Langkau ke kandungan utama

Manga (Komik Jepun) Mesej Cinta Di Tangan Kiri, Menghayun Sanubari



Semalam, aku bosan kat tempat kerja. Tiada kerja nak buat. Kerja sudah siap. aku sudah bosan untuk melayari internet. Aku sudah pun membaca majalah-majalah hiburan. Sudah habis baca. Bosan.

Cari lagi bahan bacaan yang terdapat di tempat kerjaku. Yang bestnya, bos tak marah aku membaca dan mengonlinekan diri. Bos memang sempoi. Yang penting kita buat kerja dengan elok. Siap buat kerja, ikut suka la nak buat apa pun. Hehe~

Cari punya cari, ternampak manga (komik Jepun). Puisi Terpendek Di Dunia. Si anak bos kata dia punya. Dia beli beberapa buah tapi belum sempat baca.  Aku buka plastik yang membalut manga tersebut. Buka. Wah, sajak. Aku suka. Lukisan pula cantik. Wah. Sangat suka. Tapi, tetiba ada kerja, membantutkan niatku untuk membaca.

Nak baca boleh tapi tak seronok sebab tak dapat nak tumpukan perhatian. Concentrate. Aku letak balik kat raknya. Masukkan kembali ke dalam plastiknya. Simpan.

Hari ini, aku bosan-bosan. Tengok-tengok bahan yang boleh dibaca, aku terjuma lagi satu manga. Tajuknya, Mesej Cinta di Tangan Kiri. Baca. Tumpu perhatian. Kebetulan, anak bos tiada. Tiada kerja. Fokus. Seronoknya cerita ni. Ada beberapa buah cerita dalam sesuatu naskah.

Best. Menghayun sanubari. Suka cara penceritaan dan lukisan. No wonder its bomb. Secara seperti berada kembali di alam persekolahan dan menjadi watak heroin dalam kisah itu. Oh indahnya. Hehe~

Tapi, part cium peluk tu jangan korang tiru pula ya. Kita ni orang beragama. Diorang orang Jepun kebanyakkannya tiada agama walaupun agama Shinto adalah agama warisan Jepun (tetapi ramai yang memilih untuk tidak beragama).

Kalau korang nak baca, boleh la cuba membaca secara on line. Klik sini manga online

Selamat mengalami hayunan sanubari dan kembali ke alam persekolahan! =)

Ulasan

  1. Best kan sis bila dapat bos yg sporting...hehe..
    akak dah jarang baca komik..masa muda2 dulu rajin gak...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker