Langkau ke kandungan utama

Rahsia Makna CPUV Nuffnang, Dapat Tiga Kempen



Nuffnang
beri CPUV! Tiga pula tu. Terima kasih. Rezeki ALLAH.

Sebenarnya, aku buka lappy nak cek CPUV yang pertama yang aku dapat tahun ni, dari Nivea Skin pada 10 Feb 2014. Nak tengok berapa dah bertambah duit yang akan dikreditkan.

Tapi, aku terkejut sebab bertambah lagi dua iklan CPUV pada 14 Februari. Alhamdu lillah..
Dah lama tak dapat kempen iklan apa-apa pun, tetiba saja dapat, tiga pula tu. CTR pula. Lagi best.

Aku lebih suka iklan CPUV sebab ia berdasarkan pelawat unik (unique views) berbanding CPC yang perlu pelawat menekan klik pada iklan. Sekali klik dapatlah 25 sen macam tu. Susah nak dapat CPC banyak kecualilah blognya ramai pengikut yang suka klik iklan.

'CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.'

Faham tak? CPUV akan dikira mengikut pelawat yang mungkin singgah ke blog kita atau mungkin search engine official seperti Google, Bing, Ask.com menyenaraikan entri blog kita dengan apa yang pelawat taip. Kira macam main SEO juga la.

Jadi, pada masa ini, aku perlukan trafik yang tinggi supaya jumlah pendapatan di akhir berlangsungnya kempen tersebut, aku bakal memperoleh hasilnya.

Ini juga bukti apabila kita bersyukur, ALLAH akan tambah nikmatnya.

Ulasan

  1. tahniah.. semoga terus bertambah rezeki.. :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, not just you can use blog for fun, but also got a few income ^^

    BalasPadam
  3. wahhh.. yana dah lama xdapat iklan..ada tips???


    hehehe

    BalasPadam
  4. razi: yup, income is important. hehe~

    BalasPadam
  5. MK: tips? er, naikkan trafik UV anda sampai ke 100 UV sehari. itu je.
    tau x, nak naikkan UV macam mana?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker