Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔
Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain.
Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas.
Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton+50 polyster (poly).
3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon.
3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku.
Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo.
Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor.
Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor.
Camo – Celoreng
Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher.
Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an.
Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga.
Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.
Double stich – Jahitan berkembar pada lengan dan bawah. Biasa pada baju 90-an hingga kini.
Tag – Label pada pakaian.
Kelamu / Kelambu – Baju yang nipis akibat tempoh masa dan kesan pakai owner asal. Biasanya t-shirt 3 kain atau 2 kain bisa jadi kelambu.
Skrin – Gambar,corak atau lukisan pada depan baju.
Backprint – Gambar belakang. Biasanya tour shirt.
Fake – Palsu, tiruan.
Repro – Keluaran semula pattern lama. Original! Ramai silap faham mereka kata repro itu fake. Orang kita yang bingai pi letak istilah RePro atas item fake.
Deadstock – Item lama condition seperti baru.
NOS – New old stock. Barang lama yang tak pernah dibuka, diguna dan dibasuh.
Kepala kain / Seldvage – Seluar jeans, jaket, chambray yang mempunyai garisan putih atau garisan merah pada hujung kain.
Takek – Berbentuk seperti garisan yang timbul tepi seluar belah luar. Berbentuk rail keretapi. Biasa ada pada seluar kepala kain.
BIN – Buy It Now
Target – Harga yang diinginkan seller.
Keras cokeng – Harga yg tinggi untuk item tersebut.
Yum Krum /Yuk Kram / Yam Kram - Biasanya bale dibuat di Thailand. Barang original. Contoh Levis Original. Harga satu bale boleh cecah RM10,000 untuk 50 kg macam tu.
CONDITION
CONDITION
1. Like new - Item elok, tak ada defect. Boleh bawa jalan-jalan ke pasaraya atau raya. Like new biasanya macam orang tak pernah pakai lagi. Material masih keras seperti baru beli di kedai. Condition dari 9/10-10/10.
2. Jalan - Sama macam like new tapi rendah sikit condition nya. Condition dari 8/10-9/10.
3. Taman - Boleh pakai untuk bersiar-siar atau main kat taman. Ada defect atau kain berbulu sedikit. Condition rendah dari jalan.
4. Harian - Sama macam taman tapi rendah sikit. Ada defect. Berbulu. Sesuai untuk pakai di rumah.
Merecik – Item tu sempurna dan cantik.
Galas / Kenyang – Seller berjaya menjual sesuatu atau banyak item pada harga tinggi.
Joybidder / Joybuyer/ Black Out Buyer (BOB)– Pembida atau pembeli yang dah deal tapi tidak bank in atau menyepi.
Joyseller – Penjual yang post barang jualan tapi close jualan pada rakan sendiri.Tujuan sebenar nak show off.
Lipak / Scammer – Penjual yang tidak pos barang setelah buyer bankin. Ada juga yang buyer jadi scammer. Cakap bankin tapi duit tak masuk. Hantar resit bukti palsu.
(hati-hati)
(hati-hati)
Newbie / Kubis – Orang baru main bundle.
Sifu / Otai / King – Merujuk orang lama yang berpetahuan tinggi dalam sesuatu item dan seiring dengan item item keras yang dia miliki.
Wor / Dewa / Kutai – Mereka yang memiliki item-item rare dan mahal.
Credit to Bro @Sadakollohulazim
CONDITION BAJU:
1) Like New - Kain kejong keras, Cantik dan Nampak Macam Baru. This is WOW!
2) Jalan - Condition yg Boleh dipakai berjalan2 kt Mall ke, Kenduri ke and etc.. Kita anggap macam baju anak kita yg sedia ada skrg ni. Kalau da basuh 5, 6 kali. Tetap Lusuh juga, kan? But, Still Acceptable untuk kita buat baju tu pakai berjalan.
3) Taman - Baju yang kita redha anak-anak kita main kat padang bersama rakannya. Mungkin sedikit lusuh.
Sha olah sikit-sikit berdasarkan ilmu bundle yang Sha ada.
Maksud bootleg apa eh ?
BalasPadamBootleg merupakan baju yang bukan official. Bukan fake sebab design dia lain dari original
PadamOBO tuh apa maksud
PadamOr best offer
PadamMaksud print jilat apaa?
BalasPadamSebelum baju kena print , kena jilat dulu , tue lah tag jilat .
PadamSebelum baju kena print , kena jilat dulu , tue lh print jilat .
PadamApa maksud skoda?
BalasPadamSkoda ni istilah kelantan yg diambik dari perkataan sekadar
PadamSkoda tu 1 bale la sayang oi...hihihi..
Padamskoda tu macam baju basahan
PadamSkoda=Sekadar
PadamUntuk pemain bundle bermaksud barang biasa-biasa
maksud wiper t shirt tu apa erk?
BalasPadamKain lap
PadamReprint dgn repro sama?
BalasPadamBale asw mksudnya apa ya?
BalasPadamJackpot tu apa cik
BalasPadamselalu nya terjumpa barang ii vintage org panggil jackpot ataupon dpt barang vintage dgn harga yang murah dikira jackpot
PadamJackpot tu maksudnya barang yang mahal dan berbaloi2 beli tapi dijual dengan harga murah. Anda patut beli item ini jika berkenan.
PadamSebenarnya jackpot diambil dari permainan kad daun terup yang mana menang berganda, jackpot!
selam?
BalasPadamSelam tu macam p bundle beli baju bundle , beli baju bundle dkt kdai tu dipanggil selamla istilah untuk kaki bundle
PadamHappy bag apa maksud?
BalasPadamSumbat baju penuh2 satu bag plastik jual stu hargaa.
PadamT. Short shawarma tu apa
BalasPadamLabel monkey?
BalasPadamDekat bale tu ada lambang monyet.
Padamrolling tu apa ya ?
BalasPadamrolling duit, rolling modal. pusingan duit keluar masuk. modal keluar masuk
Padambale Lhk tu apa? bole listkan singkatan nama untuk bale ? . dan kertas yg ada di bale mcm merah putih tu pe beza ye hehe sory byk soalan
BalasPadamSejak akhir-akhir ini banyak yang sebut 'Rindem' ...apa makna nya
BalasPadamApa maksud iron on eh
PadamMaybe random sis, cuma slang seller tu sebut jadi rindem. 🤣
PadamRindem tu panggilan utk levis 501 selvage tp bkn bigE tahun 60-70an klo xsilap.. asal perkataan siam lìñdæng.. lin (tepi) daeng (meroh).. tp kbnykan kpla kain tu dh ilang merah dio sbb lama.. lebih kure crito dio.. 😁
PadamApa maksud iron on eh, sorry tersilap letak nama 😅
BalasPadamApa maksud iron on eh, ha ni baru betul nama 😅
BalasPadamApa maksud wiper
BalasPadamWassal tu apa
BalasPadamjenama Wassal di depan guni. Ada pelbagai jenama lain
PadamJenis guni jaa
BalasPadamMaksud legit tu ape??
BalasPadamBarang ori
PadamWasal tu nama@label bale. Kira macam kilang yang keluarkan bale tu
BalasPadamMaksud obo?
BalasPadambanyak maksud, tapi takat ni best offer jelakot
Padammaksud baju premium ?? plss skoda da tahu nak thu premium means baju tu macm mana biasa biasa macm skoda atau apa ya ?
BalasPadamDak² jaman now pakai istilah premium untuk brg copy ori
Padamnak tanya' legit' tu ape yr
BalasPadamptc tu apa
BalasPadamPotong Tang Corner.. (Bid Last Minit Sblm Close)
PadamFreeLock tu Item Free jeee
BalasPadamoribundle tu apa
BalasPadamItem adalah original tapi bukan baru. Jenama original tetapi merupakan barang yang terpakai atau kadang2 tidak pernah dipakai, yang didatangkan di dalam guni bundle.
Padammaksud tapak 0 tapak 50 apa ya?
BalasPadamIni untuk bidaan bermula dengan asas(tapak). Kalau 0 anda bebas nak mulakan dengan berapa ringgit. Kalau seller kata tapak 50 = bermula RM50 dan ke atas, harga yang perlu anda letak. RM55 ke, 60 ke, terpulang kepada anda berapa kenaikan yang anda mahukan. Akan berlaku bidaan dari buyer yang lain. Jadi, apabila sudah mencapai persetujuan, item akan dilock untuk anda. Seterusnya lakukan pembayaran.
PadamJika seller meletakkan syarat kenaikan bida, anda kena ikut peraturan tersebut. Contoh kenaikan RM5 ke 10 ke..
Maksud
BalasPadamItem kepala nga ekor bang
Mantap blogger.. dah susah cari oeg nak buat blog sekarang.. byk info dalam blog ni
BalasPadamBerkongsi sedikit ilmu yang ada. Saya pun banyak belajar lagi.
PadamTerima kasih sudi singgah blog ini dan tinggalkan komen yang menyejukkan hati.
Urang slalu kate 'item bundle'.. Item bundle tu ape ea?
BalasPadambarang barang terpakai
Padam'"Item bundle" merujuk kepada barang yang dijual adalah bundle / terpakai / preloved/ secondhand. Bukan barang baru.
BalasPadamSemoga penjelasan ini dapat beri anda faham apa itu item bundle.
Assalamualaikum admin tumpang tanya ye boleh terangkan tak pasal item kepala atau lain mcm kepala 1 saya kurang faham
BalasPadamSetiap bale ada tali hitam atau hijau. Apa beza ya?
BalasPadamApa maksud lowball?
BalasPadamapa naksud back door ?
BalasPadamape maksud bale cooper ?
BalasPadamMaksud barang pak maun
BalasPadamApakah maksud baju vintage y2k ya,??
BalasPadamitem yang keluar pada tahun awal 2000 ,kalo jumpa item tu pada tahun ni di kira vintage y2k merujuk pada tahun 2000,
Padam