Kredit to Google. Tak sempat nak ambil gambar. |
27 Februari 2014
Today was an amazing day!
Alhamdu lillah walaupun tidak seberapa sihat, tetapi tetap ceria dan tenang.
Hari ini aku menghayunkan langkah kaki ke agensi. Malam tadi, tidur lambat dan terjaga pukul 6 sampai la waktu yang patut aku bangun. Rumet pula malam tadi asyik terlanggar aku saja. Aku ni senang terjaga tetapi susah mahu tidur.
Aku sampai sana awal. Lama juga tunggu. Awal pagi ni kenderaan suka memecut laju. Dah tau tak banyak kenderaan atas jalan. Tapi banyak juga sebab mereka ke tempat kerja.
Mira sampai. Seperti biasa. Mesra. Suka dengan dia. Walaupun tak kenal tapi dia jenis happy go lucky.
Sampai kenderaan. Naik. Ada sorang mamat cina kat belakang dan minah Melayu kat bahagian tengah. Borak dengan minah tu. Sekadar berbasa-basi.
Kami pergi sampai ke Kuala Kedah. Kemudian, terus ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan sawah padi. Rakan-rakan sebelah pun rasa teruja tengok. Sebab cantik. Tanah terhampar luas, berwarna hijau dan ada bukit-bukau di hujungnya.
Cuaca cerah begini, cantik.
Sampai sana. Jauh juga dari jalan utama. dua kilometer.
Kami terlambat. Aku tak tahu apa yang mereka buat kat dalam pejabat, aku tak masuk. Aku tiada urusan. Aku terus ke tempat. Tanya sorang pekerja. Dia berikan aku apa yang aku inginkan.
Aku sama-sama menyertai mereka. Kali ini ramai lelaki cina.
Aku memang betul-betul tak ingat isyarat yang perlu aku buat. Aku ikut mereka sahaja. Jadi, tenaga pengajar menegur aku. Dua kali kena tegur. Dan sekali dia ajar aku cara-cara yang betul. Yeah, aku dapat lakukan dengan sempurna. Ringan saja walaupun tubuhku kini makin kurus tapi kudrat makin kuat.
Aku lihat mereka sudah berhenti. Aku juga berhenti. Risau malu buat sorang-sorang. Berkumpul. Aku dengar penjelasan dari tenaga pengajar walaupun tidak tuju kepada aku tetapi aku ambil ilmu itu. Ye la, orang yang mengulang ni mana nak ingat dah.
Aku dengar mereka juga berbincang. Aku tambah ilmu.
Aku memang tidak berapa sihat. Badanku berangin. Beberapa kali aku sendawa angin.
Selesai mereka menduduki ujian, group aku pula membuat latihan. Baru bermula, ada pengumuman siapa yang mahu balik. Aku nak balik tapi nak habiskan latihan dahulu.
Bila dah sejam. Aku rehat.
Lepak dengan budak sekolah Asma. Wow. Aku dengar sahaja perbualan mereka. Tapi dalam hatiku berbicara sorang-sorang. Tenang.
Pukul 12, diorang panggil berkumpul untuk hantar balik. Aku risau sebab tiada dalam list Alor Setar. Aku tanya. Tapi, mamat tu kata, tak apa, satu-satu. Risau salah tempat sahaja.
Setelah mendapatkan kenderaan, aku pulang. Terpaksa duduk di hadapan lantaran penuh. Permandangannya, sanngat cantik sebab melalui denai sawah padi menuju ke Tanjung Bendahara! Angin pula beralun kencang. Biasalah musim kemarau.
Taman PKNK, settle.
Tinggal aku sorang sahaja. Driver tanya kat mana. Alor Star. Kalau Pekan Rabu, boleh? Kerja ke? Tak, rumah kat situ.
Aku malas nak cerita lebih-lebih. Nanti panjang soalannya.
Lama mendiam. Aku rasa teringin nak bertanya.
Seronok berbual dengan dia tu. Tanya pasal dah lama ke kerja tapi dia cerita semua gaji la, kursus la. Ok gaji dia RM900. Gji atas dia 950. Kursus kena bayar RM1k, kat Melaka. 5 hari. Gaji kerani RM750. Tiga bulan naik ke RM900 dan takkan naik dah.
Dia kata baru sahaja dua bulan kerja. Aku kata tak apalah pergi kursus pun sebab tak kahwin lagi, tanggung jawab tak banyak. Sebenarnya, aku saja nak tau dia dah kahwin ke belum.
Tapi, dia jawab dah kahwin dah. Isteri baru bersalin. Ingat lepas pantang nak suruh cari kerja jugak. Lor, dah kahwin rupanya. Melepas. Huhu.
Kemudian, kami bercerita pasal sepupuku. Dia lebih ramah sebab kami kenal orang yang sama. Ramah betul la mamat ni.
Esok, pagi-pagi ada hal sampai tengah hari. Kemudian, ingat nak pergi bank sebab kad bank sudah tamat tempoh. Expired. Lima tahun.
Tomm0row is the last day active card. Kad tak aktif susah plak pape nanti. Sebab selalu duk deposit duit. Nak deposit kat cimb, duit n0t RM10 tak terima. RM50 ke atas sahaja.
Maaf, ini adalah entri peribadi a.k.a e-diary. Tiada mengapa jika anda tidak faham. Ini bukan untuk entri SEO. Ini entri peribadi. =)
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.