Assalamualaikum.
Ada lagi kisah yang boleh kita jadikan pengajaran.
Mayat penjaja lesap dari hospital
SEREMBAN – Sebuah keluarga yang mahu menuntut mayat seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini terkejut apabila mendapati mayat lelaki berkenaan telah dituntut oleh individu lain yang tidak dikenali.
Ahli keluarga terbabit, Andrew SK. Lim, 42, berkata, dia sampai ke HTJ semalam untuk menuntut mayat abangnya, Lim Hock Tseng, 51, yang meninggal dunia kelmarin selepas 10 hari dimasukkan ke hospital itu kerana sakit berkaitan paru-paru.
Andrew bersama beberapa ahli keluarga lain datang dari Johor dan Singapura selepas dimaklumkan oleh pihak HTJ mengenai kematian Hock Tseng pada pukul 8.30 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di bilik mayat, dia terkejut kerana diberitahu oleh petugas di situ bahawa mayat abangnya sudah dituntut oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai abang kepada Hock Tseng.
“Seorang atendan di bilik mayat memberitahu seorang lelaki mengaku sebagai waris Hock Tseng dan menuntut mayat itu pada petang kelmarin.
“Lelaki itu menunjukkan kad pengenalannya yang mempunyai nama keluarga ‘Lim’ yang sama dengan nama keluarga saya,” kata Andrew ketika ditemui di sini semalam.
Sumber: Kosmo
Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my
Kataku:
Kasihannya kepada keluarga mangsa. Sepatutnya nak tuntut mayat tu tengok la dulu siapa mayat tu. Kan dah tersilap tu.
Berhati-hatilah kerana nama yang sama. Aku rasa agak tak best kalau namaku pun sama je dengan nama orang lain, bersepah-sepah. Ops, itu terpulang kepada individu la. Kalau aku, aku tak suka nama sama.
Jangan buat pasal tuntut mayat yang mempunyai nama yang sama sedangkan ianya adalah orang lain. Haru.
Bacaan yang berkaitan:
Contest seunik namaku
Namaku dan aku bangga dengannya
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
Ah, mayat pon boleh hilang angkara nama... Pelik betolkan...
BalasPadamKak Sha, gmbar adik xde la.. Tak pernah pon ambik gambar dya.. Hahha =P
hayoooo
BalasPadambahayenye skrg nii
ayooo
pihak hospital
dgn keluarga kene hati2 lepas ni..
pon bole tetuka ?
BalasPadamdasyat2.
Peyan: Pelik ke?
BalasPadamGaguh dengan adik ke?
Aimie: tu la.. semua kena berhati2
BalasPadamAna: a ah, tertukar
BalasPadampelik tp benar.. hope bnda ni tak berlaku pada keluarga kita
BalasPadamish kasihanla..apa la org yg culik tu nk buat eak
BalasPadam