Langkau ke kandungan utama

Namaku Noor Hapisah dan Aku Bangga Dengannya!



Assalamualaikum...

Aku terdetik nak buat entri ni sebab tetiba ada orang nak tahu maksud di sebalik namaku. Aku akan dedahkannya di sini.

Namaku yang tercatat dalam sijil kelahiran adalah Noor Hapisah.  Ada pulak orang kata nama aku dekat dengan Noor Hafizah (maksudnya yang terpelihara). Aku senyum dan angguk saja.



Noor Hapisah. Agak janggal, kan? Ada orang permainkan namaku. Aku cuma tersenyum, sabar ada hikmahnya..

Mula-mula masa aku kecik, aku pun tak suka jugak dengan nama ni. Tapi lama kelamaan aku mula menyukai namaku. Sebab bila aku terjumpa dengan nama yang seakan-akan dengan aku, aku rasa diorang lebih lemah dengan memiliki nama tersebut. Aku lebih rela mempunyai nama Noor Hapisah.

(Er, maaf kepada orang lain yang mempunyai nama yang sama. Aku sekadar menyebut nama kawan-kawanku).


Sekarang ni aku bertambah gembira sebab bila aku google namaku sendiri, banyak jugak keluar nama Hapisah. Aku bangga dengannya.  Bukan aku seorang sahaja yang memiliki nama unik ni.. Aku pun tak suka jugak dengan nama yang terlalu ramai orang guna seperti  Noraini, Hidayah, Redzuan, Ahmad dan lain-lain. Memang sesuai la nama unikku dengan karektor diriku. Aku tak akan malu lagi mempunyai nama unik ini. Yay!


Er, perlukah aku singkapkan kembali cerita lama? Korang suka dengan cerita kan? Jadi aku nak bercerita la.. Jom dengar cerita...


Suatu hari, ibuku sedang sarat mengandungkan seorang bayi perempuan. Ada seorang lelaki menjual barangan agama seperti buku-buku agama, tasbih, hiasan dan lain-lain lagi datang. Ibu bertanyakan apakah nama yang sesuai untuk diletakkan pada bayi yang akan lahir tidak lama lagi.


Noor Nafisah.. Maknanya  Yang Bernilai, Yang Berharga..

Sedap kan?

Setelah sampai waktu, bayi yang dikandung pun selamat dilahirkan. Ayahlah yang bertangung jawab mendaftarkan kelahiran tersebut. Maka pergilah si ayah ke balai polis. Polis yang bertugas pada hari itu adalah seorang India.

Nama apa?
Noor Nafisah

Ok, dah siap.  Bila balik, tengok-tengok nama yang berdaftar adalah: Noor Hapisah (mengikut lengkok India yang menyebutkan nama Noor Nafisah).


Tidak la pula ayahku pergi untuk membetulkan namaku. Aku redha jer la. Tak kisah pun nama aku macam ni.

Kat rumah pun aku dikenali dengan nama Fishah, Shah dek kerana nama Noor Nafisah yang awal-awal ibuku mahu letakkan padaku.


Kenapa pulak aku dikenali dengan Sha pula? Masa aku mula masuk belajar kat universiti, bila aku cakap nama panggilanku adalah Shah, ramai tercenggang dan cakap seperti nama lelaki. Diorang panggil aku Sha. Jadi, untuk elakkan kekeliruan lagi, aku terus pakai nama Sha.


Sha Myheart? Itu ada cerita di sebaliknya.. :-) Apakah ceritanya? Erm, boleh ke aku cerita kan? Nanti lah, aku fikirkan dulu. Kalau ada request dari korang, mungkin aku akan buatkan.


Harap-harap dengan entri ni maka terjawablah pertanyaan seseorang itu. Hehe~


Pilihlah nama yang terbaik untuk anak-anakmu..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. ya, namaku noor hapisah dan aku bangga! :-)

    BalasPadam
  2. oooo..getu ka alkisahnya...

    pelik langsung tidak...

    Kita harus berbangga dengan nama kita...

    pertahankan selagi boleh...

    HARUS !!!

    BalasPadam
  3. yups
    harus bangga dengan nama sendiri :-)

    BalasPadam
  4. peyan: ya.. akan ku pertahankan. =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker