Langkau ke kandungan utama

Nak Main Bundle? Hati Kena Kental

Kain panjang misteri dalam bale, bukan selalu ada ni. Ini adalah rare!
Nak main bundle? Hati kena kental. Sha nak kongsi pengalaman bagi mereka yang belum tahu dan mungkin juga baru nak berjinak-jinak dalam dunia bundle. Berikut adalah pengalaman yang dikongsikan oleh seller bundle bernama Ameera;

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saja nak share pengalaman selama terjun dalam dunia bundle:
1. Saya pernah ambil bale yang 1 guni yang langsung tak boleh jual
2. Saya pernah ambil bale yang luar colourful, dalam hancurrr
3. Saya pernah dapat bale yang saya oder lain tapi dapat lain.
4. Saya pernah dapat bale macam "harta karun" yang isi dalam "100% awesome" giler

*Saya juga pernah kena tipu beli bale dengan runner. Duit bayar, bale tak dapat, ratus ke ribuan.. Tak pe lah, bukan rezeki saya.

Sebagai orang Islam dia tau halal menghalal  #(Muhamad Rohaizad&Pokman bundle, jaga2 dengan seller/runner ni)

CUBA TENGOK GAMBAR, itu bale tu saya dapat 1 bale yang saya beli dulu. Saya dapat kain hampir dekat 60 meter dalam 1 guni. (x perlu saya nyatakan bale apa).

Sedihnya hati bukan kepalang. Saya x pernah maki2 atau marah2 seller, runner, supplier sebab saya tau dia org pun x tau "isi perut" bale. Dia oranglah insan yang menyalurkn jalan menuju pintu rezeki buat saya. Saya anggap apa yang saya dapat tu satu pengalaman..Terima kasih pada yang runner2, seller, supplier yang selalu berurusan dengan saya.

Pada "newbie"  yang baru berjinak2 dengan dunia bundle dan nak beli bale, pesan saya;

Beli bale hati kena kental, jangan berharap macam dapat emas berkilo2. Cukuplah ibarat dapat  air yang hilangkan kehausan. Jika lebih, ibarat dapat makan yang hilangkan kelaparan.
Insha-Allah jika kita redha, rezeki kita berkah.


Kesimpulannya, macam Sha selalu tekankan, bundle itu misteri. Dunia bundle bukan semuanya indah. Hati kena kental. Jangan patah hati. Sebab tu Sha sarankan ambil bale berbanding kilo kalau betul2 nak rasa jadi seller bundle yang sebenar. Kalau ambil kilo dan dah basuh wangi softlan, tiada dah pengalaman bau bundle. Kurang dah deria sebagai bundle seller. Hihi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker