Langkau ke kandungan utama

Eleh, Bundle Branded2 Pun Made In China Jugak



'Eleh, bundle branded2 pun made in china jugak'. Hello, mindset gini boleh blah jauh2.
Nah. Sila baca dan hadam.

Koran biasa dengar tak, barang tu datang dari US (Amerika Syarikat), tapi bila belek-belak balik tag buatan dia, ada tertulis “Made In China”, “Made In Indonesia”, “Made In Bangladesh” dan macam-macam lagi negara dan bukan US. Susah juga sebenarnya kalau nak jumpa tag made in US ni. Betul tak?

Kalau di Malaysia, kebanyakan barang yang made in China ni selalunya barang tiruan atau barang branded yang kualitinya jauh lebih rendah. Malah, kadang-kadang orang panggil barang cap ayam a.k.a ayam brand. Tapi bukan ikan sardin cap ayam tu ye. Kang salah konsep pula. Hihi.
Ok, berbalik barang daripada US tadi, sebenarnya tiada masalah dengan barang tersebut. Barang-barang branded seperti pakaian, hand bag, kasut, pinggan mangkuk dan sebagainya kebanyakan diperbuat di luar Amerika.

Kenapa Jadi Macam Ini ?

Sebenarnya pihak pengilang produk dari US selalunya membina kilang mereka di negara-negara luar seperti China, India, Indonesia , Mexico dan seumpanyanya kerana kos buruh yang jauh lebih murah.
Apabila kos buruh murah, maka harga barangan yang terlibat dapat dijual dengan lebih murah. Apabila harga barang lebih murah, maka permintaan akan melonjak lebih tinggi. Permintaan yang tinggi pula akan memberi keuntungan yang lebih lumayan kepada pengilang.

Produk-produk US yang dikilangkan di negara-negara luar tersebut masih mengikut tahap kualiti yang ditetapkan. Pensyarah Sha pun cakap pasal ni. Kalau syarikat itu nak import produknya ke negara maju, kualitinya adalah tinggi. Tetapi, jika produk itu akan dihantar ke negara-negara membangun, kualitinya rendah sikit dan kalau negara mundur, faham-faham sendiri la.

Bayangkan, anda dapat produk yang sama kualiti dengan harga yang lebih murah, mesti lebih seronok, kan?
Disebabkan barang tersebut dihasilkan di negara-negara lain, maka “made in” perlulah dilabelkan mengikut negara ianya dikilangkan walau brand asal adalah dari US.
Sekian, jom lah beli bundle. Berbaloi-baloi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker