Langkau ke kandungan utama

Akhirnya, Tak Sia-Sia Usahaku. Syukuurrrr Bangat

Assalamualaikum.

Aku ada cerita nak kongsikan. Akhirnya, tak sia-sia usahaku. Syukuurrrr bangat. Apakah? Jom baca.
(* tak dapat nak masukkan gambar, line slow. TQ)

Hari ni, aku rasa happy sebab: 

Pokok Jagung

Benih jagung yang aku semai tu akhirnya hidup kat tempat yang ditanam. Aku happy gile sebab hari tu dan kelmarin aku pergi tengok, tapi hampa. Ye la, tempat aku tanam tu mungkin tak subur dan ada semak sikit.

Petang tadi, aku saja dan sengaja untuk jenguk lagi kawasan tempat aku tanam benih jagung tu (masih tak terima kenyataan semuanya tak hiidup). Tetiba aku nampak satu lubang tu ada anak pokok jagung. Gembiranya aku. Naik satu pun dah ok la kan daripada tak ada langsung.


Kebarangkalian Tumbuh


 Sebenarnya kebarangkalian nak tumbuh tu kecik sikit sebab selain tak berpagar dengan elok, ianya juga terdedah kepada mahkluk yang boleh memusnahkan anak jagung seperti ayam makan dan siput babi jihat. Memang mati la kalau kedua-dua jenis makhluk itu jumpa benih jagung.

 
Harapan

Aku memang berharap sangat yang pokok tu akan hidup. Lagipun, aku dan mak ada bercakap mengenainya.

"Nanti mak balik Mekah, tunggu dalam 10 hari, boleh la makan jagung,"

Aku mengharapkan mak aku balik dengan selamat. Ye la, orang kata pergi Mekah ni ibarat perjalanan yang tak akan pulang kembali. Kalau dapat balik dengan selamat tu maknanya, diberi peluang untuk bernafas lagi.

Aku juga akan belajar daripada perpisahan ini supaya bersedia dengan perpisahan yang bakal berlaku.
Hari tu ayah telefon, rasa lega sangat. Ye la, perpisahan ini bertemu kembali. Kalau perpisahan sebenar, tak akan bertemu lagi. (Sedih).

Eh, aku nak cerita pasal kegembiraan, tetiba bertukar sedih pula. Ok, jom sambung cerita pasal pokok jagungku.


Banyak menyusul


Aku kerat pokok kayu untuk buat pancang supaya orang lain pun perasan akan kehadiran pokok yang aku tanam. Kalau tak, kang diorang tebas pula, meraung la aku. Hihi~ Bila aku dah pacakkan kayu, nampak kat lubang lain pun ada juga pokok jagung. Banyak la jugak. Gembiranya.. Syukur, ianya selamat tumbuh dan tak mati.


Perasaan


Korang tahu tak macam mana perasaannya pokok kita tanam tumbuh? Pokok yang kita tanam ni macam kita ada baby tau. Rasa seronok sangat tengok ianya membesar.

Kalau korang tak tau, korang cuba la tanam pokok. Aku cadangkan korang tanam pokok yang boleh makan, lagi korang akan rasa berbaloi. Macam sayur la, cepat nak merasa hasilnya. Jangan tanam pokok durian, jenuh nak menunggu untuk merasa hasil dan akan rasa give up. Haha~


Kesimpulan

Berbudi kepada tanah tidak akan sia-sia.
(Eh, kenapa tetiba aku rasa macam ada kaitan dengan kerja Abu? Ada sesiapa nak jawab tak?)

Korang pernah tanam apa-apa tak? Apa perasaan?

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. Saya penah tanam pokok laici..
    Tanam punya tanam abg saya terpotong time menebas rumput.. Hampeh...

    Susah kot nak cari biji benih laici.. Adoi~~=(

    BalasPadam
  2. sebelum ni kak bui ada tanam jagung dgn budak2 khas di kelas..alhamdulillah sampai 4 round kami dpt makan jagung tu..

    sha..kak bui dh try masukkan link blog sha tp masih jugak jadi blog lain..pelik sangat..

    BalasPadam
  3. ahaaa.. dapat faham..
    tapi.. aimn faham ap yg aimn rsa bila ajr bdk tak tau apa2 sai math, skrng dah boleh ajr org lain tntang math..

    great aite perasaan tuh.. syukur :)

    BalasPadam
  4. wah bercucuk tanam ye..
    baguslah..nt bleh pos laju ke johor ye :)

    BalasPadam
  5. weeeee
    gud2
    bagusnye kak shaaaa
    ajen no tanam jagung
    hehehe
    kite antu jagung
    wee..semoga mak dpt tgk hasilnye nnti
    weee
    insyaAllah=]

    BalasPadam
  6. bleh la anta kt udin sket nnt.. :P hehe

    BalasPadam
  7. Peyan: lain kali buat la pagar. Tanda supaya orang perasan itu adalah pokok bernilai. =)

    Laici? Mana nak cari pokok tu.. Susah kot nak dapat.

    Tak pe, tak pe, boleh tanam lagi =)
    Tanam pokok ni adalah sedekah dan amal bekalan kita juga yang akan terus sampai wlp kita dah mati.

    Masa duk rumah sewa, kak sha tanam sayur-sayur dan pokok-pokok. Yang bestnya, kawan-kawan nak keluar rumah tu, cabut pokok betik yg mak kak sha tanam dan diorang tanam kat rumah yang diorang menginap sekarang ni. Dah boleh banyak kali makan buah betik.

    Bila je masak, diorang bagitau kak sha. Diorang cakap pokok tu dah berbuah dan boleh makan. Bahagia je rasa. Tapi bukan Kak Sha yg tanam, kalau tak, mesti lah lagi happy. So, bagitau kat mak, sebab mak yang tanam. Hehe~

    Mula-mula tu, diorang cakap "lebih baik tanam pokok bunga dari tanam pokok sayur" dan "buat semak je tanam pokok-pokok tu". Pergh, berdesingnya telinga! Kak sha diam je la.

    Tapi sekarang, see diorang yang dapat makan (sebab kak sha masuk duk dlm kampus). Bukan kedekut. Tak kisah pun, dah rezeki diorang. Kalau diorang tak makan, bagi rezeki tu kat yg lain pulak =)

    BalasPadam
  8. Sis Bui: Wah, best la..

    Buat jagung bakar ke, corn cup ke. Bestnya. Mesti rasa berbaloi, kan? =)

    BalasPadam
  9. Sis Bui: pasal tak dapat nak masukkan tu, sha pun tak tau kenapa. Selepas blog kena remove, terus tapak jadi tak berapa kuat.

    Sedih =(

    BalasPadam
  10. Aiman: pun boleh =)

    Rasa best kan? =)
    Wah, dah ada anak murid. bagus2 =)

    BalasPadam
  11. Sis: ya. sikit je.. Tapi mesti nnt buahnya jadi banyak. Suka2 =)

    Mai Kedah kalau nak makan. Haha~

    BalasPadam
  12. Aimie: Tak rajin dan bagus mana pun. Biasa2 jer =)

    Harap2 la dapat la mak tengok pokok tu. Ni yg nak kena berusaha jaga dan sayang lebih pokok tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker