Jangan kerana duit, kita kelabu mata |
Aku nak cerita satu kisah benar. Pasal ‘kebodohan’ segelintir orang kampungku yang menanggap diri mereka pandai tetapi meletakkan diri sendiri ke jurang neraka.
Begini ceritanya..
Al kisah, Ali diberikan tanah untuk diusahakan (tanah bendang) oleh tuan tanah lantaran landlord (tuan tanah) berada di luar kawasan. Ali mengusahakan tanah tersebut bersungguh-sungguh. Hasilnya lumayan. Diberikan bayaran kepada tuan tanah mengikut kepada kadar yang dipersetujui.
Tiap tahun, Ali tidak pernah lupa untuk membayar ‘cukai’ kepada tuan tanah. Ali gembira kerana boleh mengusahakan tanah tersebut dan memberi kesenangan kepada hidupnya sekeluarga.
Selang beberapa tahun mengusahakan tanah tersebut, dia rasa kepenatan. Kalaulah tanah ini tanah aku, aku jualkan saja.. Kalaulah tanah ini, orang lain yang usahakan dan aku yang memperolehi hasilnya. Kalaulah, kalaulah..
Rancangan jahat
Niat Ali ini disampaikan kepada rakan baiknya, Rahman
disambut hangat. Rahman juga mahu menjual tanah ladang getah yang diusahakannya
tanpa pengetahuan tuan tanah. Rahman seorang yang hidup kerja tidak baik. Dia
ada mengambil ladang getah orang untuk dinoreh. Tetapi bayaran yang sepatutnya
diberikan kepada tuan tanah, dia tak pernah bayar. Apabila mengetahui tuan
tanah mahu mengambil tanah tersebut, Rahman membuat ‘pagar’ dengan mengamalkan
ilmu hitam.
Rahman ada mengenali seorang pekerja yang bekerja di Pejabat Tanah. Dengar cerita, tanah yang diberikan tuan tanah untuk usaha boleh dipindahmilik. Ini berita baik kepada Ali dan Rahman. Mereka bercadang untuk menuntut tanah tersebut sebagai hak mereka dan mahu mengaut untung dengan menjualnya kepada orang lain!
Gila, ini memang kerja gila! Tuan tanah hanya memberi mereka untuk mengusahakannya tetapi mereka mahu tukar hak milik dan mahu menjualnya.
Rahsia terbongkar apabila Ali mengajak Hafiz untuk sama-sama menyertai mereka menukar harta orang lain dan menjualnya. Hafiz enggan. Dia takut kalau-kalau terkena santau angin yang dihantar oleh tuan tanah.
Hafiz masih berfikir panjang. Dia tak mahu mati katak sebegitu. Lagipun, apabila dipindahmilik secara menipu begitu, apabila mati, anak cucu yang mengusahakan tanah itu, dia yang berada di dalam kubur masih mendapat dosanya! Siapa lagi yang dapat membantu kita kerana kita sudah berada di kubur. Tiada talian telefon, tiada facebook, twitter, weChat, Whatsapp, Viber, Line, dan lain-lain lagi. Seksaan dan api kuburlah jawabnya. Tidak, Hafiz tidak mahu nasib dirinya begitu.
Kesimpulan
Bersolatlah kita, semoga kita kembali kepada azali kita. Dunia dan perhiasannya bukanlah segala-galanya. Di akhirat bukan ditanya sebanyak mana harta kita tapi yang disoal tentang solat. Bukan tentang harta kita. Harta kita akan ditanya tapi soalannya, dari mana kita dapat dan ke mana kita membelanjakannya. Kalau kita dapat hasil dari menipu dan mencuri? Bagaimana kita nak menjawabnya?
Berhati-hatilah dengan sumber pendapatan kita. Pastikan yang halal dan berkat. Kalau haram, ianya tak berkat. Makin kita ada, makin rasa tak cukup. Berhati-hati juga dengan harta kerana ia ibarat minum air laut, makin minum, makin dahaga.

merapu apa
BalasPadamberhenti rehat dan follow sini
BalasPadam