Langkau ke kandungan utama

Nak Niaga? Ini Details Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP)


Jadual tarikh CBS

Ini merupakan details Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP) merupakan tapak perniagaan yang paling laris di Malaysia. Bermula pada pukul 7.00 pagi lagi pelanggan mula datang dan sehingga pukul 1.00 petang.

Kepada pembaca yang dihormati,
Kami selalu mendapat mesej dan pertanyaan yang sama setiap kali makluman baru diterbitkan. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, berikut adalah soalan-soalan lazim yang cuba dijawab untuk mereka yang berminat untuk sertai Car Boot Sale Bandar Seri Putra (CBS BSP).

1. BAGAIMANA NAK DAFTAR, BOOKING TEMPAT, PILIH TAPAK?

Tiada pendaftaran, booking, tempahan atau pilih tapak.
Lot tapak tertakluk kepada “First Come Basis”. Tiada istilah “bulan lepas tapak ni aku punya, jadi ini tempat aku”.
Jika anda datang awal anda boleh terus pilin tempat, parking dengan betul dan mulakan berniaga dengan senyuman.

2. BAYARAN YANG DIKENAKAN DAN DIMANA NAK BAYAR?

Bayaran setiap lot tapak untuk sehari berniaga adalah RM10.00
Petugas akan membuat kutipan dari masa ke semasa di lot tapak anda.
Sila parking mengikut lot tapak yang hendak digunakan supaya dapat memberi peluang kepada booters-booters yang lain yang ingin turut serta.

3. BOLEH JUAL BARANG BARU, MAKANAN DAN MINUMAN?

Atas permintaan para pengunjung, barang-barang baru DIBENARKAN untuk dijual.
Sebarang aktiviti menjual, memasak makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun sekiranya ingin menjual makanan yang telah di pek atau dibungkus dengan rapi, anda boleh merujuk kepada petugas CBS bagi tujuan pengasingan tempat jualan.

4. BAGAIMANA NAK BERHUBUNG DENGAN PETUGAS CBS BSP?
Anda boleh boleh datang ke kabin pasar malam BSP bersebelahan dengan surau pasar malam. Sekiranya mereka tiada disana anda boleh mencari Petugas CBS ketika mereka membuat kutipan dari tapak ke tapak.

5. BILA TARIKH CBS AKAN AKAN DATANG?

Jualan CBS adalah pada hari Ahad setiap minggu ke 4 dan ke 5 setiap bulan. Anda boleh merujuk makluman dari laman ini dari masa ke semasa.

6. DI MANA LOKASI CBS BSP DAN WAKTU OPERASI?

Tapak CBS BSP terletak di jalan SP1/2 Bandar Seri Putra. Lot tapak sepanjang jalan berhadapan dengan bangunan kedai-kedai seperi Restoran TaQwa, KFC, Pasaraya Ban Soon dan lain.
Waktu operasi perniagaan dari 6:00 pagi hingga 1:00 petang pada Ahad minggu ke-4 dan ke-5 sahaja.

UNTUK MAKLUMAN Car Boot Sale Bandar Seri Putra dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Kami berhak menghalang mana-mana peniaga yang melanggar syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dari meneruskan perniagaan sekiranya perlu.
Sekiranya ada organisasi yang ingin membuka booth promosi atau pameran, sila rujuk dan dapatkan pelepasan terlebih dahulu dengan Penyelaras CBS Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra untuk tujuan rujukan.
Harap maklum.

 Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker