PENGALAMAN mendewasakan seseorang. Barangkali kerana kerap sangat dilanda badai, peristiwa putus ikatan dengan Halim tidak menjadi kudis buat Rania. Saat bertentang mata dengan Puan Sri Zalia, dia nampak tenang dan tabah.
Puas diminta Puan Sri Zalia agar dia berterus-terang tentang perasaannya, tetap juga Rania menjelaskan bahawa dia dapat menerima keputusan Halim dengan lapang dada. Dia turut menjelaskan bahawa adalah hak Halim untuk memutuskan ikatan tersebut atas alasan apa sekalipun.
“Kalau begitu kata Ren, mama bersyukur.”
“Itu yang terbaik mana.”
“Ingat tak ayah dah buat pengumuman tentang perkahwinan Ren masa majlis doa selamat malam itu?”
“Rania ingat.”
“Ren tak kisah? Ren tak malu?”
“Ren tak kisah dan Ren tak malu. Kita yang merancang tapi Allah yang tentukan,” balas Rania penuh yakin.
“Tapi hari tu Ren sedih sangat.”
“Memanglah sedih mama tapi hidup perlu diteruskan.”
“Atau hakikatnya memang Ren tidak menyintai Halim? Kerana itulah mudah saja Ren menerima ketentuan ini?” serkap Puan Sri Zalia.
Rania terdiam.
“Dulu waktu Ren tinggalkan Ummar Qayyum, mama tengok teruk.”
“Mama, yang lepas biarlah lepas. Tak usah diungkit-ungkit. Lagipun seperti yang Ren kata. Ren redha menerimanya.”
“Alhamdulillah kalau begitu penerimaan Ren.”
“Kalau Abang Rais boleh menerima perpisahan sementara dengan Kak Yati sedangkan mereka pernah sebumbung, masakan Ren tak boleh.”
“Baguslah. Mama harap anak-anak mama tabah hadapi apa saja dugaan yang diberikan Allah,” pohon Puan Sri Zalia seraya memerhati Rania mengemaskan kad-kad undangan contoh yang pelbagai rupa lalu dimasukkan ke dalam kotak. Bergabung dengan beberapa barangan hantaran perkahwinan - Ummar Qayyum dan Halim.
“Ummar Qayyum macam mana? Dia tahu?” tanya Puan Sri Zalia kemudian.
Rania sekadar menggeleng.
“Mama masih ingat kata-kata Halim. Dia kata nak serahkan Ren semula pada Ummar Qayyum.”
Banyak persoalan yang beroleng-oleng di minda Puan Sri Zalia. Berundurnya Halim sememangnya merupakan satu hikmah - untuk memberi laluan mudah pada Rania dan Ummar Qayyum.
“Itu kata Halim. Haknya untuk berkata apa pun, tapi biarlah dulu,” ujar Rania.
Perkara masih baru berlaku. Lebih dari itu, dia sendiri memang tidak tahu sama ada Ummar Qayyum tahu atau tidak tentang statusnya kini namun daripada pihaknya tidak terdetik sedikit pun di hati untuk memaklumkan Ummar Qayyum apa yang terjadi.
“Beritahulah dia,” pujuk sang ibu.
“Biarlah ma. Buat sementara waktu ini Ren perlukan ruang untuk diri Ren sendiri.”
“Sekadar memberitahu apa salahnya. Bukankah Ren dengan Ummar Qayyum pernah berikatan suatu waktu dulu?”
Rania diam seraya memikirkan kata-kata ibu.
“Barangkali ini kesempatan paling baik untuk Ren dengan Ummar Qayyum ditemukan semula. Halim dah berkorban untuk menyatukan Ren dengan Ummar Qayyum,” pesan Puan Sri Zalia lagi.
Rania termenung jauh.
“Ingat Ren. Peluang tak selalu datang dalam hidup kita. Kalau datang peluang yang bergolek, rebutlah!” nasihat Puan Sri Zalia bernas sekali.
Rania terkenang kata-kata Halim. Kerana Ummar Qayyum jugalah akhirnya Halim menarik diri. Hidup ini ada ketikanya rumit benar untuk membuat keputusan.
“Qayyum ada hubungi Ren selepas Ren putus dengan Halim?”
Rania menggeleng.
“Halim?”
Rania menggeleng lagi. Puan Sri Zalia mengeluh halus. Pening kepalanya memikirkan nasib anak gadis nan seorang itu. Betul benar kata orang tua-tua dulu. Mengurus anak perempuan nan seorang ini nampak gayanya mencabar benar. Apa yang sebenarnya diingini oleh Rania? Sukar benar untuk ibunya mentafsir. Tidak mahu berkahwinkah sebenarnya? Fikiran Puan Sri Zalia bergolak terus.
Pintu bilik diketuk. Rais muncul di balik daun pintu. Terus dihampiri orang berdua yang sedang berbincang itu. Dia duduk di birai katil dan berbual-bual dengan ibunya seketika sebelum pandangannya berkalih pada Rania.
“Ummar Qayyum nak berhijrah ke Sweden,” ujar Rais spontan.
Terkejut besar Rania mendengarnya. “Mana abang tahu?”
“Abang tahulah!”
“Kenapa pula dia nak berhijrah?” Puan Sri Zalia hampiri Rais.
“Abangnya yang duduk di US tu dah balik ke Malaysia semula. Dah ada orang nak uruskan syarikat di sini, nak berhijrahlah dia,” sambung Rais tanpa menyedari gelodak hati Rania yang kembang kecut menerima berita terkini tentang Ummar Qayyum.
“Betul ke Rais?” Pucat muka Puan Sri Zalia makin ketara.
“Betullah ma. Saya nak menipu buat apa?”
Puan Sri Zalia berpandangan dengan Rania.
“Dia tak tahu ke yang Ren dah putus dengan Halim?”
“Tahu pun nak buat apa? Bukannya Ren nak kahwin dengan dia pun,” sampuk Rais selamba. Hakikatnya, dia agak marah dengan cara Rania melayan Ummar Qayyum.
Rania tidak terkata. Sukar untuknya mempercayai kata-kata Rais.
“Dah banyak sangat Ren kecilkan hati dia. Eloklah dia pergi,” kata-kata Rais benar-benar meruntun hati Rania.
“Mengapa kata begitu pada Ren?” marah Puan Sri Zalia. Rais angkat kening dan pergi.
Begitukah aku di mata Rais? Barangkali begitu jugalah aku di mata Ummar Qayyum. Entah mengapa, hatinya menjadi tidak menentu mendadak.
“Bila Ummar Qayyum nak pergi mama?” suara Rania menggigil.
“Tanyalah dia. Tak salah Ren tanya dia kan?”
Rania capai telefon lantas terus dihubungi nombor Ummar Qayyum. Segera saja diangkat.
“Assalamualaikum Qayyum...,” ujar Rania dengan suara bergetar.
“Waalaikumsalam...”
“Saya mengganggu?”
“Tidak.”
“Saya nak tanya. Benarkah kata Abang Rais awak hendak berhijrah ke Sweden?” terus saja Rania bertanya.
“Begitulah rancangannya.”
“Bila?”
“Lusa,” sahut Ummar Qayyum lesu.
“Kenapa?” tanya Rania lagi. Dadanya berdebar-debar. Secepat itu?
Ummar Qayyum membisu.
“Kenapa? Sebab sayakah?” Rania berterus-terang.
“Tak Ren, bukan sebab awak.”
Hendak menangis Rania dibuatnya. Sampai saat itu Ummar Qayyum tidak pernah pandai menghukumnya. Alangkah mulia hati lelaki itu.
“Kalau Abang Rais tak beritahu, mungkin saya belum tahu sehingga kini.”
“Maaf. Saya tak berniat nak menyusahkan Ren.”
“Saya tahu saya banyak melakukan kesalahan pada awak. Saya minta maaf.”
“Ren tak pernah bersalah pada saya.”
“Kalau begitu kenapa nak berhijrah?” ulang Rania perlahan. Suaranya bagai terperangkap di dalam.
“Mungkin hijrah ialah pilihan terbaik untuk saya buat masa ini. Ingat saat akhir kita bertemu? Waktu itu hampir saja saya nak beritahu Ren. Tapi tak tergamak,” jelas Ummar Qayyum dengan suara syahdu.
Rania menangis di dalam hati. Rasa bersalah datang menunda-nunda.
“Waktu saya pohon maaf pada Ren masa tu, memang saya ucap dengan sekudus hati. Harap Ren memaafkan saya atas segala kekhilafan yang pernah saya lakukan. Saya ikhlas menyuarakannya dan saat itu juga saya sedar yang saya harus belajar menghormati keputusan Ren. Barangkali selama ini saya agak mendesak!”
Qayyum! Kau silap Qayyum. Tolong jangan pergi! Rintih Rania di sudut hati.
Suasana terus sepi. Ummar Qayyum terkenang waktu kali terakhir bertemu Rania. Ikutkan hati, dia mahu terus memandang satu-satunya gadis yang pernah bertakhta di hati tetapi hati kecilnya menegah. Kerana itu dia mencuri-curi pandang Rania. Pada pandangannya, Rania masih belum bertemu dirinya. Rania masih mencari-cari. Biarlah dia mencari dirinya dahulu. Kemudian baru dia tahu apa yang diperlukan dalam hidupnya.
“Ren sihat?” tanya Ummar Qayyum seketika kemudian.
Hanya keluhan Rania yang didengar.
“Saya tahu Ren dengan Halim sudah putus tetapi saya harus sedar tentang satu hakikat bahawa putusnya ikatan antara Ren dengan Halim bukan juga merupakan penyatuan satu penyatuan yang lain. Barangkali kita berasakan ada cinta antara kita tapi barangkali juga kita tertipu dengan rasa itu.”
Kau silap kalau kau berfikir begitu Qayyum! Detik hati Rania lagi.
“Selama kita berjauhan, saya banyak muhasabah diri. Mengenali diri. Saya sedar cinta tidak boleh dipaksa-paksa. Bukan sahaja cinta yang diperlukan dalam sesuatu perhubungan, bahkan harus ada keikhlasan, dan rasa hormat-menghormati. Barangkali sikap saya yang menjadi punca keretakan hubungan kita dulu,” akui Ummar Qayyum.
Kau terlalu menghukum diri sendiri Qayyum. Hakikatnya aku! Bukan kau! Aku yang bersalah! Aku yang tak tahu menghargai kasih sayangmu. Aku yang ada ketikanya ego tidak menentu.
“Berjauhan barangkali yang terbaik buat kita,” sambung Ummar Qayyum.
Jangan pergi Ummar Qayyum! Jangan Pergi! Jerit Rania namun kata-kata itu hanya tersengkak di kerongkong sahaja. Tidak mampu terluah keluar.
“Saya akan sentiasa mengenang Rania.”
Makin pilu hati Rania dibuatnya.
Sepi datang lagi.
Dada Rania kian sebak.
“Jaga diri Rania.”
“Awak juga. Selamat berangkat dan jaga diri,” ujar Rania balik. Seboleh-bolehnya cuba disembunyikan perasaannya yang mendera ketika itu.
“Ren, tunggu!”
“Ya...”
“Hmmm...”
“Ada apa?”
“Tak mengapalah. Biar saya simpan sendiri.”
“Okey,” sahut Rania. Sekali lagi hati berdetik mahu tahu tapi egonya membunuh rasa ingin tahu itu.
“Jaga diri.” Itu ayat terakhir daripada seorang lelaki bernama Ummar Qayyum. Talian sudah putus.
Rania terhenyak sendirian. Ummar Qayyum hendak ke Sweden, hatinya berbisik lagi.
“Ren,” panggil ibunya. Hancur hatinya melihatkan keadaan si anak
Air mata Rania menitis.
“Cakap pada Ummar Qayyum.”
Rania gelengkan kepala.
“Perkara ini tidak sesukar mana Ren.”
Rania diam. Kerana tidak berpuas hati, Puan Sri Zalia mencari Rais. Dia bersendirian di beranda mengadap taman air mini yang tenang.
“Rais kena tolong Ren,” ucap Puan Sri Zalia.
“Nak tolong macam mana? Biar Ren buat keputusan sendiri.”
“Kamu kenal Ren kan?”
“Sebab saya kenal Ren, maka saya rasa dia harus belajar sesuatu. Kalau dia terlepas peluang ini, tidak tentu lagi dia akan memperolehnya.”
“Kau kena cakap dengan Ummar Qayyum,” desak Puan Sri Zalia.
“Saya dah cakap dengan Qayyum. Dah berbuih ma. Qayyum kata dia hanya yakin kalau mulut Ren sendiri yang berkata demikian. Kita tak boleh buat apa-apa lagi ma,” tegas Rais.
“Kau kena tolong adik kau Rais.”
“Memang saya nak tolong tapi Ummar Qayyum pun ada hati dan perasaan mama. Dia dah banyak bertolak ansur.”
Puan Sri Zalia mengeluh.
“Nampak macam Qayyum saja yang terhegeh-hegeh. Dari dulu lagi Ren buat hal tak habis-habis. Kali terakhir dia datang sini masa kenduri, mana Ren turun pun. Hampalah dia.”
“Kasihan adik kamu Rais. Kamu tahu kan Ren sayangkan Ummar Qayyum.”
“Kalau dia sayang, dia kena cakap. Dia kena belajar buang egonya yang tidak menentu itu.”
Terkedu Puan Sri Zalia mendengarnya. Dia kebingungan.
“Percayalah mama. Kalau ada jodoh mereka, adalah.”
“Tapi Ummar Qayyum dah nak pergi.”
“Biar Ren muhasabah diri. Kita tengok saja macam mana,” ujar Rais yang seperti sudah berputus asa dengan sikap Rania.
Rania yang bersembunyi tidak jauh dari tempat ibu dan abangnya berbual mendengar semua. Hancur hati Rania mendengarnya. Sedarlah dia kesan sikapnya selama ini.
Salah akukah selama ini? Kalau benar alangkah berdosanya aku pada Ummar Qayyum. Perlahan-lahan diheret kakinya naik ke kamarnya semula.
Ringan tangannya hendak mendail nombor Ummar Qayyum sekali lagi tapi dia hilang keberanian.
Allah! Kalau aku telah secara sedar atau tidak, menyakiti satu jiwa, ampunkan diriku yang lemah dan tidak berdaya ini. Aku ingin sekali mencium bau syurga bersama Ummar Qayyum. Barangkali sudah tawar hatinya padaku. Aku serahkan diriku ini pada-Mu. Kalau ada jodoh antaraku dengannya, temukanlah Allah. Kalau ada jodoh antaraku dan Ummar Qayyum, temukanlah Allah. Kalau ada jodoh antara aku dengan Ummar Qayyum, temukanlah Allah.” Kedua-dua mukanya diraup. Dia berasa sedih bukan kepalang.
Andai itu takdir hidupnya, dia terima dengan lapang dada. Andai itu suratan nasibnya yang telah tersurat, tidak sedikitpun disesali alur hidupnya. Dia sedar semua itu adalah dugaan Allah untuknya.
Tidak diberikan dugaan yang tidak termampu ditanggung oleh makhluknya. Kata-kata seorang ustaz bergema di gendangan jiwa. Kerana aku insan lemah, aku harus redha. Kalaulah apa yang datang itu berpunca dari kelemahanku, kini kuserahkan diriku sepenuhnya pada Allah untuk membuat keputusan perjalanan hidupku. Hanya Allah yang maha mengetahui.
Itulah doanya sesudah selesai solat Subuh di pagi Jumaat yang dingin. Sesudah itu dia mengaji sementara menunggu mentari mulai mengintai di bumi yang masih hidup dan bernyawa ini. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sebaik sahaja jalur cahaya mentari menyapa bumi. Kemudian solat sunat Dhuha disusuli. Dengan doanya sekali. Dia berasa tenang bagai bermukim di kaki bukit yang tidak ternoda.
Sunyi tanpa secuit bunyi.
Telekung dibuka. Seperti biasa dia bersidai seketika di jendela yang mengadap padang rumput menghijau. Bau rumput yang sedang dipotong menyegarkan mindanya. Dia teringat Halim. Pada saat-saat akhir Halim memutuskan untuk menarik diri. Siapakah yang mempengaruhi Halim? Allah yang menggerakkan hatinya. Untuk apa? Dia berteka-teki sendiri. Biarlah. Terkenang pula pada abangnya Rais yang akhirnya tekad memutuskan masjid yang dibina bersama Haryati.
Mata hatinya melihat Rais bahagia dengan jalan yang dipilih. Mudah-mudahan begitulah. Ibunya, ayahnya dan insan-insan lain datang satu persatu. Memberi nasihat dan sentiasa menyokong dalam senang dan sukar.
Malam pun datang. Berhijrahlah Ummar Qayyum malam ini. Entah bila aku akan bertemunya lagi. Kalau itu yang terbaik buat Ummar Qayyum. Doaku akan sentiasa mengiringinya.
Rania bangkit dari katil dan bergerak ke jendela.
Dari jendela kamar, dapat dilihat dengan jelas wajah langit yang gelap. Bintang-bintang berselerak. Bulan meninggi. Banyak benar. Desir angin malam yang lembut tidak mampu mengilhamkan angan-angan indah apatah lagi mencerahkan warna hatinya yang kusam.
Sepikah aku? Dia teringat sebaris ayat nukilan Imam Ghazali.
“Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”
Ya, dia sentiasa memerhati. Tuhan! Aku ingin selalu dekat dengan-Mu.
Sebuah kapal terbang terapung di langit kelam.
Selamat berhijrah Ummar Qayyum. Panjang umur kita bertemu! Rania menutup jendela. Seperti dia menutup diari hidupnya untuk hari itu.
Tamat
Sumber: Metro
Oleh Samsiah Mohd Nor
Korang jangan nak cari Novel bersiri Cikgu Rania Siri 41,42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50 dan seterusnya. Bukan apa, ramai je yang cari siri 41, 42. Dah habis dan tamat setakat 40 je la. Final. At-tamat.
p/s: Aku cari siri 1-10 tak jumpa la. Mana ada ya? Siapa ada, kongsikanlah kepada aku.. Sharing is caring, kan?
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

salam...
BalasPadamthx coz masukkan dlm blog..patutlah sya g cari kat book store tak de novel ni,rupanya just a cerpen....by the way thx for the info...tentu best kan if penulis sambung ceta...tp best ceta mcm ni coz ade jer ceta mesti happy ending kan...but the real life wasnt same...