Langkau ke kandungan utama

Tips Mulakan Perniagaan Bundle: Nak Pilih Kilo (bisnes purpose) atau Beli Bale



Bale bundle tokol

Nak mulakan perniagaan bundle? Nak dapatkan tips? Sini Sha ada sedikit tips. Perbezaan antara belian kilo a.k.a biz/ bisnes purpose (tujuan membeli adalah untuk menjual balik, bukan untuk diguna sendiri) dan belian bale tokol bundle.

Untuk pengetahuan anda, bagi biz purpose, seller beli toko, kemudian bungkuskan balik dalam bentuk yang lebih kecil. Biasanya isi bale sekitar 45-50kg atau sehingga 80-120 kg. Seller akan belah dan repack balik dalam 1 kg, 2kg 5kg atau 10 kg. Repack ni mungkin tidak repack betul-betul. Hanya letak dalam plastik lutsinar atau hanya timbang sahaja dan bungkus biasa untuk dipos.

Kalau anda nak ambil Kilo, di bawah ini adalah sedikit tips:
  1. Survey dulu seller mana yang anda mahu. Risau ada yang scammer!
  2. Iron cantik-cantik
  3. Bila ada Stain – Sila sental. Cari cara untuk menghilangkan stain. Air panas, rendam, sabun, sental..
  4. Studi fotofon untuk menggambarkan gambar yang cantik-cantik bagi menarik perhatian warganet. Oh ya, sila iron dulu untuk impak yang kemas. Boleh letak juga sedikit hiasan. 
  5. Studi pasaran (market)
  6. Bila dah cukup duit, boleh upgrade untuk ambil bale

Kelebihan ambil kilo;
  1. Tak perlu sort – ambil masa yang lama untuk sort
  2. Kurang risiko untuk dapat yang ada koyak atau buruk
  3. Belajar ambil bau bundle dahulu. Terdapat bahan kimia yang disemburkan sebelum dibungkus oleh kilang. Ada bau yang wangi. Tapi kebanyakannya bau yang sama sahaja. Bau bundle.

Ada pepatah ciptaan mengatakan; Biar Terpakai Asalkan Ori. Nak fake/copy pergi beli di Uptown. Pam modal untuk borong di China. Tak payah buat bundle.

Kalau nak berniaga bundle lebih baik ambil bale – ori dari kilang. Bukan yang dah dibuka. Sebab kalau dah pilih-pilih yang barang kepala, jackpot dan nyam kruk mesti diorang yang ambil dulu. Kalau kita yang beli bale tu kitalah yang untung lebih.
Seller yang baik bagi kita baju yang cantik. Tapi kalau tak baik kita dapat baju yang biasa-biasa atau buruk.

Barang kanak2 & baby mendapat demand tinggi. Sha pernah berbual dengan seller bundle barangan baby, dia kata memang laju sangat penjualan, sepantas kilat! Bale baby dan kanak-kanak tu mahal ya kawan-kawan. Bukannya murah. Setahu Sha, satu bale RM500 ke RM1200 untuk 50kg. Nak tahu lebih, sila cari supplier bale ya. Bukan Sha. Sha bukan supplier.


Bundle itu Misteri, Bundle itu Rezeki

Bale itu misteri dapat yang lusuh walaupun harga mahal. Jangan perjudikan duit kalau betul2 tak ada duit, cukup2 makan je. Kena ada duit banyak, baru tak terasa kalau dapat yang buruk. Hati kena kental. Mental dan fizikal kena kuat. Kena banyak sabar. Banyak dugaan.

Harga satu bale ialah sekitar RM400 – 800. Kilang buat sampah. Dapat kain yang buruk. Campur-campur. Sebab tu kena sorting dahulu.

Kalau kos modal tak banyak,  ada cadangan cuba bundle mix dewasa. Kos rendah dan boleh pakai sendiri. Harga RM100 lebih pun dah boleh dapat. Mix adult USA harga tak sampai RM100. (Jangan tanya Sha mana nak beli. Cari sendiri).  Jika setengah boleh jual, dah boleh cover modal dan untung sikit.
Tapi otai tak bagi ambil sebab teruk sangat. Sampaikan ada yang serik, tak nak jual bundle dah!
Nak selamat, join selam. Siapa cepat, dia dapat. Sediakan face mask sebab berdebu. Bundle RM1  pun ada, ikut kedailah ye. Luangkan  masa untuk selam. Lagi untung 3x ganda. Tak payah nak tanggung risiko barang tak ok.

Oh ya, ramai duk whatsapp Sha tanya kat mana nak selam. Aigooo, ni Sha ke yang nak tolong niaga bagi korang.. Korang nak niaga kan, pandai-pandailah cari kedai bundle sendiri, tanya pekerja atau owner, ada tak buat buka selam. Tak tahu? Tak payah niaga lah, tak menyusahkan orang! Hati bundle seller tu kental. Kalau sikit-sikit nak koyak, dan semua nak kena suap, p mam... la. Ilmu untuk bundle ni banyak sangat tau. Kena belajar sendiri, tak boleh suka hati je nak tanya orang. Ramai bundle seller akan marah bila semua benda nak kena suap. Diorang tak suka tau.. Bersyukurlah korang sebab Sha ada tulis. Ilmu ni semua Sha dapat dari hasil bergaul dengan seller bundle dan pengalaman sendiri. Tak ada dijual di mana-mana. Ha, kan dah membebel..



Jangan mula dengan bersangka buruk sebelum nak mula apa-apa. Modal, risiko, masa dan decide!

Yang penting, jangan ikut orang. Tanya diri sendiri. Tengok minat anda nak jual apa. Bukannya tengok orang jual tu maju, dan berjaya, anda pun nak jual juga benda yang sama, tu namanya dengki dan iri hati!

Terima kasih singgah sini

UPDATE;
1. MAAF, SAYA TIDAK JUAL BALE ATAU KILO. SAYA CUMA SEBARKAN ILMU PERCUMA KEPADA ANDA. JADI KLIKLAH IKLAN SAYA.. HAHAHA, GURAU.

ADA BANYAK LAGI YANG SAYA TULIS BERKENAAN BUNDLE DALAM BLOG SAYA. BACA YA. JANGAN NAK MESEJ TANYA SHA PERKARA YANG SHA DAH TERANGKAN DALAM BLOG.

2. ADA YANG TAK FAHAM YA..
MAAF LA YA. SAYA TENGAH SIBUK PADA MASA ITU, KEPALA TING TONG.
SAYA TINGGALKAN NOTA SAYA YANG SAYA KUTIP DARI BUNDLE SELLER YANG BERJAYA UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPADA ANDA, TAPI ANDA KENA ADA KOGNITIF YANG TINGGI UNTUK FAHAM. HAHAHA..

TAK SANGKA ENTRI INI MENJADI HOT, PADAHAL BANYAK LAGI ENTRI PASAL NAK MULAKAN BUNDLE JUGA YANG SAYA TULIS DENGAN JIWA RAGA, TAPI TAK MENDAPAT TEMPAT PUN.. SAYA DAH EDIT KEMBALI YA, UNTUK MEMUDAHKAN KEFAHAMAN ANDA. SELAMAT MEMBACA.

KORANG BOLEH BACA YANG DI BAWAH JUGA;
Tips Nama Singkat Bagi Bundle
Nak Main Bundle, Hati Kena Kental
Istilah-Istilah Bundle yang Ramai Masih Keliru
Best Belah Bale Nikmatnya Bila Tali Putus

Ulasan

  1. ayat susah faham.. xtau apa yg nk disampaikan .

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas tips bisnes bundle ini .. :)

    BalasPadam
  3. bos selam bundle dekat mana..?
    saya tgh cari tokol bundle beg japan/us..tolong ajar
    saya sifu..

    BalasPadam
  4. Kalu nk cri gred baik2 trus nk ambk helai2 cri kt mne

    BalasPadam
  5. Boleh perbaiki lagi cara untuk menulis. Sebab ayat anda sukar untuk difahami. Jangan menulis seperti sedang berborak. So tips tu macam tak sampai dekat pembaca. Maaf ye ��

    BalasPadam
  6. Mana nak order bale2 saya nak jadi pembekal bale...minta tunjuk
    ajar

    BalasPadam
  7. Sis klau nk bagi tips bagi la betul2.ni sikit2 Jangn Tanya..org buka blog awak sbb nak dptkan ilmu..peace no war..sekadar pendpt

    BalasPadam
  8. saya faham point cik sha yg "Oh ya, ramai duk whatsapp Sha tanya kat mana nak selam." tu

    cuma kurang sesuai utk disampaikan as "ilmu/tips" kpd pembaca yg lain.

    maybe bole guna ayat macam "bukan tak nak bagitau location mana, cuma kita taknak korang letak pada harapan yg tinggi takut korang sendiri kecewa. korang carilah mana2 tempat dahulu nanti dah jumpa tempat yg korang selesa, Insyaallah korang takyah susah2 fikir nak cari bale kat mana lagi. selain duit, (masa) itu juga bole kita invest menjadi pengalaman ��"

    Insya-Allah mesti lagi ramai nak baca next blog cik sha ���� #JustMy2Cents

    BalasPadam
  9. Bodoh punya blog..!!!
    Dah dikira merepek la kalau kau kata nak share/kongsi tapi aku kena cari sendiri..

    Ni la bisnes melayu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpa ingat aku sorg ja yg rasa dia ni poyo giler hahha

      Padam
    2. Tau xpa ingat aku sorg ja yg rasa dia ni poyo giler hahha

      Padam
    3. Tau xpa ingat aku sorg ja yg rasa dia ni poyo giler hahha

      Padam
    4. Sombong dan angkuh kan care beliau bg penerangn tu. Xikhlas jgn bg tip. Ttp je blog.

      Padam
    5. Ye duhh, baik takyah buat blog, orang dah datanh kat sini , ertinya kitoranh sedang buat research, ne kalau cakap cari sendiri baik takyah,

      Padam
  10. selam tu apa sha jgn marah tnya je! 😁

    BalasPadam
  11. WOIIII NAK BAGI TIPS KE TAK NI?!!!! Pebenda lah blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acah bagus ini orang. Aku beria baca, sekali dia tulis pakai emosi bodoh bukan pakai akal. Kesian manusia mcm ni. Kompem ramai tak suka dia ni haha

      Padam
  12. Amende ni.. beria tajuk tulis tips.. hujung2 suh cari sendirik.. basic sangat ape yg ditulis

    BalasPadam
  13. Macam bangang badigol . Bodoh lagi bangang mulut puaka . Kau melayu tak tolong melayu lebih baik lah . Bodoh sakai kedekut ilmu , baik tutup je blog kau mulut kepochi

    BalasPadam
  14. Macam bangang badigol . Bodoh lagi bangang mulut puaka . Kau melayu tak tolong melayu lebih baik lah . Bodoh sakai kedekut ilmu , baik tutup je blog kau mulut kepochi

    BalasPadam
  15. Macam bangang badigol . Bodoh lagi bangang mulut puaka . Kau melayu tak tolong melayu lebih baik lah . Bodoh sakai kedekut ilmu , baik tutup je blog kau mulut kepochi

    BalasPadam
  16. Hi, saya sebagai orang yng baru terlintas je idea nak start bisnes bundle secara kecilan. Sedikit sebanyak ada dapat juga ilmu drpd blog awakk. Tapi saya rasa awak boleh ubah 'tone' blog awak ni sebab mcm kasar sngt takut kite nak bace 😅 apa² pun tq ✨

    BalasPadam
  17. kata nak tolong..suh wasap..bila ada gwasap xnk tolong pulak..apa motif suh wasap ya ? then apa motif pulak tips bersama pengakhiran suh csri sendri..ni bukn nk tolong..ni mcm dia kta diri sendri..iri hTi dengki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayat pun angkuh giler..kasar btl ayt nya..blog org lain xde lak mcm dia nie..

      Padam
  18. betul la penulis ni cakap. kalau nak sesuatu tu usaha, takkan semua orang nak suap, korang bukannya bayar dia pun untuk kongsi kat mana nak selam n ambik bale yg murah padu. takyah melayu tolong melayu sangat lah kalau semua benda nak suap tak kemana jugak

    BalasPadam
  19. ini bukan tips, ini teka-teki agaknya T_T

    BalasPadam
  20. takde masalah kalau taknak bagitau kedai tapi guna bahasa yang baik ataupun bagi clue2 macam cari dekat insta atau facebook. Ni awak maki orang tak elok jugak.. apa2 pun terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  21. Tone penulisan mcm bukan nak bagi tips .. buang masa je baca .

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Inilah melayu macam mana nak maju….

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker