Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (5)




Assalamualaikum...


Kembali kepada entri peribadi dalam koleksi Perihal Seorang Aku... Sha (5).. Hehe.


Apa lagi la minah ni nak kongsikan lagi kan? Bernanah telinga, kan? Haha~


 Jom la baca.. Sedikit sebanyak korang boleh kenali aku, kan? Eleh, poyo jer minah ni, macam la ada orang nak ambil tau pasal ko.. Ah, tak kira, korang sayang aku, kan? Jadi korang kena baca jugak. Haha~

Ok, kali ni, aku nak update untuk Aku Dah Puas Berusaha dan tulis untuk entri kali ni.


Update: Dia hubungi aku dan akhirnya setelah berbincang, dia minta aku jangan ganggu dia lagi. Tak ganggu? Boleh. Tapi kadang-kadang aku rindukan dia jugak sikit-sikit. Hehe~ Gedik la lu, Sha.  Eh, mana ada, standard la rasa rindu tu.


Ok la, aku pun faham dia tak nak aku hubungi dia lagi. Tapi bila aku mahukan kepastian, dia pun tak dapat nak bagi feed back. Aku tahu, bagaimana hatinya saat ini. Tapi, aku cuma mahu dia yang aku kenal, dia yang ceria. Maaf, aku tak dapat nak letak namanya di sini. Cukuplah aku namakan A saja.


Kadang-kadang terfikir jugak, apa yang aku kejarkan dalam sesebuah hubungan? Orang kata biarlah kita memilih orang yang menyayangi kita. Erk, ada ke? Ada, si A tu. Tapi, aku tak cukup kenal dia lagi. Dunia sekarang ni, macam-macam yang terjadi.


Aku pun tak berani bawa dia datang rumahku untuk diperkenalkan dengan orang tuaku. Maknanya aku tak yakin dengan dia. Adakah aku tidak memberinya peluang? Oh, tidak, he's not my taste ever.


Ayat-ayatnya seperti seseorang. Oh, tidak! Aku tidak mahu perkara yang sama berulang. Cukuplah sekali sahaja. Aku belajar dari kesilapan dan sejarah semalam untuk aku jadikan pengajaran. I wont put my self in the same situation!


Masa kat kelas malam pula, aku berselisih dengan seorang mamat. Uii, hensemnya. Dia senyum, aku balas dengan malu-malu dan sopan.


Kat dalam kelas pula, waduh mamat ni, pandainya cakap. Gentlemannya.. Tapi, aku takkan kacau kerana dia memang hak orang. Orang yang belum kahwin tu la yang nampak sweet dan cute jer. Nasib baik aku ingat akan tujuan aku di situ, nak belajar bukan nak menggatal.


 Kemudian datang pula seorang budak tamat yang tak pernah turun kelas, sebab baju tak ada katanya. Uii, mancungnya hidung, macam hero kesukaanku, Lee Min Ho.. Haha~ Sweet jugak budak ni.



Adoi, aku jadi macam ni sebab pengaruh cerita Boys Before Flowers la ni. Isk, isk.. Asyik nak tengok lelaki jer. Teruk betul la penangan drama ni. Korang dah tengok belum?


Ok la, tutup pasal update.


 Sekarang ni nak cerita pasal entri kali ni pulak.

Aku ni kalau cakap dengan kawan yang aku selesa, kadang-kadang terlupa ada orang sebelah or neighbour. Haha~


Kalau aku nak gelak, memang aku express my self fully. Tak de nya nak control ayu lagi dah. baru la puas dan hilang segala stress tu. Nasib baik la gelak aku ni tak kuat sangat. Jadi, kalau gelak pun orang tak kata la teruk benar anak dara tu gelak. Just, macam biasa-biasa jer.


Tu dengan kawan yang aku biasa dan selesa jer. Tapi kalau dengan orang baru kenal dan tak kenal langsung, aku ni amatlah pemalu..


Ok, macam ni. Tadi aku lepak dengan kawan-kawan aku. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Sebelah kami ada sekumpulan lelaki duk semeja. Tepi ada orang juga, depan pun. Kiri kanan, depan dan belakang ada orang. Kebanyakannya lelaki.


Aku selesa dengan diorang ni. Dah selalu jugak lepak bersama. Bila? Korang tak tau pun? Rahsia la. Hehe~ Aku terpaksa rahsiakan sebab ada sebab tertentu. Kalau dah orang minta kita rahsia, kena la rahsiakan, ye tak? Dah orang percaya pada kita, takkan nak pecah amanah dan khianat pulak, kan?

Antara kami bertiga ada la suatu hubungan unik yang sukar untuk diceritakan di sini. Dan aku pun tak nak cerita sebab tak nak ada salah faham pulak.


Ada sesuatu kami bincangkan. Aku terangkan berkali-kali tapi si mamat ni mula-mula faham. Kemudian tak faham pulak. Tetiba aku cakap tanpa aku sedari:" Sayang..., "


Kebetulan pada waktu tu TV yang tadi rancak dan agak menusuk pendengaran telinga aku terdiam. Mamat-mamat yang ada di sebelah semua tu pandang aku. Dah tu, sah-sah la mamat depan aku dan minah sekali ni berubah wajah.


Erk, sorry aku tak sengaja, mungkin dah biasa.. Aku tak de pape perasaan dengan mamat ni. Mamat tu mula tersenyum dan minah tu mula mencebik, cemburu. Reaksi aku? Aku buat tak tau jer dan terus je terangkan apa yang aku nak terangkan tadi. Harap-harap diorang tak panjangkan isu ni. Kalau tak, malu la aku.. Hihi~


Sebab apa aku terlepas cakap macam tu? Sebab aku dah terbiasa kot. Kalau nak marah, cakap macam tu. Kira sweet jugak la orang dengar kan? Tak de la nak maki-maki. Hihi~

Ok la, no hal sebenarnya.. Itu lah, harap sangat diorang tak salah faham. Pasal orang sebelah tu, lantak la. Aku tak kenal pun diorang sape. So, tak de nya aku nak kisah. Aku pun ada hak jugak nak duk kat meja sebelah diorang.


Aku pun rasa freely jer nak gelak-gelak kat situ. TQ la pada kedua-dua orang kawan aku tu sebab make my day happy! :-) Aku ni dah sedia happy, ditambah dengan kawan-kawanku di sekeliling yang membuatkan aku happy sangat. TQ again.

Korang tak nak join aku ke? Jom la join


Biar ramai kawan, hidup baru happy.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker