Langkau ke kandungan utama

Amarah Kepada Suami Yang Sangat Penting Diri Sendiri

Izinkan aku untuk melepaskan amarah kepada seorang suami orang yang aku pun tak kenal tapi kisahnya sampai sekarang membikin hati aku sebagai seorang isteri (walaupun bukan isterinya) terasa sangat-sangat. Suaminya sangat pentingkan diri sendiri! Tidak fikir panjang dengan keputusan yang diambilnya.
Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu, di selatan tanahair. Kisah mereka aku ikuti setelah viral kematian isterinya, di platform Facebook dan membaca berita setelah pengkebumian jenazah isterinya. Jadi, fahamlah aku bahawa mereka sudah memiliki seorang anak berusia satu tahun dan si isteri hamil dengan kandungan berisiko kerana dirinya mempunyai penyakit kronik yang lain.

Doktor telah nasihatkan bahawa mereka hanya boleh mempunyai seorang anak kandung sahaja lantaran isterinya sakit. Senang cakap, tidak boleh mengandung lagi kerana risiko ke atas kesihatannya. Doktor telah nasihatkan sebelum mereka bercadang mempunyai anak kedua. 

Namun, mereka tidak mengendahkan nasihat pakar perubatan tersebut. Mereka merancang untuk mendapatkan anak kedua. 

Mereka sangat gembira apabila disahkan mengandung anak kedua, seperti yang dirancang. Mereka menjalani hidup seperti biasa. Namun, jeng jeng jeng...

Apabila kandungan cecah 7 bulan, sesuatu telah terjadi dan keadaan kacau-bilau. Isterinya terpaksa ditahan di wad kerana kesihatannya merosot. Akhirnya, doktor memberi suami pilihan. Nak pilih sape untuk diselamatkan, isteri atau anak yang dalam kandungan?

Si suami ni boleh pula duk susah hati sebab salah seorang sahaja yang boleh diselamatkan. Katanya, dah sayangkan baby. Eh, tahu lah kau sayangkan baby tapi belum ada kenangan. 

Betullah, mahkluk Allah ni pilih anak yang kena duk dalam NICU daripada selamatkan nyawa isterinya. Sanggup dia korbankan nyawa isterinya, demi seorang baby yang bakal susahkan dia nak kena jaga, bagi susu, tukar lampin, asuh dan didik. Dah la ada seorang lagi anak kecil. Susah nak jaga tu. 

Apa sebab dia benci sangat kepada isterinya? Adakah isterinya tak pernah membahagiakan dia ke? Ke maknya, duk cucuk suruh cerai dan kahwin orang lain?

Kalau suami misali, dia akan tak teragak-agak pilih selamatkan nyawa isterinya. Kena ingat sama, isterinya itu ada mak ayah, famili, kawan-kawan yang sayangkan dia. Ada kenangan yang banyak. 

Nasihat aku kepada pasangan, pertama ialah pakai kaedah merancang keluarga yang berkesan dan sayangi pasangan anda. Kepada yang mempunyai pasangan, sila ingatkan supaya selamatkan anda berbanding dengan anak yang berada dalam kandungan.

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker