Setelah setiap pagi ke sana ke sini dengan train (Komuter) dan teksi, akhirnya
dapat rumah sewa. Alhamdu lillah. Rumahnya dekat dengan tempat kerja, Cuma beza satu syeksen
saja. Tempat kerja syeksen lima, aku duk syeksen 4. Kalau sebelum ini bangun pukul 5 pagi
(kadang-kala lajak ke 5.30 pagi) untuk bersiap dan keluar seawal 6 pagi dan
sampai rumah waktu Maghrib (7.40-8.30 malam). Sekarang bangun pukul 6 atau 6.30
pagi dan biasanya berada di rumah pada pukul 5.30 petang. Paling lambat pun pukul
6 sampai rumah. Masa dijimatkan!
Pernah juga aku
bangun seawal 4.30 pagi dan 5.55 gerak ke Stesten KTM Klang, Selangor. Dapatlah
naik train yang awal. 6.17 pagi. Masuk tu, ada seorang lelaki membaca Quran. Ye
la, azan Subuh pukul 5.40. Lepas solat baru gerak. Train pula kena tunggu pukul
6. Tak sempat nak baca. Bagus dia baca. Aku tak baca, tapi bantai tidur, cover
balik tidur yang tak cukup. Hehe~
Rumah dan tempat
kerja boleh diakses dengan berjalan kaki (dalam 10 minit), kereta (kawan
serumah), teksi (biasanya bayaran RM4-5.
Sekali buka pintu dah RM3 dicaj) dan bas (hanya dikenakan tiket RM1).
Rumah sekarang
ini selesa, dekat dan housemate yang baik sangat dan memahami.
Malam
pertama dan kedua aku tidur situ, kira-kira pukul 3 pagi menggigil
kesejukan, walaupun aku berselimut. Aku utarakan hal ini kepada kawanku
yang merupakan penduduk tetap Wangsa Maju. Dia kata mungkin hujan.
Memang sejuk la kat sini. Bila aku tengok pula, patut pun sejuk. Di
kelilingi banjaran bukit dan gunung. Dekat dengan Genting Highland.
Pagi-pagi boleh nampak bangunan sebuah-sebuahGenting Highland tapi bila
tengahari dah tak nampak sebab diselimuti dengan awan. Hohoi,
teringinnya nak pergi Genting untuk kali kedua. Tapi sape la yang nak
bawa aku ni? Boyfriend tak ada. Hehe~
Aku
cerita kepada kakakku di Klang. Dia memberikan aku selimut tebal. Aku
guna. Alhamdu lillah, sejuk tidak lagi menggigit kulitku. Dapat tidur
dengan selesa walaupun hujan.
Apa-apa pun, best duk Wangsa Maju.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.