Langkau ke kandungan utama

Tips Tackle Perempuan Kasar




“Sape suka awek kasar? Please la, tak ada sape pandang!”

“Sorry, aku memang kasar. So, nak gaduh?”

“Apa pandang-pandang, nak gaduh ke?”

Pernah disergah perempuan macam tu? Ha, jangan tak tau tak semua perempuan tu lembut dan ayu. Ada jugak perempuan kasar.

Apa, korang tak berminat dengan perempuan kasar? Ok, tak de hal. Tapi bagi sesiapa yang ada berkenan atau ingin merebut hati dan mencairkan hati seorang gadis kasar, aku ada tips tackel perempuan kasar.


1. Rileks, sabar
Perkara utama yang korang mesti ada ialah kesabaran.  Selain itu, kalau korang nak dekati dan fahami dia, korang tak boleh terburu-buru. Rileks saja dengan tindakannya dan bersabarlah. Kebanyakan yang berperwatakan kasar ni, sememangnya panas baran.

Mereka juga sukar untuk menerima orang lain dalam hidup mereka. Ya, diorang memang ramah dan mesra dengan korang tapi bukan senang korang akan berada di hatinya.

2. Komunikasi
Diorang ni kalau bercakap memang la kasar. Aku-kau memang biasa la bahasa tu pada diorang digunakan kepada sesiapa sahaja. Tapi kalau orang tua, memang la diorang hormat, tak de la nak guna aku-kau.

Korang pun kena la biasa cakap macam tu. Best tau cakap macam tu. Bukan kurang ajar atau apa, tapi selamba dan happy. Tak percaya? Cuba la bercakap macam tu dengan diorang, pasti fun. =)

Diorang ni biasa guna perkataan kasar tapi tak la bermaksud kasar. Satu perkataan kasar yang biasa digunakan ialah ‘bodoh’. Ada  dua maksud, biasanya diorang gunakan maksud yang tersirat, bukannya maksud bodoh yang sebenar.

Tersirat macam mana? Kadang-kala apabila diorang rasa malu, mulutnya lancar menuturkan perkataan, ‘bodoh’. Bukan kerana malu itu yang bodoh tapi perasaan mereka rasa tu menyebabkan ia digelar ‘bodoh’.

 Korang faham tak? Kalau tak faham, baca lagi sekali dengan penuh penghayatan dan tawaduk, okay.

3. Ikut Rentak
Mood diorang ni cepat berubah. Kadang-kadang  tu baik sangat, kadang-kadang kasar.
Jangan lukai hatinya. Kalau dilukai, akibatnya susah la nak pujuk sebab diorang akan defends diri dan tak kan biarkan ianya dilukai lagi.

Mood diorang cepat berubah sebab diorang ni kadang-kala merasai diri mereka adalah lelaki. Terkejut? Ya, diorang ada sedikit gen lelaki sebab tu diorang agak kasar sikit.

4. Baik Hati

Diorang baik walaupun kasar. Macam watak Fasha Sanda dalam Dewi Cinta. Baik kan?
Walaupun diorang ni kasar tapi hati diorang baik. Baik sangat. Kadang-kala gadis lemah lembut dan ayu pun tak sebaik diorang.

Salah satu criteria yang menjadikan diorang ni baik, diorang tak suka dengar umpatan dan mengumpat. Diorang selamba dan tak kisah sangat dengan cakap-cakap orang sekeliling. Tapi bukan bermakna diorang akan berbuat sesuka hati dan malu. Diorang tetap seorang perempuan tapi nilai-nilai jahat dosa kering tak ada la.

Korang akan bertuah kalau dapat diorang sebab nak tegur perempuan yang suka mengumpat ni susah dan sukar nak berubah insaf.

5. Ceria
Jangan tak tau, diorang ni seorang yang ceria dan selamba. Jadi korang belajar la berjenaka dahulu sebelum nak tackle diorang. Korang juga kena la gelak bila dia buat lawak. Bila dia dah ceria, layan jer. Jangan duk buat perangai pula waktu dia tengah ceria. Nanti lari mood.

Kesimpulan

Tak de susah sangat nak tackle gadis kasar ni kalau tahu caranya. Tak gitu? Rasanya banyak lagi tips yang aku nak kongsikan tapi rasanya dah panjang lebar ni. Lain kali aku kongsikan, k. Tunggu Tips Tackle Perempuan Kasar 2 pula ya.

Pernah kenal perempuan kasar tak? Korang suka dia tak? Suka sebab apa?

Terima kasih sudi baca sampai habis. Boleh ‘like’ kalau tips ini menarik dan berkesan.

Ulasan

  1. gua riso kalau awek camnie belasah gua je..

    BalasPadam
  2. Ehemm. Saya kasar, siapa nak ngorat sya boleh guna tips ni. kehkehkeh! :P

    BalasPadam
  3. haha, kita kena cool je. XD

    BalasPadam
  4. hehe..takut woo adek awek ganas .. nnt kene blasah .. :p

    BalasPadam
  5. agaknya ni tips dia tackle nelly dulu ! hahaha

    BalasPadam
  6. 100% betul.saya dengan gf saya panggil aku hang je.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. yang penting, laki tu tak boleh panas baran jugak. nanti api dengan api, mane masuk.

    BalasPadam
  9. Salam admin. Saya nak tnya. Ada sorg lelaki ni (sy kenal) gaya dia mcm nk mengurat tp berselindung. Dia pernh crita pasal ex dia. Sekrg, dia juga cakap yg dia kawan dgn classmate sy, dia mntion yg classmate sy tu gf dia tp xgtau sapa cuma gtau kos belajar sama (sbbtu sy tahu itu classmate sy) dan umur sama dgn sy. Sy ok ja sbb sy pun xda apa2 perasaan kat dia. Cara sy cakap dgn dia mmg kasar lgpun kmi org utara. Sy just pelik dia seolah2 tnya psal sy kat gf dia.. Mcm mna sy boleh tahu sbb dia sebut apa yg sy selalu buat kat klas dan apa pernah berlaku kat sy sebelum ni mcm dia tahu serba serbi ttg sy. Sy rasa classmate sy tu bukn gf dia tp mcm spy dia utk tahu ttg sy. Sy xmau fikir mcm tu sbb mgkin sy yg prasan sndiri. Klu beberapa hari x wasap mesti dia akn wasap sy.. Skrg ni dh pndai kol sy..kerap pulak tu. Dia pernah juga wasap yg mcm kekasih selalu tnya hi, watpe gitu. Sy xlayan sbb komunikasi kmi bukn mcm tu.. Cara kmi ckp selalunya hang aku atau guna nama..mmg kasar habis.. Sy cuma pelik sbnrnya dia ni ada hati kat sy ke apa sbb cara dia lain tp dia mcm bselindung sgt.. Dia seseorg yg sy kenal melalui satu organisasi..kmi satu kampus..mmg jarang jumpa klu xda apa yg dibincangkn dlm organisasi tsebut... Jd apa pendapat admin mngenai si dia..adakah dia mnganggap sy ni kwan baik atau sebaliknya sbb sy pun masih konfius..

    BalasPadam
  10. Aku kasar dan sempoi....Yg penting aku budak taekwondo....

    BalasPadam
  11. Aku kasar dan sempoi....Yg penting aku budak taekwondo....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker