Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju |
Kenapa nak bersalin kat hospital angkatan tentara (HAT)? Sebab bersalin di Hospital Angkatan Tentera (HAT) berbanding dengan hospital awam. Ya, hospital tentera juga adalah hospital awam tapi hospital ini lebih sukar nak masuk check in. Ada syarat-syaratnya.
1. Kemudahan bagi staf Kementerian Pertahanan
Sebab nak bersalin kat sana adalah kerana ia adalah salah satu kemudahan untuk penjawat awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Tak semua orang dapat masuk ke hospital ni, tau. Setahu Sha, tak semua penjawat awam boleh bersalin di sini. Hanya mereka yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan sahaja dibenarkan dan layak untuk bersalin di sini. Sha memang kerja di bawah Kementerian Pertahanan, maka layaklah.
2. Tidak Sesak
Sebab keduanya ialah tidak sesak. Dah tak semua orang boleh masuk, maka memang tidak sesak la. Kawan-kawan bercerita, HAT best sebab tak ramai orang. Ada kawan yang bersalin hari ini, semasa nak check out, baru ada orang lain pula masuk. Hospital Kuala Lumpur (HKL) sesak, pesakit ramai.
3. Dekat dengan Rumah
Rumah Sha di Seksyen 1 manakala Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan pula berada di Seksyen 2, Wangsa Maju. Memang dekat sangat-sangatlah. Dalam lima minit sudah sampai. Kalau nak pergi ke hospital yang terdekat ialah HKL dalam 15 minit manakala Hospital Ampang pula mengambil masa kira-kira 25 hingga 30 minit. Hospital Sungai Buloh pula mengambil masa kira-kira 35 minit manakala Hospital Selayang memakan masa 30 minit dari rumah Sha. Ini Sha siap google map tau untuk jarak perjalanan.
Antara HKL dengan Hospital Ampang, kawan-kawan cadangkan pergi ke Hospital Ampang sebab lebih selesa. Tapi, Sha tak biasa dengan Hospital Ampang. Tak pernah pergi pun. Kalau HKL memang kerap juga la. Ambil ubat demam saja biasanya. Jalan nak ke Hospital Ampang pun tak tahu. Nak mencari lagi tempat untuk mendaftar wad bersalin lagilah berpusing-pusing. Dah la kita sakit, kan. Berhuhu lah kat situ.
4. Perawat adalah Perempuan
Ya, mesti yang resah gelisah pasal bab ini kan. Segan kot nak buka kat lelaki lain untuk tengok kita punya tut. Tapi, kalau bersalin di HAT, memang tiada masalahlah sebab hampir semuanya adalah perempuan dan kaum hawa yang akan menyambut bayi kita.
Sebenarnya, Sha tak kisah sangat pun doktor lelaki ke perempuan ke, sebab dah sakit dan dah orang lelaki sahaja yang pandai. Siapalah kita untuk mempertikaikan kepakaran dan kebijaksanaan mereka. Lagipun, Sha ramai sepupu malah kakak sendiri pun bekerja sebagai jururawat bidan. Jadi, fahamlah bila mereka cerita pasal orang yang segan-segan ni menyebabkan kerja mereka bertambah lambat dan meletihkan. Sha tengok nurse-nurse, pembantu doktor dan doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) pun, rasa kasihan kepada mereka kerana patient terlalu ramai dan mereka tidak cukup rehat. Rasa macam tak boleh nak bernafas pun. Sedangkan Sha pun kerja kerajaan juga tapi tidaklah sesibuk mereka. Sekali sekala atau seminggu dua sahaja yang sibuk. Yang lain, ada masa lagi untuk sendiri. Tapi mereka yang bertugas di KKIA hari-hari sibuk macam tu. Kesian. Balik rumah mesti penat.
5. Hospital Swasta Tidak Berbayar
Pilihan bagi yang tidak mampu untuk ke private hospital. Kalau nak pergi ke hospital swasta di tempat Sha ni, Wangsa Maju, rasanya tiada masalah. Banyak hospital bersalin di sini. Setahu Sha, ada tiga. Hospital Ibu dan Anak Murni yang terletak di Seksyen 5, Hospital Bersalin di Seksyen 1, belakang Balai Polis Wangsa Maju, dan Hospital Perempuan Tunku Azizah di Sri Rampai.
HAT dan Hospital Putrajaya (ambil masa 50 minit ikut google map tapi biasanya sejam juga la. Tu pun kalau jalan tak sesak, kalau ada jem lagi lah teruk. Mau dua jam) adalah setaraf dengan hospital swasta dari segi keselesaan dan layanannya. Orang tak ramai, kan. Memanglah boleh buat begitu. Heaven!
Alamat: Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan,
No. 3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
No telefon: 03-41454391 (ni untuk bahagian Gynea dan Obstetrik)
Kesimpulannya, tak kisah bersalin di mana-mana pun. Namun, jika ada peluang, apa salahnya rebut peluang itu. Lagipun kalau ke hospital awam, akan menambahkan kesesakannya. Kesian kat orang lain juga yang terpaksa menunggu lama. Kalau ada duit, tak salah ke hospital swasta.
Bila due,sha?atau dah bersalin ni?memang okey kalau bersalin di HAT Mizan.itu pengalaman IbuNoey la.servis selepas bersalin,memang okey.nurse dia memang mesra-mesra la dan banyak membantu.
BalasPadam