Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Cara Buang Jarum Implanon Setelah Cukup Tiga Tahun


Cara buang implanon, inilah alat-alatnya.

Bebaru ini, Sha ada mengunjungi hospital untuk temujanji membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun ditanam pada lengan kanan. Berikut merupakan pengalaman membuang jarum implanon setelah cukup tiga tahun.

Sebelum nak pergi buang itu, terasa berdebar. Memikirkan sakit ke tak? Risau sangat kalau sakit. Ye la, nak ditoreh isi untuk dibuang benda rod besi plastik mengandungi hormon. Jadi, Sha pun google lah terlebih dahalu. Risau wei..

Ramai dan banyak yang Sha jumpa, cakap agak sakit. Hmmm, tapi Sha teringat pengalaman kawan-kawan Sha cakap tak sakit pun. Jadi, Sha berpegang kepada itulah.

Appointment Sha pada 21 haribulan. Seawal pagi dah pergi sana. Tunggu giliran. Panggil nama untuk timbang. Kemudian dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Doktor tanya ada masalah apa tak semasa pakai implanon? Jerawat atau naik berat badan? Tiada satu pun masalah pakai implanon ni. Paling best pakai.

Doktor minta jururawat untuk meletakkan ais kiub ditempat implanon di lengan Sha. Dalam 5 minit macam tu. Kemudian, doktor sapu ubat kebas. Cucuk dengan jarum. Terasa lah sikit. Tak sakit. Doktor sapu lagi ubat kebas. Doktor cakap, tak apa, nanti dah tak terasa sakit. Kemudian, doktor toreh sikit. Kemudian, doktor cabut implanon dengan guna macam tweezer tu. Dua minit juga nak ambil keluarkan implanon tu. Tapi Alhamdulillah, ok je. Sebab cepat lah tu. Tak terlekat mana-mana. Alhamdulillah.

Secara ringkasnya:
1. Ais kiub
2. Cucuk
3. Ubat kebas
4. Toreh
5. Cabut
6. Tampal plaste kecil dan besar

Sakit ke? Seriau tak?
Tak sakit. Kalau seriau, paling kepala ke tempat lain.

Lepas mengandung dan bersalin, Sha berniat nak pakai implanon lagi. Mudah. Selesa. Doakan juga Sha mengandung dalam masa terdekat. Selepas cukup sebulan, terus datang bulan.

Untuk anda yang cari maklumat pasal cara nak buang implanon ni, tak apa. Jangan risau. Tak sakit. Macam masa pakai dahulu je. Doakan supaya cepat dan mudah dikeluarkan semula.

Boleh juga baca tentang:

pengalaman buat pasang implanon
sebab bersalin di hospital angkatan tentera (hat)

Terima kasih singgah sini

Ulasan

  1. Alhamdulillah tak sakit...masa saya pula sakit, rasa semua semasa 2 minit dia keluarkan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Alhamdulillah, tak sakit dan sekejap sahaja masa yang diambil.

      Padam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker