aku ada idea tapi internet tak ada. Kat pejabat pula, diorang block sekat blogspot. Kalau tak, hari-hari aku update. Hehe. Tapi, kerja aku akan tetap buat.  Jadi, kesempatan pada hari ini, aku nak kemaskini entri-entri lama yang lama tidak mesra SEO. Search Engine Official. Sebab entri aku yang lama-lama sebelum aku belajar pasal SEO tu banyak tapi tidak memberi trafik ke blog. Agak rugi di situ. Jadi, nak edit kasi mesra SEO dan buang gambar yang tidak menutup aurat. Aku tak nak berdosa dan terus berdosa kerana menayangkan aurat orang lain.   Sekarang ini, Bulan Ramadan, dah tengah bulan. Alhamdu lillah, masih dipertemukan-Nya dengan bulan yang penuh berkat ini. Kita ini banyak dosa, rebutlah peluang dengan ganjar

Wangsa Maju Best City, Dekat Dengan Genting Highland, Sejuk Giler

Setelah setiap pagi ke sana ke sini dengan train (Komuter) dan teksi, akhirnya dapat rumah sewa. Alhamdu lillah. Rumahnya dekat dengan tempat kerja, Cuma beza satu syeksen saja. Tempat kerja syeksen lima, aku duk syeksen 4.   Kalau sebelum ini bangun pukul 5 pagi (kadang-kala lajak ke 5.30 pagi) untuk bersiap dan keluar seawal 6 pagi dan sampai rumah waktu Maghrib (7.40-8.30 malam). Sekarang bangun pukul 6 atau 6.30 pagi dan biasanya berada di rumah pada pukul 5.30 petang. Paling lambat pun pukul 6 sampai rumah. Masa dijimatkan! Pernah juga aku bangun seawal 4.30 pagi dan 5.55 gerak ke Stesten KTM Klang, Selangor. Dapatlah naik train yang awal. 6.17 pagi. Masuk tu, ada seorang lelaki membaca Quran. Ye la, azan Subuh pukul 5.40. Lepas solat baru gerak. Train pula kena tunggu pukul 6. Tak sempat nak baca. Bagus dia baca. Aku tak baca, tapi bantai tidur, cover balik tidur yang tak cukup. Hehe~ Rumah dan tempat kerja boleh diakses dengan berjalan kaki (dalam 10 minit), ke

Pasaraya Buat Hal Dengan Khidmat Pelanggan

      Bebaru ni, aku ada pergi ke sebuah pasaraya yang terkenal dengan harga murah di tempat tinggal aku sekarang ini, Wangsa Maju. Tetiba, aku terpaksa berurusan dengan pegawai bahagian khidmat pelanggan atau lebih glamour disebut customer service.   Kesnya, aku beli barang RM46.90 tapi disuruh bayar RM54.90. Mula-mula, Tanya berapa sen sebab ingat nak bagi saja duit syiling sebab dengar ada sebut 4. Ingat 40 sen tapi 90 sen. Dah banyak, tak jadi nak bagi syiling. Hulurkan note RM50. Tapi, dia tak proceed. Eh, kenapa?  "RM54.90." jawab jurujual itu. "Eh, saya tengok tadi RM46.90," tegas aku. "Tapi kat sini tulis RM54.90," ujar jurujual sambil tunjuk ke arah skrin komputer. “Tapi saya tengok tadi harganya, RM46.90.” Memang aku tak puas hati sebab aku bukannya banyak duit. Dah la lama juga aku ‘lepak’ depan tu sebab nak pilih yang 6 pcs atau 12 pcs. Selepas rasa puas hati dengan harga yang 12pcs tu, sebaba bawah 50 ringgit, barulah ak

Dapat Kerja di Jabatan Kerajaan, Cara Nak Pergi Tempat Kerja Sungguh Mencabar

tahniah dapat kerja. Kerja elok-elok ye Alhamdu lillah, aku telah diterima kerja untuk satu jabatan kerajaan. Mulanya, ingatkan aku boleh ditempatkan di negeri aku. Tetapi, sekali bila melapor diri, aku kena menetap di sini. Jadi orang Kuala Lumpurlah. Individu yang banyak membantu aku di sini adalah keluargaku. Ayah, kakak-kakak, abang ipar-abang ipar, abang, sepupu-sepupuku dan kawan-kawanku. Terima kasih semua. Aku gerak dari rumah pukul 6 pagi. Kiranya pukul 5 pagi dah kena bangun. Abang ipar hantar ke stesen Keretapi Klang, Selangor. Ambil komuter KTM ke KL Sentral. Kemudian ambil Kelana Jaya Liner ke Sri Rampai. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa selama sejam 45 minit. Klang ke KL Sentral mengambil masa sejam, manakala perjalanan dari KL Sentral ke Sri Rampai kira-kira setengah jam dan dalam sepuluh minit dari Sri Rampai ke tempat kerja. Balik pula, ambil bas dari tempat kerja. Kadang-kadang bas tu pusing satu Wangsa Maju. Jenuhlah, la

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya

Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja. Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~ Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik! Ila sedang sibuk bergambar.  Tengok kameranya tu. Cayalah, bro.. Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kend

Proses Mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Senang Lulus

Proses mendapat Lesen JPJ Proses mendapatkan lesen memandu motosikal yang senang untuk lulus. Saja kongsikan supaya ada yang mendapat manfaat dari pembacaan entri ini. Pertama: Mendaftar dengan Institut Memandu yang Berdaftar di Malaysia Banyak institut yang ada menyediakan perkhidmatan mengambil lesen. Bermacam-macam pakej yang ditawarkan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Pilih juga tempat yang menyediakan perlaksaan ujian memandu yang mana pegawai Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) turun ke tempat latihan institut tersebut. Ini akan mengurangkan rasa gugup anda sebab sudah terbiasa dengan litar yang ada. Kalau litar baru, mungkin anda akan pening dan blur sedikit. Oh ya, fikirkan juga adakah institut memandu ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Anda belum memiliki lesen ye, jadi jangan memandai menunggang sendiri. Dicadangkan memilih institut yang menghantar dan menjemput anda. Tidak perlu menyusahkan orang lain kerana biasanya awal pagi calon perlu berad

Musuh Dalam Lipatan

A poison apple is so sweet! Geram. Kenapa dia selalu nak kacau hidup aku lagi? Kenapa dia nak burukkan aku lagi? Sedangkan aku sudah angkat kaki dari syarikat tu? Apa tujuan dia? Supaya bos sayang? Sorry, i dont think so. Aku angkat kaki pun secara elok. Beberapa hari mereka menghubungi aku. Pujuk untuk bekerja balik. Aku sudah tawar hati lebih-lebih lagi apabila mengetahui perangai teruk mereka dan betina itu. Maaf, aku tak mampu nak sebut namanya lagi atau menghormatinya apabila begini dia buat kepadaku. Aku baik kepadanya, malah dia merupakan kawan rapatku. Dia sanggup tikam belakang aku. Dia adalah musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Fitnah Dia fitnah aku. She make my bos look underestime on me! Aku rasa lain apabila bos langsung tak sebut namaku tetapi nama betina tu saja. Tengok muka aku, bos tarik muka masam. Tapi bila depan betina tak sedar diri tu, dia bermanis muka. Sape tak rasa pelik, kan? Sebelum ini, panggil aku tapi sejak hari itu, langsung tidak sebut na

Manga (Komik Jepun) Mesej Cinta Di Tangan Kiri, Menghayun Sanubari

Semalam, aku bosan kat tempat kerja. Tiada kerja nak buat. Kerja sudah siap. aku sudah bosan untuk melayari internet. Aku sudah pun membaca majalah-majalah hiburan. Sudah habis baca. Bosan. Cari lagi bahan bacaan yang terdapat di tempat kerjaku. Yang bestnya, bos tak marah aku membaca dan mengonlinekan diri. Bos memang sempoi. Yang penting kita buat kerja dengan elok. Siap buat kerja, ikut suka la nak buat apa pun. Hehe~ Cari punya cari, ternampak manga (komik Jepun). Puisi Terpendek Di Dunia. Si anak bos kata dia punya. Dia beli beberapa buah tapi belum sempat baca.  Aku buka plastik yang membalut manga tersebut. Buka. Wah, sajak. Aku suka. Lukisan pula cantik. Wah. Sangat suka. Tapi, tetiba ada kerja, membantutkan niatku untuk membaca. Nak baca boleh tapi tak seronok sebab tak dapat nak tumpukan perhatian. Concentrate. Aku letak balik kat raknya. Masukkan kembali ke dalam plastiknya. Simpan. Hari ini, aku bosan-bosan. Tengok-tengok bahan yang boleh dibaca, aku terjuma lagi satu m

Today was An Amazing Day!

Kredit to Google. Tak sempat nak ambil gambar. 27 Februari 2014 Today was an amazing day! Alhamdu lillah walaupun tidak seberapa sihat, tetapi tetap ceria dan tenang. Hari ini aku menghayunkan langkah kaki ke agensi. Malam tadi, tidur lambat dan terjaga pukul 6 sampai la waktu yang patut aku bangun. Rumet pula malam tadi asyik terlanggar aku saja. Aku ni senang terjaga tetapi susah mahu tidur. Aku sampai sana awal. Lama juga tunggu. Awal pagi ni kenderaan suka memecut laju. Dah tau tak banyak kenderaan atas jalan. Tapi banyak juga sebab mereka ke tempat kerja. Mira sampai. Seperti biasa. Mesra. Suka dengan dia. Walaupun tak kenal tapi dia jenis happy go lucky. Sampai kenderaan. Naik. Ada sorang mamat cina kat belakang dan minah Melayu kat bahagian tengah. Borak dengan minah tu. Sekadar berbasa-basi. Kami pergi sampai ke Kuala Kedah. Kemudian, terus ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan sawah padi. Rakan-rakan sebelah pun rasa teruja tengok. Sebab cantik.

Jahatnya, Jual Tanah Orang Dengan Pindahmilik

Jangan kerana duit, kita kelabu mata Aku nak cerita satu kisah benar. Pasal ‘kebodohan’ segelintir orang kampungku yang menanggap diri mereka pandai tetapi meletakkan diri sendiri ke jurang neraka. Begini ceritanya.. Al kisah, Ali diberikan tanah untuk diusahakan (tanah bendang) oleh tuan tanah lantaran landlord (tuan tanah) berada di luar kawasan. Ali mengusahakan tanah tersebut bersungguh-sungguh. Hasilnya lumayan. Diberikan bayaran kepada tuan tanah mengikut kepada kadar yang dipersetujui. Tiap tahun, Ali tidak pernah lupa untuk membayar ‘cukai’ kepada tuan tanah. Ali gembira kerana boleh mengusahakan tanah tersebut dan memberi kesenangan kepada hidupnya sekeluarga. Selang beberapa tahun mengusahakan tanah tersebut, dia rasa kepenatan. Kalaulah tanah ini tanah aku, aku jualkan saja.. Kalaulah tanah ini, orang lain yang usahakan dan aku yang memperolehi hasilnya. Kalaulah, kalaulah.. Rancangan jahat Niat Ali ini disampaikan kepada rakan baiknya, Rahman disambut hang

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu

Anak Tudung Biasa Vs Anak Tudung Syria: Mana Satu Pilihan Terbaik

Anak tudung Syria Anak tudung biasa Aku rasa dah buat entri berkenaan cara pemakaian tudung yang selesa. Jap, nak selak-selak entri terdahulu. Entri tersebut boleh diluncur di sini, Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan . Tadi, semasa aku ambil air sembahyang, Nurul, seorang rakan setempat kerja (syarikat lain-lain, tandas berkongsi), bertanya kepadaku, lebih kurang begini perbualan kami : Nurul: Kak Sha selesa ke pakai anak tudung Syria? Sha: Selesa. Nurul: Oh.. Sha:  Dulu Kak Sha pakai anak tudung biasa jugak. Tapi, sejak Kak Sha bertukar kepada anak tudung syria ni, dah tak balik kepada anak tudung biasa. Selesa sangat-sangat. Ya, sebab selesa aku masih menggunakan anak tudung syria sebagai alas kepada tudung yang aku sarung. Kelebihan anak tudung Syria: 1. Tidak longgar Anak tudung biasa, biasanya akan longgar atau ketat. Tapi anak tudung Syria ni pula, tidak longgar atau ketat. Sedang-sedang saja. 2. Terletak elok di kepala Masalah biasa anak tudung biasa ialah 'lari

Open Tracker