Assalamualaikum.
46 hari parent tinggalkan aku bersama adik-adikku. Hanya bertiga.
Sepanjang tempoh tu, aku lebih rajin. Ui, nak menjaga maintenance rumah ni beserta kawasan sekitarnya (halaman) dan ladang getah, agak berat.
Aku bukannya merungut, sekadar bercerita.
1. Paling terasa bebannya, dapur. Ada dua orang saja, adik-adikku tapi mangkuk pinggan kotor banyak. Masa mak ada, tak terasa sangat walaupun hidup berlima. Mungkin mak rajin basuhkan pinggan mangkuk. Sekarang ni, aku la. Bukannya aku tak rajin basuh, tapi terasa tiada penolong. Haha~ Tak pe hal kecil je.
2. Then, masak. Masa mak ayah ada, aku jarang masak. Bukan aku tak masak, kadang-kadang masing-masing nak masak sendiri, jadi biar je la. Tapi dalam tempoh ni, aku dah rasa pandai memasak. Macam-macam aku masak. Suka =)
3. Kami adik beradik pun rasa lebih akrab dan rapat. Kakak-kakakku yang duduk jauh selalu bertanya khabar melalui telefon dan balik masa Raya Haji semata-mata nak bersama kami. Kalau tak, mesti sunyi je kan raya tu =)
4. Aku menjaga kawasan halaman dan ladang. Penat juga, hari-hari juga aku turun. Tebas-tebas. Tanam pokok. Berat juga kerja tanam pokok.
Then, aku dah malas sebab hari-hari turun, tak nampak pokok membesar sebab setiap hari tengok. Kalau terlalu cerah pun, tak elok untuk akar pokok sebab hujan dan angin yang kuat. Kang tercabut, lagi susah. Jadi aku selang dua hari sekali. Then seminggu sekali. Sekarang ni dah semak balik sebab hujan, tak dapat nak jenguk.
Pokok ubi kayu pun ada.
Pokok getah yang lagi satu pun kena berjaga. Selalu aku tebas-tebas. Masukkan ubat.
5. Jaga lembu. Selalu je sekarang ni tangkap anak lembu yang baru lahir dan cuci pusat dia. Kasi ubat. Ibu dia garang, selalu nak sondol kalau kita dekat anaknya.
6. Aku pun rapat dengan kucing-kucing. Paling rapat dengan Adik Kecik.
7. Kasi ayam-ayam makan (kadang-kadang). Bagi ikan-ikan makan (kadang-kadang terlupa). Adoi~
8. On line sampai 3-4-5 pagi.
9. Sekarang ni, aku dah tengok tv juga. Dulu masa mak ayahku ada, aku jeling-jeling je tv. Rancangan 8tv nitelive menjadi kegemaranku. Tapi kalau ada encik Baki je la aku tunggu sampai habis rancangan tu, pukul 2 pagi. Kalau ada Meo, malas la. Dia tak pandai buat lawak. Serius je. Guibo dah makin cool sekarang ni. Laksanana Johor!
Aku selalu fikir, peninggalan ibu ayahku, aku kena anggap seperti mereka pergi tak kembali. Maksudnya, bayangkan kalau mereka tak kembali, bagaimana hidupku. Rindu? Ya, itu sudah pasti bertamu.
Mujur dapat bercakap telefon dengan ayahku, dapat meluruhkan segala rindu yang terpendam (masa awal-awal hari tu). Tapi sekarang ni, aku malas nak angkat telefon rumah sebab kadang-kadang yang call tu servis apatah. Sakit hati je. Lagipun orang tak de bf memang tak ambik kisah pasal telefon. Hihi~
Kesimpulan
Baru terasa betapa susahnya dan berat juga menjadi suri rumah dan kena jaga harta peninggalan (macam suami pergi keluar pula). Apabila parent aku balik, belum tentu semua perkara ini akan diteruskan. Kenapa? Entah, aku tak tau nak jawab macam mana.
P/s: Gambar dari hasil googling.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.
memang kaw-kaw lah rajin dia...hihihi....
BalasPadamrajin kak sha...
BalasPadamdah boleh kawen ni, hehe :Pg
BalasPadamseorang kakak y btanggungjawab!hee..
BalasPadamtahniaahhh..:)..dah boleh kahwin da ni..hiii...
bestnya jaga anak lembu..xpnh tgk dkt2..takut..huuu
Rajinnya akak sha (:
BalasPadamitu yg terbaik :) rajin tol dye
BalasPadamcikgu Abbas: mana ada biasa je. =)
BalasPadamAnis: rajin2 kak sha, anis lagi rajin kot. hehe~
BalasPadamMad Khaz aka Azri: jom kita kahwin. haha~
BalasPadamApa la ko ni wei. Mana ada. biasa2 je la.
Ira: dah jadi kakak, mestilah berusaha jadi yg terbaik.
BalasPadamterima kasih. Kahwin? erm, tak de calon.
lor, pergi la tengok haiwan. Zoo pun ada =)
Raisya: kak sha tak rajin pun, sayang =)
BalasPadamAcik: biasa2 je.. =)
BalasPadamapa yg terbaik ni.