Langkau ke kandungan utama

Resipi Ais Krim Goreng Sedap yang Mudah dan Murah

 Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah.

Kapit dua roti dan tekapkan dengan cawan.
Goreng seketika.
Sejukbekukan dalam peti sejuk
Inilah hasilnya. Ais krim goreng yang super sedap.

Bahan-bahan:

Roti
Aiskrim
Cawan

Cara-cara:
1. Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah.
2. Letakkan lapisan roti kedua yakni roti bahagian atas.
3. Ambil cawan, terbalikkan dan tutup pada roti kuat-kuat. Pusing-pusing sikit sampai jadi bentuk bulat montel yang comel. Sila agak-agak supaya kedudukan aiskrim tak terkena cawan.
4. Bekukan ke dalam peti sejuk
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api kuat. Goreng sekejap sahaja dalam lima saat.

Dah lama aku dapat resipi ini tapi tiada masa untuk berkongsi. Sekarang, sudah boleh kongsi. Bolehlah korang mencuba. Senang dan mudah sahaja. Semudah 1,2,3. Hehe~
Selamat mencuba.

Sumber

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Open Tracker