“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya.
Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian.
Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja.
Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik.
Namun bersama lelaki ini senarionya berbeza. Hati tidak tenteram. Perasaan bergalau-galau, jiwa pula bagai dipalu-palu.
Kenapa aku ni?” Fikirnya sendiri. Makin bergelodak perasaannya bila sesekali, angin menyepoikan aroma harum tubuh Umar Qayyum menusuk ke hidungnya. Wangian berjenama Hermes itu begitu mempesona. Dia biasa dengan wangian itu. Wangian yang dulunya pernah menjadi kegemaran ayah tapi kini ayah lebih gemar berminyak attar sahaja.
Ummar Qayyum masih kekal di belakangnya. Jarak dari belakang bas untuk menuruni tangga terasa begitu jauh.
“Baik-baik,” ujar Ummar Qayyum sewaktu kakinya mahu melangkah menuruni tangga. Malang tidak berbau, kakinya tersadung kaki sendiri. Dia hampir terjatuh kalau tidak dipaut lengannya oleh Ummar Qayyum.
“Ren...” suara jeritan Ustazah Habsyah gemersik di telinganya.
“Hisss, nasib baik ada hero di belakang, sampuk pula Cikgu Zul. Kalau tidak, sah-sah Ren dah tergolek.” Kata-kata Cikgu Zul disambut gelak Ustazah Habsyah. Cikgu Norhayati bersama Cikgu Razalina yang sibuk memberi arahan kepada pelajar terpinga-pinga tidak mengerti.
Malunya bukan kepalang. Merah padam muka Rania tak hilang-hilang sejak tadi.
Apa entah malang nasibku hari ini! Rintihnya tapi masih sempat menghulurkan ucapan terima kasih pada Ummar Qayyum.
“Abang Qayyum...,” bisik lelaki itu perlahan, hanya didengari oleh Rania seorang.
Kemudian lelaki itu berpura-pura memandang ke arah lain apabila menyedari Rania memandang ke arahnya. Dia bercakap dengan Cikgu Zul. Mereka mengiringi pelajar menuju ke arah bangunan yang menempatkan Planetarium.
Rania terkebil-kebil. Seolah dia terdengar sesuatu yang pelik keluar dari mulut Ummar Qayyum tetapi melihat lagak lelaki itu yang bersahaja, dia mulai ragu-ragu.
Betul ke apa yang aku dengar atau itu sekadar halusinasi aku? Fikir Rania sendirian. Apa kena dengan aku ni? Fikirnya terus-menerus. Dia berasa sangat terbeban dengan perasaan sedemikian.
Tuhan tolonglah, aku tidak tahu apa yang mengganggu jiwa ragaku saat ini. Aku tidak pernah berasa gugup dan segelisah ini. Sedaya upaya dikawal debaran yang kian kencang dengan gelak tawa menyaingi ahli rombongan.
“Tak cukup kaki I, kaki sendiri pun nak disadung,” gurau Ummar Qayyum mengimbas kembali peristiwa Rania tersadung kakinya di awal pertemuan.
Gadis berlesung pipit itu tertawa kecil. Pandai dia berjenaka! Lapang dada Rania. Hilang rasa gemuruh yang menalunya sejak tadi. Kali ini muncul pula perasaan lain. Perasaan bahagia. Hakikatnya dia berasa selamat dan dunia jadi berwarna-warni bersama Ummar Qayyum.
Layanan Ummar Qayyum begitu mempesona. Dalam sibuk mereka melayan kerenah anak-anak rombongan, Umar Qayyum menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Mahu duduk, kerusi ditarik. Mahu bangkit, kerusi disorong. Dia begitu gentleman tapi terkawal tingkah dan laku. Adat dan budaya Melayu tidak dipersenda malah menjadi junjungan tiap masa.
Akhirnya aku bertemu juga baka Melayu yang prihatin dan bertimbang rasa, bijak dan berpekerti mulia, bisik Rania sambil mengerling sekilas pada Ummar Qayyum. Ummar Qayyum sangat bertanggungjawab, malah matanya tidak lekang daripada memerhati dan mengawasi para pelajar.
Kalau berbual, Ummar Qayyum suka menyentuh soal pendidikan malah dia banyak bercerita tentang aktiviti PIBG sekolah yang ditunjanginya.
“Rasa rindu pada zaman persekolahan,” luah Ummar Qayyum kala matanya memerhatikan gelagat para pelajar. Ada yang bereksperimen dengan pelbagai permainan menguji minda, ada yang menyertai pertandingan melukis cakerawala, dan ada juga yang khusyuk memerhati arca fenomena alam di Planetarium.
Rania terpandangkan Marisa Afira sedang bertepuk tampar dengan Afifudin, pelajar tingkatan 3 Mercury. Marisa Afira tertawa menggelekek apabila diusik Afifudin. Tingkah laku mereka berdua amat mencolok mata. Rania hampiri mereka.
“Marisa, Afifudin, tolong jaga tingkah laku dan nama baik sekolah,” tegur Rania lembut. Suaranya perlahan sahaja.
“Alah cikgu, kami tak buat apa-apa pun...”
Rania merenung mereka silih berganti.
“Alah poyolah cikgu ni,” rungut Marisa Afira lalu beredar.
“Remaja sekarang boleh tahan ya,” komen Ummar Qayyum yang entah bila berada di sebelah Rania.
“Bukan semua Encik Qayyum, segelintir...” sahut Rania sedang matanya liar memerhati aktiviti para pelajar.
“Tu pelajar kita kan?”
Rania memandang ke arah satu penjuru. Di situ kelihatan seorang pelajar perempuan sedang bergelut - seperti dalam kesakitan. Di sebelahnya ada seorang teman menemani dengan wajah gusar. Belum sempat dia bergerak, Ummar Qayyum terlebih dahulu bergegas menghampiri pelajar tersebut, diikuti Rania.
Pelajar perempuan itu membongkokkan tubuh. Rania memegangnya dari belakang. Pelajar itu mendongak dengan wajah yang membendung kesakitan.
“Sofea, kenapa?”
“Saya sakit cikgu,” sahut Sofea Amanda. Wajahnya jerih menahan kesakitan. Kedua-dua tangannya menekan bahagian abdomen.
“Sakit apa?”
Sofea Amanda tidak menjawab. Cuma air matanya sahaja berlinangan.
“Sofea sakit perut cikgu,” khabar Ajeerah Afta. Nampak sangat dia mengambil berat akan keadaan Sofea Amanda.
“Boleh jalan?” tanya Rania.
Sofea Amanda menggeleng. Dia makin tidak bermaya.
“You jaga dia, I dapatkan bantuan,” ujar Ummar Qayyum.
“Cepat ya,” desak Rania. Wajah Sofea semakin pucat.
Rania memapahnya tapi tubuh Sofea Amanda mulai hilang pertimbangan. Tiba-tiba tubuh halus pelajar kecil molek itu melayang bagai angin tapi sempat dipaut Rania.
“Panggil Cikgu Raza,” arah Rania. Tubuh Sofea Amanda dibaringkan. Pelajar-pelajar mulai berkerumun tapi segera diarahkan bersurai oleh Cikgu Raza. Sepuluh minit kemudian, Sofea Armanda sedar daripada pengsan.
“Sofea...,” panggil Rania lembut.
“Cikgu,” sahut gadis itu. Wajahnya sudah kembali normal. Tidak lagi sepucat tadi. Dia senyum sekilas.
“Sakit lagi?”
“Dah okey cikgu,” ujar Sofea Amanda. Dia memohon Rania menghubungi ibunya.
Mendengar itu, Rania mendail nombor telefon Ummar Qayyum.
“Tak payah. Dia dah sedar. Dia nak ibunya,” maklum Rania pada Ummar Qayyum apabila dimaklumkan bahawa pihak ambulans sudah dihubungi.
“Pasti?”
“Patient dah okey,” jelas Rania.
“I call balik, suruh cancel,” sahut Ummar Qayyum. “Miss you!”
Hah! Sekali lagi Rania terpinga-pinga. Betul ke apa yang aku dengar? Tapi di talian tiada apa-apa. Talian telah pun dimatikan. Apa kena aku ni? Pelik!
“Nak peluk cikgu,” bisik Sofea Amanda bila keadaan kembali tenang.
Sekali lagi Rania terkesima. Ditatap anak gadis yang wajahnya mirip pelakon Indonesia Nia Ramadhani seketika sebelum diraihnya gadis kecil molek itu dalam pelukan.
“Terima kasih cikgu,” ucap Sofea Amanda seraya pelukan dilepaskan. Rania nampak ada setitis air dari mata Sofea Amanda yang mengalir tapi segera diseka. Rania kehilangan kata.
Setengah jam kemudian, ibu Sofea Amanda muncul. Perempuan yang kelihatan agak muda dilihat dari raut wajahnya hanya melemparkan sekilas senyum. Tanpa banyak soal, dia membawa Sofea Amanda pergi.
“Terharu I tengok,” usik Ummar Qayyum sebaik sahaja Sofea Amanda bersama ibunya berlalu.
“Terharu kenapa?”
“Tengok you peluk Sofea.”
“Oh, you mengintai ya.”
“Ya, I mengintai depan you,” usik Ummar Qayyum. “Tak boleh?”
Belum sempat Rania menjawab, telinganya menangkap kata-kata sindiran.
“Ustazah Habsyah kata pelajar-pelajar tak boleh bercinta tapi cikgu boleh kan?”
Sambil lalu Marisa Afira menghayunkan kata-kata bersembilu tanpa memandang pada Rania. Kemudian, dengan selamba dia beredar.
Berderau darah Rania mendengarnya. Ummar Qayyum mendengus perlahan. Lirik matanya mengekor langkah laju Marisa Afira. Rania tunduk.
Sehingga pulang, kata-kata Marisa Afira mengganggu benaknya. Cantik bahasa budak perempuan itu, getus hatinya. Malunya bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga segan pada Ummar Qayyum yang sama mendengar.
“Dia tak sabar nak jadi besar, teruja dan cemburu barangkali tengok cikgu yang cantik.” Itulah kata-kata Ummar Qayyum untuk menyejukkan suasana.
Rania malas menyemakkan otaknya dengan memikirkan kata-kata biadap Marisa Afira. Nama pun budak! Kalau aku melayan kerenahnya sama saja aku dengannya. Fikir Rania lantas memusing tiga puluh enam darjah ingatannya pada kenangan yang lebih indah lebih manis.
Kenangan bersama Ummar Qayyum.
Mengutip kenangan itu bagai mengutip harum-harum melur lalu disisipkan ke rambut. Wangian menjadi penyeri dalam laluan hidupnya yang seolah gersang bau selama ini. Akhir-akhir ini, hidup terasa lebih ceria dan lebih bersemangat.
Sebelum mata terlelap, entah mengapa senang saja detik-detik indah itu mengulit birai minda sebelum tidurnya jendera. Sebaik sahaja matanya terbuka untuk solat subuh di pagi hening esoknya, kenangan indah itu juga yang menyambut.
Dilamun cintakah aku?” soal Rania sendirian. Seusai solat subuh, dia bermohon sesuatu pada Allah. Sewaktu solat sunat dhuha pun, dia berdoa panjang dengan iringan doa selepas solat sunat dhuha. Doa yang sangat menyentuh kalbu wanitanya.
Yang dia tahu, dia senang dengan lelaki itu. Lelaki yang muncul secara tidak sengaja dan kini seperti tidak �sempurna hari tanpa menerima SMS daripada si dia walaupun hanya sekadar bertanya khabar.
Fasa kedua dalam hidupku sudah bermula barangkali. Telefon berbunyi. Dilihat nombor yang tertera. Nama Farhan. Tidak diendahkan. Farhan tak pernah putus menghubunginya meskipun jarang benar dia menjawab panggilannya. Rania lemas dikejar si duda tidak beranak itu.
Kali kedua deringan, nama Sofea Amanda muncul. Suara lembut Sofea Amanda menyentuh hati kecilnya. Walaupun tidak setiap hari, tapi sering sangat si gadis kecil molek itu menghubunginya sejak peristiwa di Planetarium tempoh hari.
“Sofea sayang cikgu,” itu yang selalu diluahkan Sofea Amanda. Balasan ucapan yang yang sama dari Rania sangat membahagiakan Sofea Amanda.
Pagi itu banyak sungguh panggilan yang diterima. Dalam banyak-banyak panggilan, panggilan daripada Mak cik Kamariah membuat bibirnya tersungging. Senyumannya makin mekar apabila dimaklumkan bahawa Kak Ros sudah kembali ke Janda Baik.
“Terima kasih banyak-banyak mak cik,” ucap Rania tulus. Sebaik sahaja talian dimatikan, Rania terus bersiap. Selesai mengenakan kain panjang daripada jenis denim dipadankan dengan blaus bunga kecil berlatar putih, Rania bergegas menuju ke dapur.
“Nak ke mana pagi-pagi Ren?” tanya Puan Sri Zalia kehairanan.
“Ada hal.”
“Hal apa?”
“Ada lah.” Tidak dimaklumi ibunya. Biar dia uruskan dulu apa yang sewajarnya. Puan Sri Zalia memerhatikan Rania yang tergesa-gesa bersarapan. Tudung warna biru lembut yang dipakainya nampak manis di wajahnya.
“Biar Pak Mud hantar!”
“Tak payah mama. Ren boleh pergi sendiri.”
Puan Sri Zalia mengekori Rania yang sudah masuk ke kereta Vios berwarna perak. Kereta baru itu dibeli ibu selepas insiden kereta rosak tempoh hari. Mahu tidak mahu Rania terpaksa akur. Lebih baik memandu Vios dibandingkan dengan kereta sport dua pintu yang jarang sekali dipandunya.
“Bye ma...,” lambainya sebaik sahaja kereta bergerak.
Sudahnya Puan Sri Zalia terkebil-kebil. Hairan sungguh dengan sikap Rania nan seorang itu. Sangat berdikari. Sangat tegas dan ketara berbeza dengan anak-anak gadis seangkatannya. Tak sama langsung dengan watak-watak sepupu atau anak-anak teman yang lain. Sepupunya Maisarah, anak manja yang berselera tinggi. Ke mana-mana ditemani ibu malah setiap tengah hari ibunya, Datin Ani akan menghantar makan tengah hari ke pejabat yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Damansara.
Begitu juga dengan anak Toh Puan Zaiton, Dalilah. Gadis yang usianya muda setahun daripada Rania sangat bergaya dan kelihatan elegen dengan kerjaya sebagai ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat ternama yang dibangunkan keluarga. Begitu juga Azalia, anak Puan Zaharah yang menjadi peguam di firma besar di ibu kota. Masing-masing bergaya sakan, suka berlibur, berseronok dan menikmati sepenuhnya alam muda.
Hujung tahun pula, membeli-belah di luar negara. Kota Paris, London, dan New York menjadi tempat persinggahan mereka. Sudah banyak kali mereka mengajak Rania tapi Rania tidak pernah mahu. Rania lebih senang bersama keluarga atau bermesra dengan anak-anak murid dan teman-teman sejawatan. Itulah dunia Rania.
Anak! Apalah yang kau cari dalam hidup ini? Kau memilih perkampungan kecil di dalam belantara di Sabah tatkala orang lain berebut-rebut mahu duduk dan menetap di bandar besar.
Rania, Rania, pening kepala Puan Sri Zalia memikirkan anaknya nan seorang itu. Bimbang juga kalau satu hari nanti, Rania akan kembali semula ke Sabah.
Aku berharap ada sesuatu yang dapat mengikat Rania di sini. Farhan? Ah, budak lelaki tak empuk itu sudah bikin dajal pada Rania. Bercerai pula. Sebelah mata pun Rania tidak memandangnya. Rusuh Puan Sri Zalia mengenang Rania.
Berbeza dengan Rania. Dalam resah gelisah ibunya, dia memandang ceria ke hadapan.
Kak Ros sudah balik. Sekian lama aku tidak bertemunya. Banyak yang mahu kutahu. Banyak persoalan yang belum berjawab.
Alhamdulillah, mudah-mudahan bertemulah aku dengan Kak Ros kali ini, serunya sendiri sewaktu kereta bergerak terhuyang-hayang melalui jalan kampung yang berlubang-lubang.
Dari jarak sepuluh meter, dia nampak kediaman Kak Ros. Berbeza situasinya daripada kunjungannya yang sebelum ini. Kawasan rumah berjaga. Daun-daun gugur yang kering sebelum ini sudah tiada lagi. Laman bersih dan udara segar sungguh. Pintu depan tidak bertutup. Rania meninjau-�ninjau dari anak tangga.
Sunyi.
“Ada ke Kak Ros ni?” katanya pada diri sendiri. Beberapa kali dia memberi salam sambil memanggil nama Kak Ros sebelum dia nampak satu susuk. Susuk dalam telekung. Makin lama makin hampir.
“Ren?”
“Kak Ros!” Rania tergaman. Wajah Kak Ros tak seperti dahulu. Kusam tak bermaya. Hiba sungguh hatinya melihat keadaan Kak Ros.
Dia melewati anak tangga satu persatu setelah dipelawa Kak Ros. Sampai di anjung, Ros Ilyani yang lebih mesra dipanggil Kak Ros terus meraihnya. Dia menangis.
Setelah reda tangisnya, Rania membiarkan Kak Ros seketika. Lagi ketara rusuh di perdu wajah Kak Ros.
Dari dalam rumah yang agak gelap, Rania nampak satu lagi susuk menghala ke arahnya. Perlahan tapi makin hampir. Wajah Rania berkerut. Susuk itu rupa-rupanya di atas kerusi roda. Seorang lelaki berbaju-T dengan kain pelikat. Dada Rania berdebar-debar. Melihat matanya ralit memandang ke dalam rumah, Kak Ros turut berpaling. Muka Rania berubah. Terkejut seketika bila dipastikan wajah susuk tersebut.
“Rania?” Lelaki yang duduk di atas kerusi roda terkejut.
“Halim!” sapa Rania sepatah. Dia lagi terkejut. Halim di atas kerusi roda. Kenapa?
Jiwa Rania makin kacau!
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.