Lama rasanya nak membuat entri belajar bahasa dialek Malaysia.
Bahasa Melayu Kelantan menggunakan bahasa Melayu lama yang kurang digunakan pada masa ini.
Adalah bagus kerana masyarakat Kelantan masih menggunakan dan mengekalkan bahasa mereka.
Apa yang mudah diperhatikan, perkataan "an" ditukar menjadi "e"
Contoh: Makanan
Makane
Bahan
Bahe
Perkataan 'a' berubah menjadi perkataan 'o'
Contoh: Pertama
Pertamo
Kata
Kato
Huruf 'i' hilang di hujung perkataan
Contoh: Ramai
Rama
Gulai
Gula
Namun begitu, banyak perkataan atau bahasa Melayu Kelantan yang digunakan membuatkan orang yang tidak ada asas bahasa Kelantan tidak memahami.
Kita bersambung dalam entri yang berikut.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.