Langkau ke kandungan utama

Tips: Lama Betul Nak Buat Comeback Blog

Blog



Lama betul nak buat comeback untuk kembali aktif berblog. Sekurang-kurangnya kemaskini (update) sekali sehari, kalau tak mampu nak update tiga kali sehari. Update 3 kali sehari itu adalah terbaik sepanjang zaman. 

1. Update 3 kali sehari

Sejak aktif berblog tahun 2010, adalah jumpa tips berblog yang blogger famous buat. Dia akan update blog sehari sekurang-kurangnya 3 kali. Ala, korang kenal rasanya siapakah dia.

Bebaru ini, Sha juga ada masuk kelas untuk Tiktok, pun sama. Dia suruh update 3 kali sehari. See, kepentingan update.

2. Update isu semasa

Dia update isu semasa atau apa sahaja yang mahu diupdate new entry. Tapi biasanya nak rating tinggi, kena update apa yang orang cari. Contoh, bantuan kerajaan ke kemasukan ke sekolah ke.. Duit bloggingnya memang kaching-kachinglah. Cubalah, pasti berjaya, insya-ALLAH.

3. Setiap perenggan ada 3 ayat

Tips untuk Google Adsense pula ialah setiap perenggan ada 3 ayat. Ayat di perenggan pertama mestilah sama dengan tajuk. Sekurang-kurangnya, tiga perenggan dalam satu entri. Kalau lebih banyak perenggan lagi bagus.

Maksud Sha, ada banyak yang hendak diceritakan. Macam si A yang kita bicarakan di atas, dia buat ayat pendek-pendek dan perenggan pun tak banyak. Pendek sahaja penceritaannya. 

Kadang tak puas membaca sebab pendek. Tak hurai panjang. We want more, we want more! Hehe.

Sha lagi suka baca blog yang tak kejar Google Adsense sangat. Sebab mereka ikhlas menulis dan gambar pun banyak. Kalau entri biasa, letak 1 gambar sahaja. 

Sha pun dah terbiasa letak satu gambar sahaja. Alasannya dah lupa, baca tips dari blogger mana ntah sama ada nak ringankan blog atau nak bagi mesra SEO. Katanya.. 

Back to topic, semoga Sha diberikan taufik dan hidayah untuk kemaskini blog ini. Aaminn.

Semoga bermanfaat untuk semua. Marilah kita menulis demi masa depan negara. Eh!

Terima kasih singgah sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker