Langkau ke kandungan utama

TIPS ADAB MEMBELI ONLINE BUNDLE YANG PERLU ANDA TAHU

bundle bale
Sekarang ini usahawan bundle telah berkembang dengan meluasnya. Kita boleh tengok ramainya usahawan bundle yang berniaga barangan bundle di setiap saluran perniagaan seperti Shopee, Instagram (IG), facebook (FB) dan sebagainya. Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat tips adab dalam membeli barangan bundle secara online? 

Kalau anda seorang yang betul-betul bertanggung jawab dan mudah cara, ia mungkin anda tidak perlu tahu kerana anda sendiri telah menggunapakai dan memudahkan serta menyenangkan hati para penjual bundle.

Sha pun, secara peribadi tidak mengetahui apakah adab yang perlu amalkan apabila membeli bundle. tetapi melalui pengalaman berkawan dengan para penjual bundle dan Sha juga seorang penjual bundle, keluh kesah golongan bundle ini adalah sama sahaja bila berhadapan dengan pembeli.

1. Book dan bayar
Perkara ini adalah tanggungjawab pembeli. Pandai book, sila jelaskan pembayaran dalam masa 24 jam. Atau ikut 

2. Check barang yang sudah dipos
Sebetulnya, apabila sudah pos, tanggungjawab untuk memeriksa di manakah barangan tersebut ialah telah berpindah ke bahu pembeli. Tetapi atas dasar bertimbang rasa, seller tetap periksa di manakah barangan tersebut berada. Namun, mohon tidak marah mahupun maki seller jika barangan itu tidak bergerak jika sudah diposkan.
Maklumkan barang sudah sampai.
Ramai juga buyer yang tidak menyatakan barang telah sampai. Seelok dan semoleknya, maklumkan kepada seller barang yang dipesan telah selamat tiba. Ya, seller boleh mengechecknya sendiri tetapi beradab sikit, ok. Lepas tu, ucap terima kasih dan angkat akad urusniaga. Settle.
Ada masalah dengan barang? Sila maklumkan kepada seller dan berkomunikasi dengan baik dahulu sebelum memviralkan ok. Biasanya seller akan refund, atau menggantikan dengan barangan yang lain. Jangan risau okay. Seller bundle ini nak hidup lama dalam dunia perniaagaan. Bukannya nak scam orang tak tentu hala. Kebanyakan seller ada keluarga untuk disuap. Takkanlah dia sanggup nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri, kan..

Fast payment within 24hours
Anda akan lebih disukai apabila membuat pembayaran segera. Book with Fast Payment (BFP). Zass zuppp zipp. Siap. Bukannya,  menunggu malam nantilah. Esoklah. Hujung minggu lah. Jika anda tidak mampu membuat pembayaran segera, pertama-tama, sila jangan book. Siapa pun tidak akan sakit hati. 

Keduanya, sila maklumkan kepada seller. Ikut pertimbangan seller jika mahu benarkan ataupun tidak. Biasanya seller malas nak tunggu lama-lama, kerana jika tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia dikebas orang. Eh, termenyanyi pula. Seller malas nak tunggu lama-lama sebab biasanya pembeli akan banyak alasan end up tidak jadi beli. Penat sahaja seller menanti dengan kesabaran berharap duit akan masuk dan ada yang telah berangan-angan untuk buat apa dengan duit yang tidak masuk-masuk itu. Tidak kejamkah anda membuatkan seller sebegitu..

Teaser bukan untuk direbut beli, beli dalam album apabila telah direlease.

nak gambar tengok dalam album - kecilkan penggunaan data seller
Seller suka dan gemar anda melihat sendiri barang yang anda ingini di dalam album yang telah disediakan. Anda pula minta gambar.. Sila consider untuk lihat sendiri dan komen di bawah gambar. Pengalaman Sha, sampaikan kotak messenger tak boleh buka untuk membalas kerana terlalu banyak mesej daripada bakal pembeli. terlalu berat.

Nak beli komen B untuk booking.Que book (QB) jika sudah ada yang booking terlebih dahulu dari anda.

jangan minta murah
Seller akan letak harga berdasarkan harga pasaran bundle atau harga selepas kos. Janganlah memandai minta murah. Sha pernah jumpa orang minta satu RM1. Aduhai, kalau RM1,  tak balik modal. Biasanya barangan bundle ini diberikan harga berdasarkan kualiti produk tersebut.

jangan minta diskaun

Joybooker / Back Out Buyer (BOB)

Kualiti Produk
Kalau membeli barangan bundle, para seller harap sangat tidak jumpa dengan pembeli yang cerewet. Buyer kena faham bahawa konsep bundle adalah produk terpakai. Mungkin akan ada sedikit stain sebesar satu titik pen atas sedikit lusuh, tetapi masih boleh digunakan lagi. Jika mahu baranganperfect 100%, silalah ke butik ya. Bukan beli dengan bundle seller.
Biasanya seller akan letak berapa kualiti produk. Jika mahu yang terbaik, pilih rate 9/10 sehingga 10/10. Makin rendah rate, makin rendah kualiti produk.

Ramai sahaja golongan penjual bundle tidak menyuarakan apa yang dirasa kerana tidak mahu perkara jadi keruh dan malas nak kotorkan wall dengan perkara negatif. Wall kami itu lah tempat untuk mencari rezeki. Kalau banyak perkara negatif naik, mestilah ramai yang takut untuk berurusan.
Sha pernah sekali menaikkan status yang mempaparkan rasa tidak puas hati kerana kesalahan pembeli.  Terus pembeli itu minta refund. Allahu.. Sha bagi je la, walaupun ikutkan kalau dah payment tak boleh lagi cancel. Ucapan terima kasih pun dia tidak diucapkan. Adab mana adab.. Sha pun tak ingin bersua lagi dengan dia. Menyakitkan hati.

Kena ingat, jangan permainkan rezeki kami. Kami bersusah payah menyediakan dari zero ke siap untuk digunakan.. Belah bale. Sorting. Basuh. Iron. Ambil gambar. Edit. Semua proses ini memerlukan tenaga. Menjual bundle tidak semudah menjual barangan baru. Oh ya, nak angkat satu guni bundle ini juga memerlukan tenaga juga. Biasanya seringgan 45kg ke 100kg satu bale.


Komen daripada rakan-rakan seller bundle;


Aku nak cakap, sejak akhir-akhir ni la ramai yang jadi joybuyer. Nak kata penipu tu macam kejam sangat. tapi sesungguhnya kalau anda sebagai pembeli, bila sudah deal dengan seller, kalau tak jadi beli, tak nak beli, nak cancel, nak booking dulu seeloknya bagitau seller. jangan diam seribu bahasa. seller macam aku ni tak suka nak paksa-paksa dan nak tanya banyak-banyak kali, nak ke tak barang, nak ke tak barang.. nanti nampak sangat kita ni hadap duit diorang.

seeloknya tahu adab jual beli online. kalau tak berminat cakap terus terang. dan lagi cakap terima kasih sebab seller tu sudah melayan awak macam vvip. layan semua persoalan awak,last2 senyap. terima kasih pun tidak. Lepas tu pulak kalau cakap berminat dan cakap nak bank in kemudian senyap diamm je. 

bila kita pass barang kepada orang lain, anda mula la nak marah. sedangkan buyer janji sekian-sekian tapi tak tunaikan. takkan kita seller 24 jam nak wasap tanya bila nak bank in, bila nak bank in. dapat seller yang sudi layan kerenah buyer yang cerewet tu bersyukur la sangat.

tapi jangan la anggap seller tu macam orang bodoh. Lepas dia promot itu ini buyer diam. tolong la bersikap terus terang. kalau tak nak cakap terus terang  tak nak. kalau betul-betul nak, tolong la update selller contoh 'saya nak tapi tak ckup duit nak bayar full boleh bayar utk booking dlu?'

ade je seller yang boleh toleransi. macam aku ni aku ambik je booking dulu..tak semua seller kejar duit semata-mata. tapi bila ramai yang tanya n semua diam seribu bahasa rasa macam diperbodoh-bodohkan pulak oleh buyer. bila jadi macam ni kita nak pass barang kepada orang lain pun susah sebab buyer tu sudah confirm nak tapi tak bank in duit lagi. tunggu punya tunggu last-last senyap. nak salahkan siapa?

seller tak minta banyak pun. tolong la reply wasap ke text ke cakap nak atau xnak je. seller pun cari  makan juga. apatah lagi macam aku ni jual langsung tiada untung tau. aku niat aku jual barang sambil sedekah kepada orang. dan satu je nak cakap aku percaya pada rezeki yang Allah tetapkan. betul aku anggap buyer yang tak jadi beli. diam tu aku anggap tiada rezeki aku. cuma aku kecewa je dengan sikap manusia yang tak reti nak berterima kasih dan menghargai orang lain. aku ni penjual, aku juga pembeli. dua-dua pernah merasa. seeloknya tahu la adab-adab dalam jual beli online ni.




Paduuu bosss.. Sama laa byk yang macam tu. kita layan mesej pnjg lebar. pic itu. pic ini bagii. buat video. sampai kesudah. last2 senyap.. yang senyap xda respon tu. kita pun malas nak tya. biar laa kan. brg sudah kita jual. jgan marah plk. yang respon tu kita ok jaa. still simpan. walaupun booking ngn air liur. yang booking senyap sunyi sepi tu yang buat kita myampah. setelah kita layann a to z. 1 smpai 100%. last2 senyapp

 sama la.smpai ke sebabuh duk send pic.snap sane snap sini gmbr.konon nak bagi buyer puas hti ngn brg kita.last2 senyap.ape la salah cakap terus trg kalau takjadi beli.xpe la saya taknak.sng.dr diam seribu bhsa macam tu sush kita juga bila nak pss kt orang lain rase serba slh sebabb diorang sudah book walau guna air liur cuma bankin je blum.last2 smpai kesudah takbankin.memg kita anggap tiada rezeki tapi sikap buyer tu bengong sikit.

sakit urat belikat.mane ngn anak kecik lagi.tu la kan lumrah niaga macam tu la.geram sekor2 je la.yang pling pntg anggap tiada rezeki.


saya pnh kena juga, tapi saya mention awal bayar deposit, klu xbayar memang saya bagi orang lain trs, sebabb xnak mengharapkan sorang, sudah faham dengan perangai joybooked ni, hanya orang yang faham situasi seller saja akan tau dan bagi kerjasama utk payment, tapi kebanyakan yang suka buat cmni saya dpt seller dengan seller juga, nak servey2 sampai bepuluh kali tanya, xngam harga la,macam2 last2 senyap krik2

Biasalah tu, baru niaga on9 ke.anggap je tu cabaran bisnes on9

sis saya 2011 lagi niaga,bukan takat pakaian bundle,kedai makan,kedai printing  pun saya niaga sis.sekarang ni pun saya buat catering.cuma bundle dlu taksehot macam sekarang.dulu fb mane ade grup.posting pun biasa2 je.sebabb dlu banyak walk in sebabb saya ade kedai.sekarang ni ramai orang guna platform media sosial sebagai urusan jual beli.saya xkish xmrh orang xjadi beli.cuma sebagai pembeli perlu ade adab kita nak brg orang lps tu diam buat bodoh.betul kita anggap tiada rezeki.saya tulis kt atas tu berkenaan sikap dan perangai buyer .takat orang takjadi beli taklaku brg takkish pun.sikap pembeli yang takjadi beli tu perli beradab.sama juga klau kita g beli brg ngn orang.mesti klau xnak trus kita cakap xnak kan.ha macam tu la juga niaga online sebagai buyer ni.adab tu je.


 spnjg saya niaga offline dlu diorang akan cakap xpe terima kasih.,melainakana diorang masuk tengok2 belek je memg diorang g macam tu.kalau saya g layan explain itu ini n diorang akan terima kasih walaupun xnak.kalau sis pnh kene ngn orang macam tu memg tiada adab customer.sama macam kita tengok orang jual coway atau cukoo kt pasaraya.walau stkt diarg bagi flyer xdgr diorang explain pun saya sudah cakap xpe terima kasih.


kan.saya cakap kt atas tu ttg adab membeli dalam online.bukan adat.boleh je cakap adat la ade yang nak beli tapi senyap.tu bru adat.ni saya cakap adab.pembeli dalam online ni macam tiada adab,sebabb bnda boleh je cakap xnak taip je.taksush pun.kdg kene bagi juga stepek kt buyer tiada adab macam tu.supy next time diorang beringat.

saya dari 5tahun lps niaga bundle online neh pon every week open album kena hadap joy buyers neh 😅 smp jadi stresss kite .. penat nak siapkn 1 pic bj .. letak terms conditions pon dia langgar juga . paling haru depa berjemaah takbayar smp 4-5 orang dalam sehari . sorang pon kite da hangin ape tah lagi beramai2 .. sabar byk je


 Part paling best bila joy buyer tu kena balik game dengan kita kaw2. yang xtahan siap maki2 pukimak babi sial semua keluar bila kena game balik. amik kau lain kali jangan joy buyer sangat .baru ada akal kan bila.kena game balik haha.kdg malas nak layan joy tapi ssekali kena bagi ajor sikit. baru menggigil kau bila kita deal dkt 2k kata nak amik bale last2 kena game wakakak

 Saya orang2 macamtu , saya block terus. Last2 dia dtg dm dkt ig la fb laa. Cakap kenapa takbalas ws dia. Nak balas apa dah kena block , sapa suruh main2 sangat. Kejap nak kejp takanak. Bila baju baru update , kalutt kengkang2 macam kutu kucing nak ws / dm kita. yang sayaok nya ada siap kena tanya husebaband la itu ini. Dia yang nak pakai atau husebaband yang nak pakai 🤦 . Taulaa dah kahwin kena minta izin suami tapi takkan lepas minta izin suami terus senyap.  Suami bisu atau dia yang mati . Hah geram sangat ni 🤯 . Dia ingat punca rezeki kita dkt dia sorang la , ehh takhadap aku customer macamtu. Insha'Allah rezeki dkt mana2 , usaha sabar ja. Dia ingat kita yang jual bundle ni takda kewangan sangat ka 😤

Lega rasa nye bile ada orang luah kan ape yang terbuku kat hati saya ne ha.kita ne pun layan lah snap2 selai2 bagi tengok,pastu cakap suh simpan hari sekian2 dia bankin,2 kali saya tanya,sekali jawab sekali lagi buat bodoh,yang customer lain tanya jugak saya tolak sebabb dah janji ngan beruk ne,last last kita up kat wall dia plak sentap lagi hina barang kita layak untuk orang asli.teruk sungguh perangai.cakap aje lah maaf xjadi beli so on so on,kita pun tiada lah nak hamak duit dia.adat n budi bahasa tiada.oleh kerana dia nak merentan saya diam aje sebabb xguna layan orang perangai xbertimbang rasa.alhamdullilah baju yang dia kata layak orang asli pakai tu dah tinggal suku dah.xpayah cite le dalam akaun tiada duit heheh gebang je lebihh,bankjauh nak g lah ape.semua tu niat klo betul jadi lah.tapi dia buat kita ne sambil lewa.xpe lah xyah balas2.life is move on.


P/S;
1. Maaf, park dulu entri kat sini. Nanti ada masa, Sha edit balik bagi tulisan penuh dan faham ya. 

2. Sila fahami kami sama ya wahai customer yang tersayang. Jangan buat kami sakit kepala.

 Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker