Sempena nak comeback konon-kononnya, maka Sha kena ikutlah 30 Hari Menulis. Jadi, tugasan menulis hari pertama ialah describe your personality..
Sha dilahirkan sebagai seorang yang memiliki personaliti yang sangat pendiam dan sangat pemalu. Sha juga seorang yang sensitif, mudah tersenyum dan mudah mula mengalirkan air mata.
Semakin lama mengharungi liku-liku kehidupan dan aktif semasa belajar dulu, sifat pemalu dan pendiam itu telah berjaya dihakis. Adik-adik angkat Sha tak percaya bila dikatakan Sha ini seorang yang pendiam dan pemalu. Sebab mereka kenal Sha bila Sha tidak menunjukkan karektor sebegitu.
Bila dah besar, rasanya sifat-sifat tersebut yang sangat pendiam dan pemalu itu tidak membawa kebaikan. Komunikasi yang baik dan berkesan itu adalah sangat penting di dalam kita melalui kehidupan.
Ada lagi nak cerita. Tapi setakat itulah sahaja untuk hari ini, di entri ini.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih sudi singgah di sini. Sampai jumpa lagi, insya-Allah.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.