Langkau ke kandungan utama

Dapat Kerja di Jabatan Kerajaan, Cara Nak Pergi Tempat Kerja Sungguh Mencabar

tahniah dapat kerja. Kerja elok-elok ye


Alhamdu lillah, aku telah diterima kerja untuk satu jabatan kerajaan. Mulanya, ingatkan aku boleh ditempatkan di negeri aku. Tetapi, sekali bila melapor diri, aku kena menetap di sini. Jadi orang Kuala Lumpurlah.

Individu yang banyak membantu aku di sini adalah keluargaku. Ayah, kakak-kakak, abang ipar-abang ipar, abang, sepupu-sepupuku dan kawan-kawanku. Terima kasih semua.

Aku gerak dari rumah pukul 6 pagi. Kiranya pukul 5 pagi dah kena bangun. Abang ipar hantar ke stesen Keretapi Klang, Selangor. Ambil komuter KTM ke KL Sentral. Kemudian ambil Kelana Jaya Liner ke Sri Rampai. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja. Perjalanan mengambil masa selama sejam 45 minit.
Klang ke KL Sentral mengambil masa sejam, manakala perjalanan dari KL Sentral ke Sri Rampai kira-kira setengah jam dan dalam sepuluh minit dari Sri Rampai ke tempat kerja.

Balik pula, ambil bas dari tempat kerja. Kadang-kadang bas tu pusing satu Wangsa Maju. Jenuhlah, lambat naik komuter nanti. Dari Sri Rampai ke KL Sentral, kemudian ambil train ke Klang pula. Biasanya abang ipar dan famili yang akan ambil dari Klang Station. Tapi, ada juga yang aku kena balik sendiri, ambik bas dan turun kat Hospital  Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Jalan kaki ke bas stesyen Klang, punyalah jauh. Kena lintas jalan lagi.

Perjalanan komuter KTM dari Klang ke KL Sentral dicaj sebanyak RM3.60 sehala. Kemudian KL Sentral  ke Sri Rampai berharga RM2.30. Kemudian ambil bas atau teksi ke tempat kerja.Kalau bas kena RM1 sahaja. Tapi kalau teksi dalam RM4 lebih. Kira bajet RM5 la. Kalau aku lambat, aku ambil teksi sahaja kerana pintu pagar tutup pukul 8 pagi. Jadi, kena menapak pusing setengah bukit dan mendaki. Letih baq hang! Aku pernah jalan pagi tu. Rasa nak menyerah. Tapi, nasib baik ada ayah dan dialah menguat semangatku. Aku memang dah nangis waktu tu. Ye la, dengan kasut tumit tinggi, nak kena menapak jauh. Ayah jalan depan, aku ikut belakang.

Kemudian, tengahari itu, aku dan kawan-kawan menapak turun dan berjalan jauh. Aku kuat kerana kawan-kawan. Kalau diorang tak ada, mungkin aku menyerah. Tapi. bila ada kawan-kawan mengeluh, aku motivasikan. Itulah gunanya kawan, saling menaikkan semangat.


Biasanya pergi dari Klang boleh duduk dan balik dari Sri Rampai. Bila dah kat KL Sentral, dah tak dapat tempat duduk. Orang ramai. Penuh. Dari kalau nak pergi beli belah atau bersiar-siar, elakkan waktu nak masuk kerja pejabat dan waktu pulang kerja ye. Sebab ramai sangat. Waktu selepas itu, tidaklah ramai sangat.


Ingat pengorbanan orang lain. Semoga aku dapat buat kerja dengan baik. Amin.

Korang yang belum dapat kerja tu, mintalah. Jangan tak minta ye.
Setakat ini dahulu dari aku. Ini pun pinjam lappy abang ipar. Lappy aku belum buka lagi dari beg. Hehe~

Ulasan

  1. Akak dapat jabatan apa? Tahniah!!!!!

    anip plak, 26hb ni kena berulang alik dari Seremban- KL Sentral - Ampang Park (LRT).. dapat training dgn PNB. doakan :))

    BalasPadam
  2. Jabatan apa, xleh cakap lagi.

    wah, syarikat besar. semoga berjaya Anip

    BalasPadam
  3. takpe..pasni insyaalah dipermudahkan segalanya.

    ada lagi yang lagi payah kan..

    dulu saya travel dari Terengganu sebab dapat kerje KL. Bukan Gov.

    Menitik air mata bila pikirkan susah nak cari rumah sewa tu

    BalasPadam
  4. Cik Hani, bersusah susah dahulu.
    Saya travel dari Kedah.

    Rumah sewa pun susah juga nak cari.

    BalasPadam
  5. tahniah... syukur dah dapat kerja.. kerja elok2...

    BalasPadam
  6. Sm la.sy dpt kje kat sarawak.merantau dn ke indon n brunei.rugi klu xdpt kje jaoh2.ni je peluang ad.

    BalasPadam
  7. motivasi..dari banting ke kg delek..naik ktm ke kl sentral.. hihih semangat2.. 19hb ni start keje

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker