Langkau ke kandungan utama

Layan Drama Bersiri Dari Layan Hati..



Apa perasaan aku sekarang ni? Hepi ada jugak.. Tenang sikit. Alhamdu lillah, dah kembali ok. Jadi, aku ambik tindakan giler semalam. Aku tak tidur semalaman. Berdepan dengan laptop jer. layan cerita lagi best dari duk layan perasaan yang amat menyakitkan dan menusuk perasaan. Ok la, daripada tak dapat nak tidur. Kalau tidur plak, fikir macam-macam. Sedih-sedih plak.






Kalau korang nak tau, aku baru jer balik dari Majlis Penutupan Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFVPM) di Dewan Muadzam Shah (Dewan MAS), dari pukul 8.30 malam ke 12 lebih baru balik.  Tong tang, tang ting, dengan rumet dan kawan yang selalu lepak tidur bilik aku ni, pukul 3, semua terkejut sebab tak sedar masa berlalu.

 Jom tengok gambarnya.

Ni pic masa nak pergi. Saja la ambik gambar.. Ada plak yang kata tak nak ambik gambar lagi. Ala, rileks la.. Masa pergi la penting untuk ambik gambar, sebab tak letih lagi. Muka pun ceria lagi. Betul tak?


Satu jer pic yang nak ditunjukkan. Hehe~ Ada lagi pic lain. Tapi tunggu dulu, k. Bak kata orang Utara, 'tunggu sat'..


Sangat best, ok.. Enjoy sangat. Hilang masalah dalam kepala otak aku yang berserabut ni. Sangat suka that relief. :-)




Aku layan cerita apa? Layan Korea. Sebenarnya malas nak tengok tapi dek kerana merindui Dong Min Si, aku kena la tengok versian Korea plak? Dong Min Si, sape tu? Jerry Yan, ahli F4. Ala, cerita seluruh Asia beat, Meteor Garden dari Taiwan.


Korea plak diorang bagi tajuk Boys over Flowers. Hero dia nama Gu Jun Pyo, muka pun lebih kurang Jerry jugak. Pandai diorang cari pelakon ek.






Ha, kan dekat sama jer karekter diorang ni.. Jerry Yan vs Lee Min Ho

Sebenarnya, aku malas nak tengok bila housemate aku ajak tengok masa tahun 2009. Sebabnya pada aku Meteor Garden lagi best dan tak de orang dapat tanding Dong Min Si aku. Haha~ perasan betul la  minah ni. Tengok pic atas sekali entri ni.. Wah..


Dah tu plak, banyak yang diorang tiru sebijik. Cuma part duk rumah toproof tu tak de dan heroin mana ada adik. Aku ingat lagi tau walaupun aku tengok kat tv jer cerita tu sekali dan belum ada ulangan tengok pun. Nak lebih info klik sini asianmediaramblings atau roshridz



Tak pe la, tak de nak bosan sangat kan tengok cerita sama jer. Sebenarnya cerita ni berasaskan manga Hana Yori Dango, cerita Jepun. Jepun pun ada buat cerita ni.

ni Jerry











Ni plak Lee Min Ho







Uii, kalau la dapat laki macam Dong Min Si atau Gu Jun Pyo, jenuh la nak jaga dan kawal. Tapi,  yang aku suka dia sangat menyukai heroin tu jer. Orang lain dia tak pandang pun. Setia giler.


Ada juga lelaki yang buat kerja giler macam si hero ni pada aku. Tapi dia kurang harta kot, aku kurang pandang. Haha~ Tak de la, bukan sebab harta tapi sebab.. Entah la, susah aku nak terangkan. Kalau nak tau lebih, korang baca la link yang aku sediakan ni. Korang akan faham.

perihal seorang aku sha-4.
perihal-seorang-aku-sha-3.
perihal-seorang-aku-sha-2.
perihal-seorang-aku-sha-1.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. yup...habiskan cerita ne dalam masa 3 hari sahaja...huhu, percaya x??

    BalasPadam
  2. mmg percaya sebab sha habiskan 2hari setgh.. haha~

    BalasPadam
  3. SA x brkesempatan lyan cite korea..huhu

    BalasPadam
  4. kenapa SA tak sempat layan cite Korea?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker