Langkau ke kandungan utama

Resipi Kerabu Jantung Pisang Kedah, Mangga Pelam, Ikan Bilis, Kelapa Parut, Kerisik, dan Kunyit Muda

Resipi kerabu jantung pisang Kedah, mangga pelam, ikan bilis, kelapa parut, kerisik dan kunyit muda ini diolah oleh Sha sendiri yang mana sesuai untuk tekak Sha dan suami. Anak-anak tidak makan kerana tidak tahan pedasnya.

Kisahnya, Ahad semalam Sha pergi beli barang-barang dapur basah yang rasa nak tambah. Ikutkan tak tahu juga nak masak apa. Tapi memang nak beli cili padi dan limau nipis, juga serai. Harraz ikut. Hana ada dengan ayahnya. Sekali, depa pun mengekor ke sana juga. Aigooo.

Sha nampak petai. Ambil petai 6 papan. Ternampak jantung pisang. Aha, lama tak makannya. Duk nampak kerabu jantung pisang dengan ikan bilis je ni. 

Beli kelapa parut, kunyit muda, ikan bilis, cili padi, limau nipis dan serai. Mangga dah kutip di bawah blok.
Kerisik dah bayar baru teringat. Masuk p cari kerisik pula sementara Harraz tunggu kat depan kedai sebentar.

Resipi Kerabu 

setengah jantung pisang saiz sederhana
1 genggam ikan bilis -rendam dan basuh
8 biji cili padi - dihiris nipis
4 ulas bawang merah kecil -dihiris nipis
3 inci halia -dihiris nipis
5 ulas kunyit muda -dihiris nipis
2 batang serai -dihiris nipis
1 genggam kelapa parut
2 sudu besar kerisik
1 biji mangga muda -dihiris memanjang

1 sudu makan gula
secubit garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Panaskan air di daam periuk. Bersihkan jantung pisang. Potong nipis-nipis. Cepat-cepat masukkan ke dalam air yang sudah mendidih. Sebabnya tidak mahu jantung pisang berubah warna hitam akibat dari getahnya. 'Udang' jantung pisang, kena buang yang ada bunga-bunga di dalam. Ia punca jantung pisang pahit.

2. Setelah jantung pisang lembut, angkat dan toskan. Sha suka perahkan airnya. Sebab baru sebati dengan kerabu. Jika tidak diperah, rasa air. Juicy.

3. Kesemua bahan bahagi dua bahagian. Ya, semua. 1 bahagian untuk tumbuk. 1 bahagian masukkan terus ke dalam bekas kerabu.
Suami Sha suka kalau semua bahan-bahan hancur. Kalau dia nampak serai dan halia, terus dia tak makan. Bila dah tumbuk sebati, sedap jadinya.

4. Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk lumat ke dalam bekas kerabu, masukkan gula dan garam. Kacau sebati. Sedia untuk dihidangkan.

Sha tak masukkan belacan dan limau nipis kerana sudah cukup rasa, kerana masam dari buah mangga dan bawang. Santan juga Sha tak masukkan sebab nak makan lama, elak basi awal jika letak santan.

Sha simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk untuk tahan lama sebab ada masukkan kerisik.

Suami Sha semalam cakap, rasa tak sempat sampai malam ni, sebab sedap sangat. Malam pula, dia tanya mana kerabu, ingat dah habis sebab sedap. Hahaha, lucu pula rasa..

Selamat mencuba!

 Terima kasih singgah sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker