Langkau ke kandungan utama

Day 3: A Memory

Tun Mahathir


Tugasan hari ketiga ialah a memory. Ternyata banyak memori tapi rasanya macam sedih-sedih. Sha tidak mahu menggamit memori yang tidak indah. Biarlah ia tetap segar di dalam ingatan. Gitu..

Pada masa itu, Sha bersekolah tingkatan enam bawah. Pada suatu hari, kami diarahkan ke dewan sekolah. Rerupanya, ada jemputan dari penulis puisi terkenal tanahair dan pelakon popular. Namanya, sudah tidak ingat siapa. 

Mereka mengajak untuk memasuki bidang yang mereka pelopori. Ada lah beberapa murid ke hadapan pentas untuk melakonkan emosi mimik muka dan bahasa badan yang dikehendaki seperti marah, merajuk, cemburu dan lain-lain lagi.

Semasa itu pun telah diberitahu bahawa sekolah seterusnya yang akan dijelajahi mereka ialah SMK Jitra, musuh sekolah kami. Mereka seperti memprovokasi kami untuk menghantar wakil yang berminat. Namun, itu sahaja lah. Ramai pelajar masih malu-malu. Termasuk juga Sha.

Tapi, tidak lama selepas itu, tahu tak apa yang terjadi? Sekolah kami mendapat tawaran lakonan pantomim yang akan dipersembahkan di hadapan Tun M dan VVIP sempena makan malam. Tun M pada masa itu telah bersara pada 31 Oktober 2003. Kira pantomim ni tribute to Tun M la.

Sha dan kawan-kawan berminat nak masuk. Maka, kami pun berlatihlah. Kelas memang tak masuk pun. Sebab ada latihan setiap hari. Lagipun belum ada peperiksaan besar. Adalah beberapa orang guru yang bising sebab tak masuk kelas dia, kan..

Pengetua sekolah, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahab pun berbesar hati memberikan kami makanan percuma pada setiap hari. Katanya, asalkan kami berlatih dan buat betul-betul. Beliau belanja kami pun bukan dari awal. Bila Cikgu Zamri bagitau yang Pengetua nak belanja kami setelah melihat kami berlatih, syukur tak terkata. Jimat duit poket. Hihi.

Sha dan Wiah memegang watak orang kampung. Teena memegang watak ibu mengandung manakala Fizah pegang watak orang tua.

Tapi, ... Tak apalah, biarlah korang tahu setakat itu sahaja. Hahaha.

Sekian, a short story about a memory.

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker