Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Resipi Ketam Goreng Bersalut Tepung dan Oat (Recipe Deep fried Oats Coated Crabs)

Ketam goreng bersalut oat Deep fried oats coated crabs (Ketam goreng bersalut tepung dan oat) Resipi Ketam Goreng Bersalut Tepung dan Oat Bahan-bahannya: 2 ekor ketam (dipotong 2) 1/2 cawan tepung tempura Bestari 1/2 cawan tepung goreng rangup Bestari Serbuk cili, serbuk lada putih, garam dan serbuk secukup rasa 2 sudu oat 1 biji telur Cara memasak: 1. Celup ketam di dalam telur dan salut ketam dalam campuran tepung, oat, serbuk cili, serbuk lada putih, garam dan serbuk secukup rasa. 2. Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Bahan sos: 2 sudu chili paste, 2 sudu cuka epal (apple cider), garam dan gula. Tumis kesemua bahan ini dan tuangkan di atas ketam. * Tips untuk mengelakkan daripada berlaku percikan minyak panas, masukkan 2 keping asam gelugur atau asam keping ke dalam minyak panas. Selamat mencuba ♡ In English: Deep fried coated oats Crabs ( crab fried batter-coated and oats ) Powder Coated Fried Crab Recip...

Today was An Amazing Day!

Kredit to Google. Tak sempat nak ambil gambar. 27 Februari 2014 Today was an amazing day! Alhamdu lillah walaupun tidak seberapa sihat, tetapi tetap ceria dan tenang. Hari ini aku menghayunkan langkah kaki ke agensi. Malam tadi, tidur lambat dan terjaga pukul 6 sampai la waktu yang patut aku bangun. Rumet pula malam tadi asyik terlanggar aku saja. Aku ni senang terjaga tetapi susah mahu tidur. Aku sampai sana awal. Lama juga tunggu. Awal pagi ni kenderaan suka memecut laju. Dah tau tak banyak kenderaan atas jalan. Tapi banyak juga sebab mereka ke tempat kerja. Mira sampai. Seperti biasa. Mesra. Suka dengan dia. Walaupun tak kenal tapi dia jenis happy go lucky. Sampai kenderaan. Naik. Ada sorang mamat cina kat belakang dan minah Melayu kat bahagian tengah. Borak dengan minah tu. Sekadar berbasa-basi. Kami pergi sampai ke Kuala Kedah. Kemudian, terus ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan sawah padi. Rakan-rakan sebelah pun rasa teruja tengok. Sebab cantik. ...

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Kira

Satu: Sa Dua:  duo Tiga: tigo Empat: Empat Lima: limo Enam: Enam Tujuh: tujoh Lapan: lape Sembilan: Semile Sepuluh: Sepuloh Kalau duit, lima puluh sen dipanggil 'samah' dan baki duit, dipanggil 'cucur'. Pengenalan mengenai Bahasa Melayu Kelantan Keluarga dalam bahasa Kelantan

Sajak Bukan Milik Kita

Jalan yang terbentang di hadapan, bukan lagi milik kita berdua. Kau harus redha. Kini, kita bawa jalan yang berbeza. Sampai Tuhan temukan kita lagi. Dan pada masa itu, kita juga tidak dapat bersatu jua. Yakinilah semuanya Tuhan sudah atur. ‪#‎ pesananUntukDiriSendiri‬ Terima kasih untuk awak yang pernah singgah dalam hidup saya. Moga rindu ini hilang dipuput bayu musim kemarau..

Solat di Mana-mana Sahaja, Di Depan Sogo Pun Boleh

Sehijau Daun shared Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan 's photo . Jawapan bagi yang musykil tentang solat di mana mana..susulan dr program STREET DAKWAH di SOGO. Berikut adalah jawapan dari Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre,moga be rmanfaat Kan banyak lagi surau, kenapa nak solat di luar? Program ini namanya dakwah. Dakwah itu mengajak. Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau. Tempat sucikah? Kan mungkin ada kena ludah, anjing dah jalan dsb? Kaedahnya, yakin tak hilang dengan yang syak. Asal pada sesuatu tempat itu suci, selagi kita tak yakin ada najis di situ. Sekadar, "mungkin", "rasanya", "biasanya...

Doa Iftihah dalam Rumi

Bacaan di dalam bahasa rumi:- Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.  Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha, hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin.  Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin. Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam). Perhatian: 1. Ayat: 'hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin . Inna solati wanusu...

Tips Petua Meningkatkan Trafik Blog Untuk CPUV Iklan Nuffnang

Pertanyaan ini dari entri Rahsia Makna CPUV Nuffnang Dapat Tiga Iklan Sudah lama rasanya aku tidak menulis bab ilmu blogging ini. Apa yang ada, simpan dalam dada dan kepala. Sebab sudah hadam dan faham sangat dengan dunia blog Malaysia. Tapi, bebaru ini, aku ada mendapat satu soalan yang mana aku kira, aku perlu menjawabnya. Ilmu yang bermanfaat adalah elok untuk dikongsi. Sebenarnya, telah banyak entri yang aku buat berkenaan cara meningkatkan trafik blog dan ramai juga blogger lain yang turut sama membuat entri yang memberi tips tersebut. Untuk ke link tips blog yang aku kongsikan, korang boleh klik sini, Tips Blog . Tips Cara Nak Dapat Tambah Duit dalam Akaun Nuffnang 19 tips Mudah Jana trafik Blog Korang boleh godek-godek lagi entri kat dalam tu. Macam-macam ada. Terbaik punya. Tapi sekarang ini, aku cuma nak kongsikan petua tips nak dapatkan iklan CPUV yang aku rasa pihak Nuffnang tengok. Trafik UV (unique views) korang mestilah cecah 100 setiap hari. Kekalkan trafik unik seba...

Resipi Ais Krim Goreng Sedap yang Mudah dan Murah

 Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah. Kapit dua roti dan tekapkan dengan cawan. Goreng seketika. Sejukbekukan dalam peti sejuk Inilah hasilnya. Ais krim goreng yang super sedap. Bahan-bahan: Roti Aiskrim Cawan Cara-cara: 1. Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah. 2. Letakkan lapisan roti kedua yakni roti bahagian atas. 3. Ambil cawan, terbalikkan dan tutup pada roti kuat-kuat. Pusing-pusing sikit sampai jadi bentuk bulat montel yang comel. Sila agak-agak supaya kedudukan aiskrim tak terkena cawan. 4. Bekukan ke dalam peti sejuk 5. Panaskan minyak dan goreng dengan api kuat. Goreng sekejap sahaja dalam lima saat. Dah lama aku dapat resipi ini tapi tiada masa untuk berkongsi. Sekarang, sudah boleh kongsi. Bolehlah korang mencuba. Senang dan mudah sahaja. Semudah 1,2,3. Hehe~ Selamat mencuba. Sumber

Lapan Remaja Disedut Pasir Jerlus di Johor, Kisah Persahabatan Sejati

8 DISEDUT PASIR JERLUS Satu demi satu ‘ditelan sungai’ Segamat: “Ya Allah... Zikri... Ayoi... tolong aku.” Itu ungkapan terakhir mangsa pertama tragedi lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini, yang mengorbankan tiga remaja manakala lima lagi rakan mereka masih hilang, semalam. Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, yang berjalan di kawasan berpasir di sungai itu bersama 11 rakannya, tiba-tiba tergelincir ke dalam sungai itu sebelum tujuh rakannya yang cuba membantu turut hilang. Sehingga jam 11 malam tadi, tiga mayat ditemui iaitu Mohd Hafizul Daniel Norhashim, Mohd Zikri Zaidi dan Naz-rul Aminuddin. Ketiga-tiga mayat itu ditemui dasar sungai berhampiran satu sama lain. Daripada lapan remaja berkenaan, dua daripada mereka adalah adik beradik, iaitu Mohd Zikri dan abangnya, Mohd Zaki. Empat lagi rakan mangsa, Mohd Shahrul Abd Halim, 14; Mohd Amerul Shah Ammar, 14; Hafizuddin Zamri, 15; Norshafila A...

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Sup ketam yang mampu merawat demam denggi Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi Bahan: a. Ketam 2 ekor ( Tetapi ketam yang sesuai dan lebih mujarab ialah Ketam Nipah) b. 2 biji buah pelaga c. Kayu manis sepanjang jari kelingking d. Sekuntum bunga lawang e. Bawang putih 5 biji ditumbuk f. Halia sebesar ibu jari diketuk g. Serbuk lada hitam/lada putih h. 3 cawan air i. Garam secukup rasa j. Minyak untuk menumis k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau. 2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika. 3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam. Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah. 4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih. Hidangkan panas. Semoga cepat sembuh ya. * Up date: Ada yang mengatakan ketam batu pun boleh juga...

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Pengenalan

Lama rasanya nak membuat entri belajar bahasa dialek Malaysia. Bahasa Melayu Kelantan menggunakan bahasa Melayu lama yang kurang digunakan pada masa ini. Adalah bagus kerana masyarakat Kelantan masih menggunakan dan mengekalkan bahasa mereka. Apa yang mudah diperhatikan, perkataan "an" ditukar menjadi "e" Contoh: Makanan Makane Bahan Bahe Perkataan 'a' berubah menjadi perkataan 'o' Contoh: Pertama Pertamo Kata Kato Huruf 'i' hilang di hujung perkataan Contoh: Ramai Rama Gulai Gula Namun begitu, banyak perkataan atau bahasa Melayu Kelantan yang digunakan membuatkan orang yang tidak ada asas bahasa Kelantan tidak memahami. Kita bersambung dalam entri yang berikut.

Kita Akan Jadi Kufur Nikmat Bila Dapat Sesuatu

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT. Begitulah kebanyakan manusia apabila sudah diberi nikmat. Dia lupa dengan siapa yang sudah memberikan nikmat tersebut (mengkufuri nikmat tersebut). Jadi, tak perlulah kita mempunyai nikmat tertentu kalau kita jauh dari ALLAH, kan?

Mari Banyakkan Istighfar

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar, dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian, serta menganugerahinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(HR. Ahmad dan Ibnu Majah). "Perbanyaklah memohon ampunan kepada Allah, agar anda mendapatkan kelapangan dan ketenangan hati, rizki yang halal, keturunan yang soleh dan pertolongan yang berlimpah disisi-Nya." Nasihat Ulama : "Ketika di tempat-tempat mustajab, janganlah kamu berdoa meminta agar dimudahkan rezekimu atau dipanjangkan umurmu, tapi mintalah agar dosa-dosamu diampuni". (dengan bersihnya dari dosa-dosa maka segala urusan akan dimudahkanNya, termasuk rezeki, jodoh, pekerjaan, ilmu dan lain sebagainya.) FirmanNya, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya." (Surat At-Thalaq.) Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu ter...

Rahsia Makna CPUV Nuffnang, Dapat Tiga Kempen

Nuffnang beri CPUV! Tiga pula tu. Terima kasih. Rezeki ALLAH. Sebenarnya, aku buka lappy nak cek CPUV yang pertama yang aku dapat tahun ni, dari Nivea Skin pada 10 Feb 2014. Nak tengok berapa dah bertambah duit yang akan dikreditkan. Tapi, aku terkejut sebab bertambah lagi dua iklan CPUV pada 14 Februari. Alhamdu lillah.. Dah lama tak dapat kempen iklan apa-apa pun, tetiba saja dapat, tiga pula tu. CTR pula. Lagi best. Aku lebih suka iklan CPUV sebab ia berdasarkan pelawat unik (unique views) berbanding CPC yang perlu pelawat menekan klik pada iklan. Sekali klik dapatlah 25 sen macam tu. Susah nak dapat CPC banyak kecualilah blognya ramai pengikut yang suka klik iklan. ' CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.' Faham tak? CPUV akan dikira mengikut pelawat yang mungkin singgah ke blog kita atau mungkin search ...

Surah Al-Insyirah dan Maknanya dalam Bahasa Melayu

Surah Al-Insyirah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu ?, وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu , الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu ? وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu . فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan , إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan . فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain , وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. Amin

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Jahatnya, Jual Tanah Orang Dengan Pindahmilik

Jangan kerana duit, kita kelabu mata Aku nak cerita satu kisah benar. Pasal ‘kebodohan’ segelintir orang kampungku yang menanggap diri mereka pandai tetapi meletakkan diri sendiri ke jurang neraka. Begini ceritanya.. Al kisah, Ali diberikan tanah untuk diusahakan (tanah bendang) oleh tuan tanah lantaran landlord (tuan tanah) berada di luar kawasan. Ali mengusahakan tanah tersebut bersungguh-sungguh. Hasilnya lumayan. Diberikan bayaran kepada tuan tanah mengikut kepada kadar yang dipersetujui. Tiap tahun, Ali tidak pernah lupa untuk membayar ‘cukai’ kepada tuan tanah. Ali gembira kerana boleh mengusahakan tanah tersebut dan memberi kesenangan kepada hidupnya sekeluarga. Selang beberapa tahun mengusahakan tanah tersebut, dia rasa kepenatan. Kalaulah tanah ini tanah aku, aku jualkan saja.. Kalaulah tanah ini, orang lain yang usahakan dan aku yang memperolehi hasilnya. Kalaulah, kalaulah.. Rancangan jahat Niat Ali ini disampaikan kepada rakan baiknya, Rahman disambut hang...

Open Tracker