Assalam.
Aku sekarang ni melalui hari-hari yang menggembirakan. Sangat gembira. Tapi aku rasa agak sedih. Tetiba rasa nak nangis. Tetiba rasa bersalah.
Ah, apakah makna di sebalik petanda ini?
Adakah kerana aku tidak lepaskan segala kesedihan yang terbuku di hati?
Adakah kerana aku dah nak dijemput pulang?
Kenapa aku rasa bersalah? Kenapa aku rasa sedih. Sungguh. Di hati ini ada terselit rasa pilu seperti awan yang terpilu..
Adakah kerana aku bersalah melukai perasaan orang lain? Benar, aku juga terasa dengan kelukaanmu!
Kepada A, aku minta maaf. Aku ingin menghubungimu namun aku risau ia bakal mencalar naluri keegoanmu. Aku pentingkan egoku? Tidak.
A, aku akan mohon supaya kau memaafkan aku dan menerima aku sebagai temanmu. A, kau tahu tak, yang aku sangat terasa dengan tingkah laku dan tindakanmu? Aku rasakan kau kejam dan zalim membiarkan aku menderita dek kerana tusukan panah penolakanku sendiri.
A, andai aku datang dari tulung rusuk kirimu, di situ lah tempatku; andai ada jodoh kita, aku rela menjadi milikmu. Tapi perlukah lagi aku merasa perasaan seperti ini lagi selepas bernikah nanti? Ia sungguh menekan perasaanku.
A, aku tahu kau terluka. Tapi mengapa aku sekali kau seret dalam kelukaanmu? Andai ini sikapmu, biarlah aku membujang sampai bila-bila.
A, aku teringat kata-katamu tempoh hari, "kalau tak dapat kahwin dengan Sha, biarlah saya membujang sampai ke tua. Saya cuma suka Sha sorang saja.
Saya berkenan dengan Sha. Sha baik. Sopan."
Oh Tuhan, aku tak tahu bagaimana untuk aku hadapi semua ini. Berikanlah aku kekuatan, ya Rahman, Ya Rahim...
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
sedihnyeeewwww.. haha~ tiru Anwar Hadi
BalasPadam