Langkau ke kandungan utama

Bahasa Siam: Pertuturan Biasa

Assalamualaikum...

Entri bahasa asing.

Setelah sekian lama entri bahasa asing tak muncul, maka menjelmalah kali ini. Haha, macam la ada orang perasan ke tak entri tu wujud ke tak.. Hahaha~


Sawa dee ka.. Kun ce arai?

Kepada sesiapa yang tak tau atau tak ingat, sila klik untuk belajar di sini dan sinun.

Hari ini kita belajar sikit tentang perkataan yang biasa digunakan.


Suai [su wai. Sebut wai tu bagi panjang dua harakat] = Cantik

Biasanya perkataan suai ini dikapit dengan 'ching-ching'.

Suai ching-ching
= Cantik sangat-sangat

Ching-ching = Sangat


Kalau nak berpisah, sebut lakorn.

Lakorn [la kon] = Selamat tinggal

Jub jub [cub cub] = Muah, muah..

Rasanya sudah tahu kan ucapan perpisahan ini.


Kalau nak tanya nak pergi mana, kata-katanya ialah:

Pai nai? = Pergi mana?


Teringat peristiwa pada malam kebudayan pelajar Thailand. Mereka memang semua orang dari negara Thai, aku sorang jer rakyat Malaysia. Memang semuanya dalam bahasa Siam la. Aku faham sikit-sikit. Perasan. Haha~

Sebenarnya, aku diajak oleh Afnan. Aku pun saja la join daripada tension duk dalam bilik sorang-sorang, tension dengan assignment yang boleh buat kepala biol. Haha~

Aku bercakap dengan student Thailand (yang tak tahu berbahasa Melayu, memang orang Siam pun, bukan orang Islam), aku tanya dia nak pergi mana,  pai nai? Dia jawab dalam Siamese, aku angguk-angguk la tanda faham. Padahal faham sikit-sikit jer. Nasib baik la dia guna bahasa badan, body language.

Masa tu Afnan yang menjadi jurucakap tak rasmi aku tak ada. Dia pergi meja lain, berbual sekejap dengan kawannya. Aku pula tak kan nak duk membatu je kan? Aku cuba la berbual dengan diorang.


Tapi, memang best la dapat join dengan diorang. Diorang layan baik. Kebudayaan diorang, kreatif. Memang tak rugi la aku join diorang. Rasa nak jer join lagi.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. klun saya join la pgram tu...

    jadi tunggul kayu la agaknya...

    hahahaah..

    BalasPadam
  2. Miz marmalade: ka sawa dee..

    Ka kun kah.. =)

    BalasPadam
  3. Peyan: belajar la dik..

    tunggul? boleh buat kayu api. haha~

    BalasPadam
  4. miss sha suai ching-ching ^^ hehehe

    BalasPadam
  5. comel je perkataan dia. suai ching-ching. hehe. post la byk2 lagi perkataan2 bhs siam ni :)

    BalasPadam
  6. WAHH . usaha yang bagus ! tak kedekut ilmu . bagus ni ! GOOD JOB ! :)

    BalasPadam
  7. hebat eh ckp siam .. hehe ..
    sy tahu sawadikaa je hahaa :D

    BalasPadam
  8. amna: ka kun kah..
    kun suai ching ching ka.. =)

    BalasPadam
  9. Black Winter: comel? haha~

    sudah ada entri yang lama, sila rujuk, k.

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/07/bahasa-siam-greeting-sapaan.html

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/bahasa-siam-perkenalan-diri.html

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/bahasa-siam-kiraan.html

    selebihnya, nanti Sha post lagi, insya_ALLAH. Sabar, k.

    BalasPadam
  10. Nina: Tq dear..

    Usaha yang bagus, sb tak ramai yang tahu bahasa ni.

    Ilmu tak boleh kedekut, nanti ia hilang sendiri, baru padan muka. Hahaha~

    TQ again =)

    BalasPadam
  11. Sabella: Tak de la terrer sgt.. tahu sikit2 jer

    BalasPadam
  12. so cam mana nak cakap "Tolong Jangan Ngorat saya ?"

    BalasPadam
  13. Aliff: tak de la pandai sangat.. sikit2 je, jauh dari hebat.

    Sawa dee kap la bagi lelaki..

    Sila rujuk:

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/07/bahasa-siam-greeting-sapaan.html

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/06/bahasa-siam-perkenalan-diri.html

    BalasPadam
  14. singgah mai usha2 entry k'sha.. hehe... betul dah tu kak.. hehe, tiada sebarang mistake dlm entri ni :)

    BalasPadam
  15. sawadikap...masuk pintu kluar tingkap...hahah

    BalasPadam
  16. Sawadikap ! hehe..
    untunglah tau jugak ckp sikit2, mcm sy ni harap je my mom asal sane, tp langsung taktau, huhu :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker