Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Wanita

Jom Jadi Wanita Cantik - Tak Boleh? Boleh

Assalamualaikum... Entri pesanan dan wanita. ~ Siapakah wanita cantik itu ? ✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah ✔ Dia tersenyum saat tertekan ✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis ✔ Dia tabah saat dihina ✔ Dia mempersona kerana memaafkan ✔ Dia mengasihi tanpa balasan ✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Illahi Jadilah wanita cantik itu :) Aku dapat ni dari kawanku. Sedapkan kata-katanya.. Dapat semangat nak jadi wanita cantik. P/s: Agak sibuk dan letih bila tetamu datang dari siang membawa ke tengah malam sedangkan diri tak larat tapi kena kuat juga walaupun kadang-kadang sakit itu menyerang. Tapi tak nak baring je kot, nanti apa pula kata orang? P/s/s: Aku dengar Keroro pun kurang sihat. Ye ke? Patut la tak berkunjung ke blog aku. Aku sangkakan dia sibuk dengan pelajarannya. Harap cepat sihat ya, Azri. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No

Tips Tackle Perempuan Kasar

“Sape suka awek kasar? Please la, tak ada sape pandang!” “Sorry, aku memang kasar. So, nak gaduh?” “Apa pandang-pandang, nak gaduh ke?” Pernah disergah perempuan macam tu? Ha, jangan tak tau tak semua perempuan tu lembut dan ayu. Ada jugak perempuan kasar. Apa, korang tak berminat dengan perempuan kasar? Ok, tak de hal. Tapi bagi sesiapa yang ada berkenan atau ingin merebut hati dan mencairkan hati seorang gadis kasar, aku ada tips tackel perempuan kasar. 1. Rileks, sabar Perkara utama yang korang mesti ada ialah kesabaran.  Selain itu, kalau korang nak dekati dan fahami dia, korang tak boleh terburu-buru. Rileks saja dengan tindakannya dan bersabarlah. Kebanyakan yang berperwatakan kasar ni, sememangnya panas baran. Mereka juga sukar untuk menerima orang lain dalam hidup mereka. Ya, diorang memang ramah dan mesra dengan korang tapi bukan senang korang akan berada di hatinya. 2. Komunikasi Diorang ni kalau bercakap memang la kasar. Aku-kau memang biasa la bahasa

Tips Elak Nasi Berbau Hangit-Malu Pada Jiran-Jiran Seh

Assalamualaikum. Entri tips. Korang mesti pernah masak nasi hangit, kan? Aku pernah. Masa tu aku muda belia lagi. Aku paling tak suka tunggu nasi masak. Jadi, aku berjalan-jalan ke ruang tamu dan tengok TV. Akibatnya, nasi hangit. Haha~ Kenangan kot, beb. Sejak tu, aku mencari-cari apakah petua supaya masak nasi tak hangit. 1. Sabar Kalau tengah memasak, kena la duk kat dapur. Jangan gediks nak duk kat ruang lain. 2. Cuba petua ni Satu: Letakkan gelas berisi air dan masukkan di tengah-tengah nasi. Tutup tudung periuk. Tapi mak tak bagi buat macam ni, risau gelas pecah. Ada kaca, lagi bahaya. Maka, aku pun gunalah petua yang kedua ni: Ambik satu cili kering dan letak di atas nasi. Tutup tudung periuk. Bau hangit tu akan meresap dalam cili kering. Buang la cili tu. Itu sahaja petua dari aku yang tak pandai masak masakan orang Jerman. Haha~ Boleh baca resipi-resipi yang ada di blog ni. Sila klik pada label resipi ya. Jom komen sikit. Pernah tak korang

Cari Jodoh Di Internet, Relevankah?

Assalamualaikum... Entri peribadi. Pada suatu awal petang yang suam-suam kuku, berlakulah sebuah dialog di antara ibu dan anak. Ibunya risau pasal jodoh anaknya yang belum ketemu. (Adus, kenapa ayat aku pelik ni? Rasa macam stuck je nak taip ayat..) Apa-apa pun korang layan je la perbualan diorang di bawah ini.. Lets check it out =) Ibu: Buat apa tu? Anak: Blog Ibu: Buat apa dengan blog? Cari apa? Anak: ... Ibu: Cari kerja tak? Anak: A-ah, cari kerja jugak. Ibu: Sambil cari kerja, cari calon jodoh jugak tau Anak: (tersedak) Kat internet ni bukannya boleh percaya sangat, bu. Ibu: Macam Abang Mat tu jumpa jodoh dalam internet.  (Abang Mat? Oh, dia main chat kan? Dah ketinggalan zaman kot kalau main chat. Sekarang ni orang main blog. Haha~ Ada tak blogger lelaki yang cari calon? Hahaha~) Anak: Hmm.. (dengan nada tak setuju) Ibu: Cari la yang baik-baik. Cari yang sesuai, gaji besar. Anak: Ye la (padahal, tak setuju). Ye tak ye jugak ek. Tujuan internet ni na

Tips Rahsia Segar Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum... Entri tips. Salam Ramadhan. Bulan puasa ni tak bermakna kita pun kena lemah longlai dan lesu kan? Nak tahu rahsia segar bugar? Meh aku kongsikan. Korang ambik limau nipis, limau purut, lemon atau apa sahaja jenis limau. Dah ada tu, potong limau tu. Ambik dan lumurkan ke muka, tangan, kaki. Boleh jugak lumurkan ke seluruh badan. Cara nak dapatkan jus limau yang banyak? Cari buah yang betul-betul masak. Kalau tak dapat buah masak, korang golek-golekkan buah tu kat papan pemotong. Buat beberapa kali. Pasti korang akan dapatkan juice yang banyak. Tapi jangan la ambik buah yang tak masak atau putik, memang tak akan dapat juice yang menyelerakan. Jangan lupa masukkan gula ya. Eh, bukan. Bukan nak minum ya tapi untuk dilumurkan pada tubuh badan. Kalau korang nak kesan segar yang lebih sejuk, letak sekejap dalam peti sejuk juice yang dah diperah. Wah, segarnya. Tapi tak boleh sejuk sangat, rasa tak ori segar tu. Walau bagaimanapun, kalau korang tak pera

Ada Lagi Orang Macam Ni, Berdendam Kepada Orang Lain, Orang Lain Jadi Mangsa

Assalamualaikum... Entri relationship. Aku nak cerita pada korang. Aku ada kawan lelaki. Dah lama kenal. Nama dia Hafiz (bukan nama sebenarnya). Hubungan perkawanan kami agak rapat la. Kami bukannya berkawan berdua sahaja tapi ramai-ramai termasuklah geng aku. Dalam banyak-banyak tu, aku la yang paling rapat dengan dia. Perasaan? Oh, tak ada. Kawan je. Lagipun dia memang ada hubungan yang serius dengan aweknya. Disebabkan kami agak rapat, maka awek dia kenal la aku. Korang tahu tak apa yang aku nak cerita? Cuba teka.. Haha~ Ah, korang teka tak tepat. Dengan tak membuangkan masa, aku pun cerita la. Hafiz hanya bercouple dan bertunang tu semata-mata untuk membalas dendam. Balas dendam tu bukannya kepada Azie tapi kepada bekas tunangnya sebelum Azie! Terkedu aku mendengarnya. Ya Tuhan, kenapa la ko sanggup buat macam ni? Kalau nak berdendam, kenapa tak balas kepada orang yang sepatutnya (bekas tunang Hafiz)? Kenapa dia nak lepaskan dendam pada orang lain? Kesian Azie. Azie

Syarat Untuk Bakal Suamiku

Assalamualaikum... Entri jiwang, hati dan wanita. Untuk bakal suamiku, Aku tak memilihmu atau pandang akan rupamu asalkan kau ada wajah. Aku cuma memandang wajah hatimu.. Aku tak memilihmu atau pandang akan apa kerjamu namun biarlah kerja yang halal serta dapat kau bersolat di dalam waktu yang difardhukan. Aku tak memilihmu atau pandang akan agamamu tetapi biarlah kau boleh mengimami solatku. Aku tak memilihmu atau pandang akan keluargamu bagaimanapun, biarlah mereka boleh menerimaku. Aku tak memilihmu atau pandang akan cintamu asalkan cintamu kepada-NYA melebihi cintamu kepadaku, aku pasti kau seorang yang penyayang dan akan menjaga aku sebaik-baiknya kerana aku adalah amanah untukmu. Ringkas saja kan? Sebab aku memang seorang yang ringkas. Haha~ Ringkas konon, nak buat tu bukannya senang. Ekeke~ P/s: Saya rindu awak. Awak baik tapi dapatkah aku menjadi milikmu? (Jangan betulkan ayat aku sebab ayat ni dah betul-perempuan jadi milik lelaki, bukan perempuan y

Perihal seorang Aku... Sha (11)

Assalamualaikum... Entri peribadi. Lama rasanya aku tak menulis dalam siri Perihal seorang Aku... Sha ni. Last tulis dalam bulan April 2011. Sekarang dah hujung bulan Julai. Pagi tadi, aku bermimpikan er.. tak de nya aku nak mimpikan apa-apa. Haha~ Pagi tadi tidurku terganggu dek kerana bunyi mesej yang masuk ke handphone hadiah dari ayah. "Selamat berpuasa dan selamat pengantin baru" - KH. Tersenyum juga aku sendirian. Apa la yang 'ayahanda' fikir ni? Tengahari, aku dapat berchat dengannya. Nak balas mesej, kredit baru jer expired malam tadi. Aku terangkan yang kredit habis. Tiada respons. Bila aku nyatakan yang aku tidak pernah berkahwin, cepat je dia balas. Oh, hati lelaki yang seorang ini... Dia kata dia dapat tahu dari blog aku dan entri ini 4 things make me happy

Mahasiswa Bersekedudukan: Trend Senyap-Senyap?

Assalamualaikum... Aku nak komen permasalahan ini. Jom korang baca dulu kesnya.. Baru-baru ini saya telah berbual dengan rakan sekerja saya yang berumur pertengahan 20an. Beliau telah mempunyai isteri dan seorang anak kecil. Rakan sekerja saya ini sebelum ini tinggal di sebuah apartment di ibukota berkongsi dengan seorang rakan bujang, seorang mahasiswa. Manakala isterinya yang sebelum ini tinggal di kampung, telah dibawa untuk menghuni bersama di aparment/rumah berkenaan. Dalam perkara ini tentunya rakan sekerja saya itu ingin menjimatkan duit, maklumlah isteri beliau tidak bekerja, maka mungkin persetujuan telah dibuat bersama rakan bujang tadi untuk berkongsi bayar sewa rumah. Apa yang mengejutkan saya, rakan sekerja saya itu memberitahu bahawa teman wanita  wahasiswa itu ada datang menginap pada siang hari tetapi tidak bermalam di rumah itu. Secara sepontannya saya berkata kepada rakan sekerja itu, "ini adalah kes bersekedudukan". Namun begitu dij

Tips Rahsia Gadis Kekal Ayu

Assalamualaikum... Entri tips kecantikan dan wanita. Gadis atau perawan diibaratkan seperti sekuntum bunga yang sedang mekar di taman. Kecantikan dan keayuan wajah si gadis harus dipelihara sejak dari peringkat remaja lagi. Ikuti beberapa tips ringkas cara-cara untuk mengekalkan keayuan wajah gadis ayu. Haha, skema tak ayat? Aku ambik dari majalah Mingguan Wanita bahagian Rahsia Wanita. Aku rasa amat sesuai untuk gadis kasar yang nampak je ayu macam aku ni.. aku nampak je macam ayu gile tapi aku ni kasar ni. No wonder la ada jer yang terasa dengan kata-kataku (orang yang tak kenal aku la). Kalau diorang sudah kenal, diorang tahu aku ni macam mana, tak ada apa yang perlu terasa..

Rentetan Kasih : Catatan Telefonku

Assalamualaikum... Entri peribadi. Sekadar meluahkan sesuatu di sini.. 28 Jun Malaikat kecil. Semakin dekat dia dengan diriku. Tetapi kenapa aku pilihannya? Biar apa pun, kau perlu sedar diri Sha.. Mak cik, marah tak panggil mak cik? tak ada la, biasa sahaja. 30 Jun Rasa sayang dia pula. Aduyai, kenapa pula ni? Mimpi bukan-bukan tapi rasa dia ada di hati. Malam tadi tengok cerita sedih, nangis-nangis tapi tak rasa sedih sangat sebab rasa dia ada di hati. Risau bila dia demam. Rasa aku pun tak larat. Kenapa ek?

Meraikan Temanku, Selamat Pengantin Baru, Dear

Assalamualaikum... Entri peribadi dan persahabatan. Dah tulis ni dah lama tapi tinggal dalam draf je.. Ingat nak buat tapi banyak benda yang menghalang. Orang kata ada aral yang melintang. Kali ni, alhamdu lillah, berjaya terbitkan.. 4hb Jun 2011 Aku bangun agak lewat setelah letih badanku ini masih belum hilang sepenuhnya. Kerana apa? Sebab ada kenduri di rumah. Tak ingat? Meh klik sini dan sini . Mataku perit. Kenapa? Mungkin tak cukup tidur. Ye la, aku tidur berapa jam jer. Tiga jam jer. Tido lewat tapi kena bangun awal, tambah dengan keletihan semalam lagi. Hari ini, kenduri kahwin kawan baikku kat sekolah dulu. She's my BFF. Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. Aku berkira-kira sendiri. Ikutkan mataku ini yang perit dan bengkak sedikit, malas nak pergi. Tapi bila tengok cermin, ok ja, bila letak eye shadow, cantik la. Aku pujuk diri.

Bina Jelita Anda Sekarang. Bagaimana?

Assalamualaikum... Entri Kecantikan. Saja nak kongsi dengan korang. Sharing is caring, right? Ringkas je ni.. Jom kita baca.. Percaya diri Percaya bahawa kamu layak untuk dihargai dan yakinkan diri sebelum melangkah adalah terbaik. Bina keyakinan diri kamu.

Alahai Gadis, Korang Bukan Pilihan Si Dia

Assalamualaikum... Entri relationship. Kali ini, aku nak kongsikan artikel mengenai relationship, perhubungan yang mana kalau lelaki tu dah bermaksud tak sukakan korang, cuma korang jer yang terhegeh-hegeh kat dia. Timba cari perigi memang tak salah tapi kalau boy yang korang suka sangat tu memberi respon cam kat bawah, rasanya dia memang tak sudi pun dengan korang. Kira ni kes syok sendirilah, jadi sebelum perkara yang lebih mengharuan berlaku.. Baik korang blah dan blah terus dari hidup jantan itu.

Raya Dah Nak Dekat, Baju Dah Tempah?

Assalamualaikum... Psst, Raya bila? Bulan 8, kan? 31 bulan Ogos dan ia juga tarikh keramat Malaysia merdeka. Sebut pasal raya ni, mesti teringat nak buat baju atau beli jer. Kalau korang nak buat tempahan, dah tempah ke? Tak ada? Wah, bermasalah la nanti. Kalau korang tak tau nak tempah kat mana, Sha ada orang yang ambik tempahan.  Adik Sha yang buat ni. Dia dan rakan-rakannya. Diorang budak-budak belajar dari Mara.

[Novel Bersiri-Cikgu Rania 40: Di Taman Rania

PENGALAMAN mendewasakan seseorang. Barangkali kerana kerap sangat dilanda badai, peristiwa putus ikatan dengan Halim tidak menjadi kudis buat Rania. Saat bertentang mata dengan Puan Sri Zalia, dia nampak tenang dan tabah. Puas diminta Puan Sri Zalia agar dia berterus-terang tentang perasaannya, tetap juga Rania menjelaskan bahawa dia dapat menerima keputusan Halim dengan lapang dada. Dia turut menjelaskan bahawa adalah hak Halim untuk memutuskan ikatan tersebut atas alasan apa sekalipun. “Kalau begitu kata Ren, mama bersyukur.” “Itu yang terbaik mana.” “Ingat tak ayah dah buat pengumuman tentang perkahwinan Ren masa majlis doa selamat malam itu?” “Rania ingat.” <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2696223%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D7640" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2696223&

[Novel Bersiri Cikgu Rania 10 : Jiwa Kacau

“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya. Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian. Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja. Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik.    

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 11)]: Di Sebalik Tabir, Ada Rindu!

Di Kampung Rimba di Janda Baik yang penuh cinta! Ada suara-suara yang bergema, ada gemersik angin, ada bisikan sungai rindu yang menderu, ada udara segar yang membelai, ada sungai jernih yang sesekali merintih, ada siulan burung yang merengek. Pendek kata banyak keindahan dan kedamaian di situ cuma damai itu tidak bertenggek di wajah Halim. Halim seperti putus asa dan tandus suara. "Dia dah tak macam dulu Ren," Ros Ilyani membuka cerita sebaik sahaja Halim mengheret kerusi rodanya masuk ke bilik. Pintu kamar dikatup. Rania pandang putih mata pada pintu yang di sebaliknya ada Halim. Tak sampai pun sepuluh minit mereka berpandangan, bertanya sepatah dua khabar, dan kemudian Halim minta diri. "Dia jadi begitu selepas malang datang bertimpa-timpa padanya." "Malang?"     <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" target="_blank"

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 12 )]: Nun Di Sana, Ada Murni!

NENEK Ninda pandang Ummar Qayyum tak berkelip-kelip. Benarkah apa yang aku dengar? Ah tak mungkin! Barangkali Qayyum bergurau. “Saya tak bergurau mak, saya serius. Saya tak boleh kahwin dengan Murni.” Dihumbankan segala gelora yang mengepungnya selama ini - sejak emak menyuarakan hasrat hati untuk menyatukan dirinya dengan Murni. Selepas itu, pernah sekali dia pulang ke kampung tapi persoalan itu disenyapkan sahaja. Bukan bererti dia bersetuju tapi dia memberi ruang untuk mencari kekuatan. Ini soal hati dan kini dia yakin benar tentang apa yang hatinya mahu. Justeru dia tidak mahu lagi berselindung. Jalan terbaik ialah berterus-terang. Nenek Ninda terdiam sejenak. Jelas sekali Ummar Qayyyum tidak bergurau. Muka Ummar Qayyum nampak benar-benar serius. Kerut di dahinya jelas menggambarkan keseriusannya. Nenek Ninda melepaskan keluhan. Wajah tuanya nampak hampa benar. Kenapa baru sekarang Ummar Qayyum membuka mulut? Kenapa tidak masa aku ajukan rancangan? Kenapa selama

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 13)]: Datanglah Embun Sirami Hati!

"NENEK Ninda yang suruh telefon. Katanya ada hal penting yang abang nak bincangkan. Apa halnya bang? Hal kitakah?" Murni memberi penjelasan. Ngilu rasa jantung hati mendengar ungkapan Murni. Naif bunyinya. Ummar Qayyum mengerling Rania. Dia dapat mengagak Rania mencuri pandang ke arahnya. "Memang ada hal yang abang nak bincangkan tapi bukan sekarang." "Bila?" "Murni tunggu abang balik." <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" border=0 width=400 height=200></a> "Tak boleh cakap melalui telefon?" Ummar Qayyum diam sejenak. "Abang kira lebih baik kita bercakap berdepan."    

Open Tracker