Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Buat Pasang Implan Implanon



Kad implanon Sha

Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau.

Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu.

Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambil oleh LPPKN bolehlah pergi ke laman webnya. Kalau malas nak cari sendiri, ini ada Sha tolong carikan, cuma tinggal klik sahaja, ia akan terus pergi ke halaman yang memaparkan harga bagi rawatan di LPPKN termasuklah untuk memasang implan. Harga pasang impan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 

Itu pun kena ada buat temujanji dengan doktor kerana Sha difahamkan doktornya kerja di hospital. Selepas waktu pejabat baru boleh pergi ke sana. Jadi korang kena berhubung telefon (call) terlebih dahulu sebelum membuat temujanji.

Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan untuk memasang implan:

1. Ice pack dan sapukan ubat kuning
2. Suntik dengan jarum
3. Masukkan implan guna sejenis alat untuk meletakkan rod batang implant tu
4. Tutup kawasan luka dengan kain kasa. Siap.

Semudah 1,2,3 sahaja. Sakit? Tak sakit. Macam kena suntikan sahaja. Cuma rasa ada bendasing dalam lengan kita lah. Tapi sekadar di tempat yang dimasukkan rod implan tersebut. Kawasan lain, tiada.

Jadi, bersediakah anda untuk memasukkan implant? Tak sakit pun. Lagipun peratusan berjaya untuk tidak mengandung adalah 90%. Ringkas dan mudah. Kalau nak bandingkan dengan kaedah merancang keluarga yang lain seperti memakan pil (takut selalu lupa nak makan dan skip-skip. Kalau makan banyak-banyak, boleh rosak buah pinggang), kondom (tak selesa. Hihi. Peratusan untuk kondom bocor pun tinggi.)
UICD (takut sebab masukkan ke dalam kita punya tu. Ada kes yang naik ke usus) manakala kalau untuk merancang sendiri tu takut lain pula yang jadi. Hihi.

Satu lagi dari segi kos, semuanya implan yang berbaloi. Ubat perancang pun lagi mahal tau. Begitu juga dengan UICD mahupun kondom.

Jadi, langkah paling selamat pakai implan. Pakai sekali (bayar satu kali untuk 3 tahun atau 5 tahun). Kemudian, tak payah nak fikir dah. Settle.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker